my life

Tips Menguruskan Keluarga Bagi Ibu Bekerjaya

Bagaimana Menguruskan Keluarga Apabila Kita Bekerja?

Kebanyakan mummy-mummy sekarang ini semuanya mempunyai kerjaya sendiri, tak kiralah bekerja makan gaji mahupun membuat bisnes dari rumah. Hakikatnya, kedua-duanya pun sibuk. Yang duduk rumah, sibuk menguruskan rumah dan juga menguruskan bisnes, manakala mummy yang bekerja pula lagilah super busy sebab nak uruskan keluarga dan juga kerja. Stress kan?

Tapi, sebenarnya, ada cara untuk kita kurangkan stress dan boleh menguruskan keluarga dengan gembira dan tenang. Syu pernah laluinya dulu masa Syu bekerja dan Syu masih lagi laluinya walaupun Syu sekarang dah bergelar WAHM yang membuat bisness Shaklee dari rumah.

Tak dinafikan memang sibuk pun. Kadang-kadang, Syu rasa tak terlarat nak buat semuanya. Memang stress dan asyiklah nak marah je. Tak pasal-pasal Syu lepaskan pada anak dan suami. Kesian mereka tau. Tapi, lepas amalkan tips-tips ini, Syu rasa lebih tenang dan lebih lega. Takde dah stress sangat.

Apa yang Syu Buat?

1. Barang Keperluan Anak

Syu akan sediakan barang keperluan anak-anak sebelum tidur. Beg sekolah anak-anak semua dah siap tersusun di tepi pintu sebelum tidur.

Buku sekolah anak Syu dah suruh kemaskan ikut jadual sekolah sebelum mereka tidur. Kalau tak nanti kelam kabut pagi-pagi baru nak kemas buku. Dah la Syu keluar pergi kerja awal pagi.

Untuk mengelakkan jadi singa di pagi hari, make sure barang sekolah anak-anak dah siap tersedia sebelum tidur.

Alhamdulillah, kurang berdrama pagi-pagi.

2. Baju kerja dan baju sekolah anak 

Syu akan siap gosok semua baju kerja Syu dan suami serta baju sekolah anak-anak masa hujung minggu. Tak payah nak fikir pasal gosok baju pagi-pagi buta tu. Penat tau nak menggosok pagi-pagi. Baiklah kita gunakan masa pagi untuk menyiapkan diri ke tempat kerja kan?

3. Bahan masak

Masa weekend juga, Syu dah sediakan stok bahan masak untuk seminggu terus. Syu buat menu nak masak apa, dan follow je menu tersebut. Bila ada menu nak masak, nak beli bahan masak pun mudah. Takde la nanti tertinggal bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan masak seperti ikan, sotong, udang, ayam semuanya Syu siampan ikut bekas. Satu bekas untuk sekali masak je. Senang. Pagi-pagi sebelum pergi kerja, keluarkan apa yang nak masak dan biarkan ia defrost sendiri. Masa balik dah fully cair untuk masak.

Selain itu, masa weekend juga, Syu masak pes cili dan pes bawang siap-siap. Nanti masa masak, takde la lama sangat. Kita kan balik kerja dah la lambat, nak masak mesti nak cepat kan? So, bahan dah tersedia, masak pun tak de la lama sangat.

4. Kemas Rumah

Sebelum tidur, kena pastikan rumah terkemas. Bila kemas selalu, takde la banyak sangat nak kemas kan? Tapi, ikutlah anak-anak. Macam anak-anak Syu, kemas banyak kali pun ada je yang bersepahnya. So, sebelum anak-anak tidur, Syu akan suruh kemas dulu. Lepas tu, Syu kemas bahagian yang lain.

Alhamdulillah, takde la masalah sangat bila kita bekerjasama dengan anak-anak. At least anak pun belajar untuk bertanggungjawab atas apa yang mereka main kan?

5. Masak

syu masak yang simple-simple je. Bahan semua dah tersedia, masak pun cepat.

Yang penting, lepas masak, pinggan mangkuk semua kena basuh masa tu juga. Jangan biarkan pinggan bertingkat dalam sinki tu. Nanti kita jadi malas untuk basuh.

Dan sebelum tidur, sinki mesti kosong. Kalau ada cawan ke pinggan, basuh dulu sebelum tidur.

6. Baju-baju

Syu basuh baju bila penuh mesin basuh. Biasanya 2 hari sekali. Basuh pada malam hari sebelum tidur. Bangun pagi terus sidai.

Petang, balik kerja angkat baju terus lipat. Sebelum tidur baju mesti dah lipat. Kalau tak susun dalam almari Syu OK lagi, tapi selagi boleh, baju mesti dilipat juga.

7. Bahagikan tugas

Bab nie paling penting. Kita bahagikan tugas dengan suami, dan anak-anak. Mana yang suami boleh buat, kita minta tolong. Mana yang anak boleh buat, kita beri tanggungjawab tu pada anak.

Salah satu benda yang kita boleh buat adalah buat jadual tugasan. Setiap orang dalam rumah tu ada tugas masaing-masaing walaupun tugas buang sampah. Kuranglah sikit benda yang kita kena fikirkan, betul tak?

.

Itulah cara Syu buat masa kerja dulu untuk pastikan Syu tak stress pagi-pagi nak pergi kerja tu. Sebab masa pagi, Syu masih ada lagi banyak kerja nak diuruskan seperti kejut anak mandi (ini paling mencabar tau, nak kejut anak bangun pukul 5.30 pagi). Nak sidai baju, nak mandi dan solat.

So, bila semua barang dah tersedia, kita ada banyak masa untuk uruskan pagi kita dengan tenang dan gembira.

Yang penting, pagi-pagi, mulakan hari kita dengan berkomunikasi dengan Allah. Bila kita pentingkan hak Allah, Allah akan panjangkan masa kita dan mudahkan urusan kita sepanjang hari.

Jangan risau, kita jaga masa bersama Allah, Allah akan jaga masa kita menguruskan hal-hal kita yang lain.

Tak percaya? Cubalah dulu.

Semoga berjaya mummy. Syu yakin mummy semua boleh buat.

.

Love,

Syu Amir

Used to Work, Now A Full-time WAHM

Shaklee Business Mentor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.