Produk · Set Kecantikan

Tips Pudarkan Jeragat Dengan Cepat

Cara Pudarkan Jeragat Dengan Cepat!

Jeragat di muka akan buat kita malu dengan orang ramai. Orang yang jumpa kita mesti tanya kenapa ada tompok-tompok hitam di muka kita tu. Kalau berjalan di shopping mall pun, mesti ada orang yang akan tenung jeragat kita tu. Kita akan tunduk malu. Tak tahu nak letak muka di mana masa tu.

Apa itu jeragat?

Jeragat adalah disebabkan oleh pigmentasi yang berlaku apabila kulit kita terdedah kepada sinaran uv matahari yang merosakkan sel-sel kulit di muka kita. Mula-mula ianya hanyalah bintik-bintik kecil berwarna hitam. Kita tak perasan pun itu adalah jeragat. Tapi, bintik-bintik hitam itu makin lama makin banyak, dan ia akan bercantum menjadi tompok hitam yang besar.

Tapi, jeragat masih boleh dipudarkan. Banyak je petua dan tips-tips untuk menghilangkan jeragat dengan lebih mudah dan cepat. Cuma perlu google je, mesti jumpa cara yang kita serasi.

Tips-tips pudarkan jeragat yang mudah

Ini adalah beberapa contoh petua untuk pudarkan jeragat yang amat mudah untuk diikuti. Bahan-bahannya pun juga senang nak dapat. Kita je yang kena rajin dan konsisten untuk buat.

1. Baking soda

Baking soda bukan hanya untuk buat kek je, tapi boleh bantu pudarkan jeragat juga ye. Ini kerana baking soda akan mengelupaskan sel mati, kotoran dan minyak pada muka kita secara lembut.

Caranya:

Kita cuma perlu campurkan satu sudu teh baking soda dengan sedikit air. Pastikan ia jadi pes yang pekat ye. Kemudian, sapu pada tempat jeragat.

Buatlah 2-3 kali seminggu sehingga kita mendapat kesan yang kita mahukan.

p/s: ini bukan untuk orang yang mempunyai kulit sensitif tau.

2. Oatmeal

Oatmeal adalah agen pengelupasan semulajadi yang baik, ia akan buang sel kulit mati dan juga kotoran yang terkumpul. Ia juga akan serap minyak yang berlebihan dan membuka liang-liang pori.

Caranya:

campurkan dua sudu yogurt, satu sudu lemon, satu sudu madu, 4 sudu serbuk oat dan satu sudu cuka epal. Buat pes pekat, dan sapukan pada muka. Biarkan selama 20 minit dan bilas.

Boleh juga kita campurkan oat dengan air dan buat pes. Sapu pada muka dan biarkan selama 10 minit. Gosok kulit dan bilas.

3. Jus lemon

Jus lemon bantu untuk salin kulit mati dan mudahkan pertumbuhan semula sel.  Jus lemon juga akan hilangkan minyak yang berlebihan.

Caranya:

perah jus lemon dari sebiji buah lemon. Ambil kapas muka dan celupkan kapas ke dalam jus tersebut. Sapu pada muka dan biarkan 15-20 minit. Kemudian bilas dengan air sejuk.

4. Cuka Epal

berfungsi seperti astringen yang mengeluarkan minyak yang berlebihan pada kulit. ia juga adalah antiseptik dan juga antibakteria yang melawan jerawat.

Caranya:

campur satu sudu cuka epal dengan satu cawan air. Celupkan kapas muka dan sapukan jus itu pada muka kita. Biarkan 10 minit dan basuh dengan air suam. 

Campur cuka epal dengan tepung jagung dengan ration 1:3. Tepek pada muka dan biarkan selama 15 minit. Gosok muka dengan pes itu. Bersihkan muka dengan tuala yang direndam air suam dan bilas dengan air sejuk untuk tutup liang pori.

5. Kunyit

Orang india ramai yang mengamalkan kaedah ini. Kunyit bantu untuk hilangkan jeragat dan juga melinudngi kulit dari sebarang jangkitan.

Caranya:

Campurkan kunyit dengan jus lemon. Sapukan pada kulit dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air sehingga bersih. 

6. Aloe Vera

Kalau kita ada pokok aloe vera, boleh ambil aloe vera yang fresh. Kalau tak, kita beli je la yang dah dibotolkan.

Aloe vera ini akan bantu untuk mencerahkan kulit, lindungi kulit dari sinar uv matahari, hilangkan jeragat, lembabkan kulit dan  juga baiki sel kulit mati.

Caranya:

Campurkan aloe vera dengan madu. Sapukan pada muka dan biarkan selama 15-20 minit, dan bila dengan air suam.

7. Timun dan putih telur

Timun dan putih telur boleh buat kulit kita bertambah tegang dan lembut. Apabila dicampur dengan aloe vera, ia mampu untuk holangkan jeragat.

Caranya:

Campurkan timun, aloe vera dan putih telur dan sapukan pada kulit kita. Biarkan sekurang-kurangnya 30 minit dan bilaskan. 

8. Buah Tomato

Tomato membantu untuk mempercepatkan proses pemulihan kulit dan juga mengurangkan aktiviti tyrosinase pada kulit kita.

Caranya:

Potong tomato hingga menjadi puree. Sapu pada kulit yang mengalami jeragat dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air sejuk. 

9. Jus bawang putih

Bawang putih amt terkenal dengan sifat antibakterianya. Ianya amat berguna untuk membersihkan dan mencantikkan kulit kita.

Caranya:

Kupaskan seulas bawang putih dan ambil jusnya. Campurkan dengan sesudu teh cuka epal dan sapukan pada muka yang ada jeragat. 

10. Kulit Pisang

Kulit pisang pun ada gunanya. Ia bantu untuk memutihkan kulit kita.

Caranya:

Gunakan bahagian dalam kulit pisang dan gosok pada kulit muka yang ada jeragat. Biarkan sebentar dan bilasnya. 

11. Terung

Caranya:

Potong terung dalam bentuk yang kecil. Ambil potongan tersebut dan gosok pada kulit yang mengalami jeragat. Biarkan selama 15 minit dan basuh dengan air suam. 

12. Skincare 

Skincare amat penting untuk menghilangkan jeragat. Pilihlah set penjagaan muka yang berkesan dalam mengurangkan jeragat.

Pastikan kita cuci muka dengan kerap untuk mengurangkan kotoran berkumpul di muka kita kerana kotoran inilah yang boleh menyebabkan jeragat.

13. Vitamin 

Vitamin juga amat penting untuk menghilangkan jeragat dari dalam. Kebanyakan jeragat kita berada di bahagian dalam, tiba-tiba jeragat akan muncul di kulit.

Sebab itulah kita kena baiki jeragat dari dalam lagi supaya tak sempat pun jeragat nak muncul.

Antara yang kita boleh amalkan adalah Vitamin C, ESP, GLA, dan juga Vivix. Amalkan hari-hari untuk membaiki jeragat pada kulit kita. Selain itu, kita boleh buat masker dan sapu pada jeragat. In sya Allah boleh hilang.

.

Jeragat ini amatlah memalukan kita sendiri. Hilang keyakinan diri bila muka bertompok-tompok hitam ni kan? Jadi, untuk hilangkan jeragat hitam di muka, jomlah kita amalkan tips-tips ini.

Moga dengan tips ini, muka kita menjadi putih bersih tanpa sebarang tompok hitam jeragat itu.

Selamat mencuba semua!

.

Love,

Syu Amir

Pengedar Sah Shaklee JB dan Singapore

Founder Diamonds Legacy

0192198621

COD: Skudai, UTM, Pekan Nanas, Bukit Indah, Tampoi Dan Sekitar JB

Pick-up point: Aeon Bukit Indah, JB / Paradigm Mall, Tampoi

Pos Ke Seluruh Malaysia dan Luar Negara (T&C apply)

 

2 thoughts on “Tips Pudarkan Jeragat Dengan Cepat

    1. tu yg takut tu..masa kecik tompok tu mesti tak perasan kan…bila dah besar terus terkejut….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.