Anak-anak · my life

Tips Menguruskan Bisnes Di Rumah Sambil Menjaga Anak Sekali

Macam mana Nak uruskan Bisnes Sambil Jaga Anak?

Assalamualaikum semua mummy gorgeous hari ini.

Ramai antara kita sekarang ini buat bisnes dari rumah kan? Dulu bekerja makan gaji, tapi disebabkan anak-anak, ramai antara kita yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga anak di rumah. Tapi, bila di rumah, kenalah buat sesuatu juga kan untuk dapatkan duit. Takkan nak harapkan suami je yang menanggung segala keperluan, terutamanya kita nie yang suka berbelanja.

Tapi, ramai yang mengeluh juga, macam mana nak uruskan bisnes sambil jaga anak di rumah? Anak-anak banyak meragam bila kita asyik pegang komputer je. Rumah tak terurus bila kita sibuk dengan bisnes. Dan macam-macam lagi keluhan yang biasa kita dengar.

Tapi, janganlah disebabkan anak, kita berhenti berniaga dari rumah. Anak sepatutnya menjadi pemangkin untuk kita terus berjaya, bukannya alasan untuk kita mengalah. Kita yang kena ubah beberapa perkara supaya kita masih boleh berbisnes dan pada masa yang sama, menjaga anak-anak di depan mata dengan gembira dan tenang.

Syu juga mengalami masalah nie masa Syu mula-mula berbisnes Shaklee secara full-time dari rumah. Syu rasa tak boleh nak urus pun bisnes dan rumah pada masa yang sama. Tapi, bila Syu susun elok-elok, OK je sebenarnya.

Tips Menguruskan Bisnes Dan Anak Di Rumah

Ada beberapa perkara yang kita kena buat untuk memastikan yang bisnes kita berjalan dan pada masa yang sama anak-anak tidak terabai. Ini yang Syu buat dan alhamdulillah ianya amat membantu 🙂

1. Masa Urusan Bisnes

– Syu lebih banyak menguruskan urusan bisnes pada waktu malam, selepas anak-anak tidur. Masa nie la nak pack suplement Shaklee yang customer dah order (kalau ada stok di tangan la) dan masa inilah nak uruskan order di sistem online.

– Selalunya, masa malam Syu peruntukkan juga untuk menulis blog ataupun rangka content untuk blog.

– Masa malam juga Syu gunakan untuk menulis post-post FB di apps ‘notes’. Mudahlah esoknya nak post status di FB kan? Takde la kelam kabut nak fikir nak tulis apa dah. Cuma perlu Copy N Paste je.

– Kalau ada masa, Syu akan study juga mengenai produk pada malam hari. Kalau tak, bangun tidur pagi-pagi, Syu akan baca sedikit knowledge mengenai Vitamin dan Suplement untuk menambah ilmu. Senanglah nanti kalau customer tanya.

– Kalau tak sempat tulis blog masa malam hari, Syu akan pilih masa anak Syu tidur barulah Syu tulis entry. Ataupun masa anak dah penat, dan dah baring main sendiri, Syu minta izin dengan anak untuk bukak komputer menulis. Kena minta izin anak tau sebab kita mengambil masa anak kita sebenarnya.

2. Masa Urusan Rumah Dan Anak

– Pagi-pagi biasanya Syu sibuk menguruskan anak pergi sekolah. Syu buat bekal simple-simple je, if not beli je di kedai sebab nanti di sekolah anak ada disediakan makanan oleh cikgunya.

– Lepas hantar anak pergi sekolah, Syu mula mengemas rumah dulu. Bila rumah dah bersih, baju pun dah sidai, baru senang hati nak uruskan bisnes semula.

– Tapi, Syu selesaikan dulu amalan rohani. Syu selesaikan solat dhuha, baca yassin, baca mathurat, dan juga zikir sebelum mulakan urusan bisnes. Sebab tu, Syu bukak kedai jam 10 pagi. Masa pagi Syu memang Syu peruntukkan dulu untuk bersama Allah.

– Dah selesai semuanya, barulah bukak kedai, itupun sambil menyambil dengan layan anak. Ye la, kedai online kan. Kita boleh sambil-sambil la. Masa nie Syu ajar anak sikit-sikit melalui permainan. Seorang je pun yang ada di rumah, yang lain semuanya dah bersekolah.

– Ada masa Syu akan siapkan masak sebelum mula bukak kedai. Tapi, biasanya Syu masak dah nak tengah hari, dan masak untuk petang juga. Senang sekali masak je. Tak payah menghabiskan banyak masa di dapur.

.

Ciri-ciri WAHM Berjaya

1. kita wajib ada jadual harian dan juga to-do-list. Ikut jadual yang kita tetapkan itu. Barulah sepanjang hari kita teratur dan tidak kelam kabut.

2. Pandai bahagikan masa – jangan ambil masa anak-anak dan keluarga semata-mata untuk bisnes. Kalau terpaksa juga ambil masa mereka, make sure ganti balik masa itu dengan bonding yang berkualiti bersama mereka.

3. Penuhkan amalan rohani yang mendekatkan diri dengan Allah – ingatlah bila kita sentiasa pentingkan hak Allah, Allah akan mudahkan urusan kita.

4. Tenang – Jangan cepat gelabah bila urusan kita tidak memihak pada kita. Baliklah semula kepada Allah untuk Allah beri petunjuk.

5. Pemurah – Selalulah bersedekah untuk Allah melipatgandakan rezeki kita.

6. Cita-cita besar – Orang yang berimpian besar kebanyakannya lebih berjaya sebab kita ada fokus yang kita nak capai. So, kita akan lebih komited untuk dpatkannya.

.

Ingatlah, kalau kita give up, fikir semula kenapa kita mulakan bisnes ini. Fikirkan Big Why masing-masing untuk kita push diri kita untuk bangkit kembali. Jangan biarkan impian kita terkubur hanya sebab kita tak mampu nak bangkit. Jadikan impian kita tu sebagai push factor untuk tolak kita jauh ke depan.

Jangan berhenti dan jangan sesekali putus asa. Kita adalah super-mommy yang nak sangat tunaikan impian anak-anak dan keluarga kita.

Cai yok mummy semua!

Syu doakan anda semua berjaya dengan bisnes yang anda lakukan 🙂

.

Love,

Syu Amir

Work-at-home-mom

Shaklee Business Mentor

0192198621

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.