Business Opportunity · my life

WAHM Pun Perlu Ada Jadual Harian Walaupun Berbisnes Dari Rumah

WAHM Pun Sibuk Walaupun Duduk Rumah!

Seorang Work At Home Mom (WAHM) sentiasa sibuk walaupun hanya duduk di rumah sebab bisnes pun di rumah, menguruskan anak dan keluarga pun di rumah juga. Jadi, ibu-ibu yang bekerja dari rumah lagilah memerlukan jadual harian atau lebih dikenali sebagai daily to-do-list. Kita kena bahagikan masa kita untuk bisnes dan keluarga. Jangan sesekali ambil masa anak dan keluarga untuk uruskan bisnes ye.

Kepentingan To-Do-List

Setiap hari kita digalakkan untuk buat to-do-list tau. Tulis je apa yang perlu disiapkan pada hari tersebut. Kalau lagi spesifik lagi bagus. Contohnya, letak masa, tugasan, tempat (kalau tugas itu di luar rumah), dan sebagainya. Yang paling penting, dalam to-do-list masukkan juga masa bersama anak-anak ye sebab mereka pun sebahagian dari tanggungjawab kita juga.

Syu akan pastikan masa pagi mesti siapkan hal-hal rumah dahulu seperti basuh baju, kemas rumah, dan masak sarapan.

Masa siang banyak kepada melakukan aktiviti bersama anak seperti main , membaca, belajar dan sebagainya. Bila anak tidur, barulah Syu uruskan hal bisnes. Itu pun yang santai-santai seperti follow up customer ataupun membaca untuk upgrade ilmu dan juga mencari idea untuk menulis blog.

Malam pula (selepas anak tidur) memang masa sepenuhnya untuk menulis blog di syuamir.com. Syu juga akan rangka post-post untuk diletak di status facebook ‘Syu Amir‘ pada esoknya.

Kalau ada masa di hujung minggu, Syu akan pulun siapkan entry blog untuk seminggu supaya Syu ada masa lebih untuk melakukan hal-hal lain.

Kenapa kena ada jadual harian ini?

1. Tahu apa yang perlu disiapkan.

Kalau ada jadual, kita tahu kerja-kerja kita pada hari tersebut. Kalau tak, kita mesti blur tak tahu nak buat apa sampaikan masa terbazir begitu sahaja. Sedar-sedar dah petang, tapi satu kerja pun tak siap.

2. Kepentingan tugasan

Bila ada senarai tugasan, kita tahu mana yang perlu disiapkan dulu, mana yang boleh buat kemudian. Ini akan buat kita fokus untuk menyiapkan setiap tugasan sebab kita tahu kita tak banyak masa yang terluang.

3. Boleh masukkan macam-macam perkara santai

Bila kita ada jadual, kita secara tak langsung akan tahu mana masa yang terluang tanpa tugas apa-apa. Masa itulah kita masukkan aktiviti-aktiviti extra bersama-sama anak (walaupun dalam jadual dah memang ada masa bersama anak-anak) ataupun boleh masukkan ‘me time’ untuk kita relax.

.

To-do-list ini wajib ada bagi ibu-ibu yang bekerja dari rumah sebab kita lagi sibuk. Bila nak uruskan anak, bila nak settlekan bisnes, bila nak follow up customer, dan sebagainya. Dengan adanya to-do-list, kita ikut je jadual kita itu.

Syu buat to-do-list harian selama seminggu. Lepas tu, Syu edit-edit je tugasan-tugasan dalam senarai itu.

Caranya:

1. Syu set masa setiap setengah jam – 6.30 pagi, 7.00 pagi, 7.30 pagi, sehinggalah masa tidur jam 11.00 malam.

Kenapa setiap setengah jam? Sebab kita boleh settlekan banyak perkara dalam setengah jam tau. Contohnya, dalam setengah jam, kita boleh siapkan masuk baju dalam mesen, cuci pinggan, dan sapu rumah. The next setengah jam boleh cari isi penting untuk penulisan blog dan seterusnya.

Kalau kita buat masa yang singkat, kita tahu kita ada banyak masa terluang sebab kita akan fokus untuk siapkan tugasan mengikut masa yang kita tetapkan itu.

2. Syu boldkan tugasan-tugasan yang takkan bertukar seperti hantar anak ke sekolah, mandi, solat, baca Al-Quran dan sebagainya.

3. Syu isi setiap tugasan yang perlu dilakukan mengikut masa yang sesuai. Syu akan pastikan setiap tugas itu memang akan selesai dalam masa setengah jam. Kalau tak perlukan masa yang banyak, Syu akan masukkan beberapa tugasan dalam slot setengah jam itu.

.

Nampak tak cara buat jadual harian? Bila ada jadual, hari kita akan lebih proaktif dan tersusun.

Ini cara Syu susun masa harian Syu dalam membahagikan masa bisnes dan juga masa keluarga. Mummy-mummy yang lain bagaimana pula? Jom share di ruang komen 🙂

Love,

Syu Amir (1139539)

Proud Founder of MDAEmpire

0192198621

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge