Anak-anak

Tips Travel Dengan Anak Kecil Berseorangan

Apa Yang Anak-anak Perlukan Semasa Travel Jauh

Kita selalu travel jauh dengan anak-anak, terutama sekali apabila balik kampung berjumpa atok nenek ataupun pergi bercuti dengan keluarga tersayang. Banyak yang mak ayah perlu sediakan untuk anak-anak demi memastikan perjalanan berjalan lancar dan anak pun tak meragam.

Syu selalu balik rumah mak ayah sendiri suatu ketika dulu. Masa tu duduk PJJ bersama suami. Suami balik rumah tidak menentu dek kerana cuti yang tidak menentu. So, nak balik rumah mak, terpaksalah bawa kereta sendiri dengan anak-anak je.

Syu takut sebenarnya nak balik dengan anak sahaja. Takut la apa-apa berlaku kan. Takut anak meragam dalam kereta, mana nak berhenti kan? Tapi, takkan tak nak balik melawat mak ayah? Syu beranikan diri la untuk redah perjalanan sepanjang dua setengah jam tu.

Tapi, nak redah pun, takde la main redah je. Kenalah buat persediaan juga. Syu kena pastikan anak-anak sentiasa tenang di dalam kereta sepanjang perjalanan.

Keperluan Anak Semasa Travel Jauh

Syu akan pastikan beberapa barang wajib ada semasa Syu balik kampung bersama anak-anak. Antara yang wajib ada adalah:

  1. Makanan Dan Minuman

Ini memang wajib ada dalam kereta. Syu akan beli roti, biskut dan sedikit jajan untuk menemankan mereka sepanjang perjalanan balik kampung.

Memang anak-anak akan fokus dengan makanan je. Mereka akan kurang bergaduh apabila ada makanan sebab banyak yang mereka boleh makan pun. Syu tak kisah la kereta bersepah asalkan anak-anak tak ganggu Syu bawa kereta.

2. Permainan

Apa-apa permainan yang anak suka, Syu akan suruh mereka bawa. Bila ada permainan, mereka akan main untuk mengurangkan rasa bosan.

Dengan ada permainan juga, kuranglah anak minta nak main dengan handphone Syu untuk tengok youtube. Kalau anak dah bosan sangat je, baru Syu akan buka satu atau dua kartun kegemaran mereka.

3. Selimut dan bantal

Anak Syu tak tahan sejuk aircond kereta. Mesti akan cari selimut. So, sebelum merengek cari selimut, baiklah sediakan dulu siap-siap. Nak tidur pun senang. Anak-anak Syu ada yang tidur di tempat kaki lagi sebab nak baring punya pasal. Nasib la nak, asal korang tak kacau ummi bawa kereta.

.

Selain itu, Syu amat memilih masa Syu travel. Syu akan pilih masa anak-anak dah mengantuk. Biasanya malam la. Senang sikit nak drive masa mereka tidur.

Seorang anak Syu masih menyusu. Kalau difikirkan susah la kan nanti anak nak susu masa kita drive. Apa yang Syu buat ialah, Syu akan susukan anak Syu sebelum mulakan perjalanan. Kebiasaannya, baby Syu akan tidur sepanjang perjalanan 2 jam lebih tu. Senang kerja ummi.

.

Macam mana kalau anak nak pergi tandas?

Masa tu Syu masih boleh pujuk anak untuk pakai pampers lagi. Haha…. Syu tak berani nak tinggalkan anak dalam kereta dan bawa anak yang lain ke tandas. Jadi, pampers je la. Sekarang, Ahmad dah besar, bolehlah percaya untuk jaga adik dalam kereta kalau ummi nak ke tandas.

Ada pernah sekali je rasanya sepanjang travel bersendirian dengan anak yang Syu terpaksa pergi tandas. Masa tu memang tawakal pada Allah je. Anak tidur, Syu tutup enjin dan kunci pintu. Cepat-cepat pergi tandas dan balik semula ke kereta.

.

Alhamdulillah sepanjang perjalanan bersendirian dengan anak-anak, Allah permudahkan perjalanan. Tiada masalah besar yang boleh buat stress teruk. Semua pun dalam kawalan.

Kalau mummy terpaksa drive sendirian bersama anak kecil, jangan risau tau. Semua akan OK. Sediakan je segala keperluan anak sepanjang perjalanan supaya mereka tak meragam tengah jalan ye.

Semoga berjaya.

Love,

Syu Amir

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.