Business Opportunity

Tips Untuk Suri Rumah Menguruskan Bisnes Walaupun Mempunyai Anak Yang Ramai

Bismillah.

Di zaman sekarang nie, di mana kos sara hidup sangat tinggi, kebanyakan dari kita semua memang memerlukan income tambahan. Lagi-lagi bila kita mempunyai anak yang ramai. Banyak barang-barang yang diperlukan oleh anak-anak kita, tak kiralah barang sekolah, barang permainan, kelas-kelas tambahan dan sebagainya. Semuanya perlukan duit.

Macam mana nak buat kalau gaji suami kita memang cukup-cukup makan je? Macam mana kalau kita ada anak yang perlukan kos perubatan yang tinggi? Nak tak nak kita sebagai surirumah kena juga bantu suami dapatkan income tambahan walaupun anak berderet-deret di rumah. Semua kecil-kecil lagi dan memerlukan perhatian.

So, What to do?

Apa yang perlu kita lakukan untuk buat bisnes dari rumah nie supaya kita dapat bantu suami dapat duit tambahan?

Macam mana nak bahagikan masa untuk bisnes dan juga masa menguruskan keluarga?

Tips menguruskan bisnes walaupun anak ramai

Syu pun ada anak ramai. 5 orang semuanya, dan yang paling kecil masih menyusu lagi. So, Syu faham dilema mummy-mummy yang kelam kabut nak buat bisnes dan juga nak uruskan keluarga pada masa yang sama. Bila semua anak perlukan perhatian kita, bisnes kita ke laut dalam terus. Ataupun bila kita fokus sangat uruskan bisnes, anak-anak dan suami terabai. Mesti kita tak nak jafi macam nie kan?

Syu share sedikit sebanyak apa yang Syu sendiri buat untuk pastikan kedua-duanya dapat diuruskan dengan baik.

1. Buat Jadual

Perkara pertama yang Syu buat adalah buat jadual harian. Syu masukkan dulu urusan rumah – sidai kain, lipat kain, masak, kemas rumah, semua la urusan yang wajib Syu buat setiap hari.

Bila dah masukkan perkara wajib harian, mesti mummy boleh tengok banyak lagi masa kosong sebenarnya. Masa kosong tu la mummy masukkan urusan bisnes – coaching dengan mentor, tulis blog, post iklan di media sosial, dan sebagainya.

Bila ada jadual, in sya Allah urusan rumah dan urusan bisnes dapat di-balance-kan. Semua pun kita boleh buat dalam sehari.

2. Belajar

Untuk menjadi businesswoman yang berjaya, kita kena belajar. Pastikan ada masa at least sejam untuk kita belajar.

Nak belajar apa?

  • belajar pasal selok belok bisnes
  • belajar pasal produk yang kita jual
  • belajar teknik nak dapatkan customer yang sentiasa beli dengan kita

Ini cuma contoh je. Banyak je lagi yang kita boleh belajar. Sampai mati pun kita dalam proses belajar kan?

3. Selesaikan Urusan Anak dan suami Dulu

Dalam buat bisnes, anak-anak dan suami kena happy. Jangan kita abaikan mereka semata-mata kita sibuk dengan bisnes.

Anak-anak tak faham apa yang kita buat walaupun kita buat untuk kebaikan masa depan mereka. Anak-anak nak kita sentiasa main dengan mereka je, nak sentiasa bagi perhatian pada mereka je.

So, kita kena beritahu pada anak-anak yang kita buat bisnes, ada masa kita kena uruskan bisnes juga. So, uruskan anak-anak secepat mungkin dan minta izin pada anak untuk kita settlekan urusan bisnes pulak.

4. Selesaikan Urusan Rumah Di Awal Pagi

Bangun awal pagi dan selesaikanlah urusan rumah terlebih dahulu supaya kita boleh fokus pada urusan bisnes selepas itu. Basuh baju, sidai baju, masak, dan kemas rumah, buatlah terus selepas bangun tidur.

Bila dah selesai semuanya, senang nanti kita nak buat urusan bisnes pulak. Takde la asyik terfikirkan itu tak siap lagi, ini tak selesai lagi. Pening kepala nanti boleh buat stress tau.

Dan yang paling penting, kita bukanlah superwoman yang kena buat semua benda walaupun kita duduk rumah. Contohnya, jangan expect kita kena kemas rumah sentiasa setiap kali rumah bersepah. Kalau Syu, Syu akan kemas pagi dan petang sebelum suami balik kerja. Masa lain tu, biarlah anak buat sepah puas-puas dulu.

5. Jaga Hubungan Dengan Allah

Apa-apa yang kita buat, kita wajib jaga hubungan dengan Yang Maha Memberi Rezeki, iaitu Allah. Kalau kita tak jaga hubungan kita dengan Allah, kita akan susah nak dapat rezeki yang kita mahukan. Ingatlah, usaha kita 20% je, lagi 80% adalah pemberian Allah.

Usahakanlah untuk buat amalan-amalan sunat yang menjemput rezeki masuk seperti solat dhuha, baca yasin dan al-waqiah, dan juga solat tahajud.

Kita buat amalan sunat ini bukan sebab nak rezeki semata-mata, tapi kita nak Allah sayangkan kita supaya Allah akan berikan apa yang kita mohon.

.

Inilah yang Syu buat setiap hari untuk pastikan bisnes Shaklee Syu berjalan lancar walaupun ada anak ramai yang memerlukan perhatian setiap masa. Syu akan pastikan anak-anak sentiasa gembira dulu, barulah bisnes Syu boleh berjalan lancar.

Ada anak ramai bukan bermaksud tak boleh buat bisnes tau. Anak sepatutnya jadi pemangkin untuk kita usaha bersungguh-sungguh capai segala impian yang kita nak dengan bisnes yang kita buat.

Syu yakin mummy-mummy semua boleh buat. Demi anak dan keluarga, kita redahkan jua..chewah.

So, Syu sangat-sangat mengalu-alukan mummy semua untuk join team Syu buat bisnes Shaklee. Syu akan guide mummy untuk dapatkan income yang mummy nakkan, tak kiralah 3 angka, 4 angka, mahupun 5 angka.

Contact Syu di 0192198621 untuk mummy mula capai semua impian yang diinginkan.

Yang ingin membantu,

Syu Amir

0192198621

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.