Produk · Set Kurus

Tips-tips Untuk Kuruskan Badan Semasa Berpuasa

Kuruskan Badan Dengan Beberapa Langkah Mudah

Ramai di kalangan kita yang berimpian nak kuruskan badan, betul tak? Banyak kali cuba untuk kurus, tapi setiap kali tu jugalah tak menjadi. Ada yang terkandas di tengah jalan. Ada yang cuma berimpian, tapi, tak buat-buat juga. Dalam entry kali ini, Syu nak kongsikan cara-cara kuruskan badan dengan mudah. Yang penting, korang juga mestilah konsisten dan cekal menghadapi cabarannya.

Kenapa gagal untuk kuruskan badan?

Syu percaya ramai yang berusaha untuk kurus kan? Macam-macam yang dibuat, tapi akhirnya semuanya kecundang. Badan masih macam tu juga. Masih lagi gemuk juga, lemak-lemak tak berkurang juga. Kenapa selalu gagal?

1. Nafsu Makan Tinggi Sangat

Kenapa kita gemuk? Salah satu sebab adalah kita suka sangat makan, terutama makanan yang tinggi minyak dan lemak. Hari-hari kita makan makanan sebegitu.

Untuk kurus, kita kena tinggalkan makanan macam tu. Masalahnya, kita tak boleh tak makan walaupun sehari. Macam kita boleh ketagih kalau tak dapat.

So, masa proses nak kurus, kita terikut nafsu untuk makan juga makanan kegemaran kita yang tak sihat tu. Kita tak mampu nak kawal agar tidak makan makanan berminyak dan berlemak.

Itulah sebab utama kenapa kita tak berjaya untuk kurus.

2. Tiada Geng Nak Beri Semangat

Kalau kita nak kurus sorang-sorang, biasanya memang akan gagal. Kita mudah terpedaya dan mudah tewas dengan gaya makan yang biasa kita buat.

Kalau ada orang yang mengingatkan dan ada orang yang support, kemungkinan untuk berjaya amat tinggi.

3. Diet Yang Salah

Ramai yang berfikiran, bila nak kurus, mesti diet dengan cara tak makan. Bila tak makan, kita kebulur. Akhirnya, give up nak kurus sebab tak tahan lapar sampai nak pengsan.

4. Tiada Ilmu

Kita mestilah ada ilmu bila nak kuruskan badan. Jangan fikir nak kurus dengan cepat je, sampai kita pun main hentam je nak kurus cara macam mana pun.

Ingat, nak kurus, kenalah dengan ilmu tau.

5. Ikut Trend

Orang nak kurus, dia pun sibuk nak kurus. Orang macam nie memang sekejap je la bertahan nak buang lemak tu. Lepas tu, kembali ke hidup asal.

Tips Kuruskan Badan Dengan Berjaya

Nak ubah gaya hidup dan gaya makan bukan senang. Sebab itu kita memerlukan semangat yang tinggi untuk kuruskan badan kita. Jadi, apa yang kita perlu buat supaya berjaya turunkan berat badan?

1. Ilmu

Kita kena dapatkan ilmu yang betul untuk kuruskan badan. Kalau silap teknik, takut nanti akan memudaratkan badan kita juga. Google la pasal pelbagai teknik nak turunkan berat, bacalah buku-buku dan carilah orang yang boleh bimbing kita sepanjang proses nak kurus nie.

2. Diet yang betul

Kita kena pilih diet yang sesuai dengan badan kita. Diet yang kita amalkan itu mestilah hanya membuang lemak dan membakar kalori, dan pada masa yang sama akan melindungi bahagian organ-organ kita yang lain.

Paling penting, diet yang kita pilih mestilah tidak memaksa kita untuk berlapar ye.

3. NO SUGAR!

Untuk kuruskan badan, gula putih is a NO-NO. Makanan dan minuman kita memang tidak boleh mengandungi gula putih langsung. Gula putih ini memang kawan baik untuk gemukkan badan kita.

Tapi, makanan di kedai semuanya mengandungi gula kan? Mesti la letak gula sebab nak sedapkan makanan. So, kalau betul-betul nak berjaya kurus, kita masaklah sendiri. Kita je yang tahu apa yang badan kita perlukan, dan kita boleh tahu apa yang kita letak dalam masakan kita.

4. Bersenam

Nak bakar kalori, kenalah bersenam. Tak perlulah hardcore punya senaman. Setakat jogging dan jalan keliling taman perumahan pun dah cukup. Yang penting kena buat.

Senamanlah sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit. In sya Allah terbakarlah lemak-lemak dalam badan tu.

5. Makan ikut portion

Ikutilah makan ikut portion suku-suku-separuh. Suku protein, suku karbohidrat, dan separuh sayur dan buah. Ini yang terbaik. Memang boleh kurus bila kita kawal makan macam nie.

Tapi, bukan suku ikut pemahaman kita ye. Suku tu lebih kurang besar tapak tangan je ataupun satu mangkuk kecil je. Boleh tengok contoh gambar di bawah nie.

Awal-awal je rasa macam lapar sungguh sebab badan kita tak biasa lagi makan sikit kan. Tapi, bagilah masa seminggu untuk serasikan, nanti mesti OK je makan sikit macam tu.

6. Makanan berkhasiat

Dah makan ikut poertion, makanan yang kita makan mestilah makanan yang berkhasiat yang mengandungi kurang lemak dan minyak.

Makanan yang distim ataupun dipanggang adalah pilihan yang terbaik.

7. Makan ikut masa

Apabila kita mengamalkan makan suku-suku-separuh, kita memang akan cepat lapar. Jadi, kita perlu makan 6 kali sehari. Banyak kali nya makan? Macam mana nak kurus?

Bukanlah makan melantak macam orang kebulur. Makan ikut portion yang diberikanlah.

Cumanya, kita makan sarapan, minum pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan supper. Supper pun setakat buah or sekeping biskut ye. Bukan makan nasi lemak sebelum tidur. hehe….

8. Air masak

Minum air masak sangatlah penting. Minumlah sekurang-kurangnya 3 liter sehari ataupun 1 liter bagi setiap 25kg berat badan kita.

Air masak kitak mempunyai kalori, tapi ia sangat powerful untuk membantu menyingkirkan lemak dari badan kita.

9. No midnight snack

Makan sebelum tidur adalah dilarang sama sekali. Ia tidak memberi masa yang cukup untuk perut kita menghadam makanan kita sebelum tidur.

Pastikan kita tidur 4 jam selepas makan bagi memastikan makanan yang kita makan tu dah dihadam sepenuhnya.

10. Suplement yang sesuai

Pengambilan suplement amatlah membantu mempercepatkan proses nak kurus. Ramai yang mengamalkan tips-tips di atas, dicampur dengan pengambilan suplement, memang cepat je turun berat badan.

Suplement apa yang kita perlukan untuk kuruskan badan?

SET KURUS LENGKAP SHAKLEE

Untuk pengambilan suplement, pilihlah suplement yang selamat dan semulajadi kerana ia tidak akan membebankan buah pinggang kita dan suplement yang terbaik semestinya suplement Shaklee.

Untuk kuruskan badan, kita memerlukan beberapa jenis suplement kerana setiap suplement mempunyai fungsi yang berbeza untuk mendapat hasil yang terbaik.

Antara vitamin-vitamin Shaklee yang penting dalam proses menguruskan badan ialah:

Vivix

Kandungan resveratrol dalam Vivix ini membantu hati dan otot kita menukarkan kalori kepada tenaga. Ia akan memberi galakan kepada metabolisma badan kita untuk membaiki kadar pembakaran kalori dalam badan.

Lagi banyak kalori dibakar, lagi cepatlah kita boleh kurus.

Lecithin

Lecithin adalah pengemulsi lemak semulajadi yang akan melekat pada lemak-lemak dalam badan kita. Lemak-lemak kita tu akan terapung dan ia tiadak akan melekat pada dingding-dinding membran dan juga keliling organ badan.

Omega Guard

Leptin di dalam Omega Guard akan bertindak mengawal selera makan kita dan bantu membakar lemak-lemak tepu yang lama termendak pada dinding-dinding membran dan organ-organ kita.

Ia juga akan bantu membakar lebih banyak lemak semasa kita bersenam. Jadi, pengambilan Omega Guard sebelum bersenam amatlah digalakkan.

Alfalfa Complex

Alfalfa ialah sejenis herba yang membantu membersihkan segala toksin-toksin dalam badan kita. Ia juga akan membuatkan bdan kita lebih mudah membuang dan menyingkirkan lemak yang terapung tadi.

ESP

ESP akan buat kita kenyang lebih lama dan secara tak langsung, mengurangkan kita makan. Ia akan mencepatkan proses kita untuk kurus.

Cinch Shake

Cinch Shake amat penting bila nak kurus nie. Sebab Cinch Shake mempunyai serat yang tinggi, ia menjadikan kita kenyang lebih lama (sepertimana ESP juga). Tapi, Cinch Shake akan mengurangkan nafsu kita untuk makan, jadi kita akan cepat kurus.

Cinch Shake juga akan bantu untuk melindungi otot kita semasa kita bersenam. Ia akan hanya bakar lemak sahaja, tapi akan melindungi jisim otot kita. jadi, bila minum Cinch Shake, kita tidak akan mudah untuk gemuk semula dengan cepat.

.

Best kan bila ada suplement yang selamat untuk membantu kita kurus secara sihat? Apa tunggu lagi, cepat dapatkan set kurus Shaklee sekarang juga.

Jangan tunggu badan dah lemah, kaki dah sakit, atau kita dah kena sakit jantung baru nak kurus. Eloklah kuruskan badan sementara kita masih mampu untuk lakukan. Kos SET KURUS LENGKAP Shaklee tidak semahal kos rawatan hospital yang mungkin kita kena bayar kalau kita terus-terusan gemuk macam tu. Fikir-fikirkanlah.

Nak order Set Kurus Lengkap Shaklee dengan Syu?

Whatssap je Syu di 0192198621 tau. Syu bagi FREE & EXCLUSIVE CONSULTATION untuk yang membeli dengan Syu sahaja.

Disclaimer: Produk Shaklee adalah vitamin, bukannya ubat. Walaupun ia terbukti secara saintifik menyihatkan badan, ia tidak berfungsi untuk merawat, menyembuhkan atau memulihkan penyakit kritikal.

Love,

Syu Amir

Pengedar Sah Shaklee JB dan Sekitarnya

Founder Diamonds Legacy

0192198621

COD: Skudai, UTM, Pekan Nanas, Bukit Indah, Tampoi Dan Sekitar JB

Pick-up point: Aeon Bukit Indah, JB / Paradigm Mall, Tampoi

Pos Ke Seluruh Malaysia dan Luar Negara (T&C apply)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.