Produk · Set Kurus

Tips Kuruskan Badan Dengan Suplement Semulajadi Tanpa Bahan Kimia Bahaya

Kuruskan Badan Dengan Selamat Menggunakan Suplement Bebas Bahan Kimia Bahaya

Syu percaya ramai yang nak kuruskan badan, betul tak? Siapa tak nak kan, badan lawa, kurus, muka pun cantik berseri-seri kan? Tapi, kebanyakan kita nak kurus, tapi nak kesan yang cepat je. Sebab tu ramai antara kita yang memilih untuk menggunakan produk yang bahayakan diri sendiri dan organ dalaman mereka tanpa mereka sedari.

Syu pun memang pengamal suplement tegar. Dah lebih 5 tahun Syu mengamalkan suplement untuk menjadikan kesihatan Syu bertambah baik. Tapi, bukanlah dengan memilih suplement yang setakat kesan sekejap, tapi merana berpanjangan. Syu sentiasa berhati-hati dalam memilih suplement yang Syu makan.

Korang tahu tak, banyak sangat kesan sampingan terhadap produk yang main timbang kilo je nie. Mungkin kita takkan nampak kesannya sekarang, tetapi ianya amatlah membahayakan badan kita di masa akan datang.

Kesan Buruk Pengambilan Suplement Yang Mengandungi Bahan Kimia Bahaya

Syu dah tengok ramai orang memilih untuk mengambil produk yang tak tahu asal usul nie. Dan banyak kesan buruk dah Syu nampak.

Syu tahu produk-produk sebegitu memanglah murah, tapi adakah ianya selamat?

1. Kerosakan organ-organ badan

Banyak produk yang berada di pasaran tidak menjalankan kajian dengan teliti dan kebanyakannya mengandungi bahan kimia bahaya seperti merkuri. Bila bahan kimia bahaya memasuki badan kita, ia boleh merosakkan buah pinggang kita sebab buah pinggang kita tak boleh nak proses bahan-bahan tersebut. Lama-lama ia boleh menyebabkan buah pinggang kita gagal berfungsi.

Ada juga yang kata, kami sapu-sapu pada kulit je. Ye betul, memang la sapu je, tapi dengan sapu pun, ia boleh memasuki ke saluran darah kita. Nanti akan sampai ke buah pinggang juga. Sama je.

2. Kesan sekejap je

Pernah terfikir tak, produk yang makan sekejap dah nampak kesan nie, berapa banyak bahan terlarang yang mungkin mereka guna?

Logik ke sapu-sapu krim je boleh kurus? Tersingkir semua lemak yang ada?

Logik ke makan seminggu dah kurus?

Ramai yang menggunakan produk begini kesannya sekejap je, lepas tu memang merana badan sendiri. Ada yang guna produk muka, kulit muka rosak teruk. Ada yang menggunakan produk kurus, last-last, masuk hospital sebab kerosakan buah pinggang.

Takut dengar tau.

3. Produk tak terjamin

Produk-produk yang ada sekarang ini, adakah mereka menjalankan kajian sebelum memasarkan barangan mereka? Syu tak pernah dengar lagi la produk-produk di Malaysia nie menjalankan kajian sebelum memasarkan barang-barang mereka.

Tapi, yang ada sekarang, memang fames dengan jualan bahan-bahan timbang kilo yang boleh dibeli dimana-mana. Siap diajar cara nak campur-campurkan bahan-bahan tersebut untuk menjadi produk-produk yang orang ramai tercari-cari seperti produk kurus dan produk cerahkan kulit.

Disebabkan bahan-bahan mudah dibeli, ada je yang menggunakan bahan yang sama, tetapi nama je yang berbeza.

.

Samalah dalam kes produk nak kuruskan badan. Kita nie nak kurus, biarlah kurus secara selamat. Kita nak kurus lama, bukannya kurus seminggu, lepas tu berat mencanak naik balik. Biarlah lambat proses turunkan berat tu, tapi sekurang-kurangnya kita tidak menggunakan produk terlarang yang membahayakan diri kita.

Sebelum nak kurus, kita perlulah mengamalkan gaya hidup sihat. Bukan dengan makan suplement je boleh kurus tau. Kita perlulah menukar gaya hidup kita terus supaya kita kekal sihat dan kurus pada masa yang sama.

Apa tu gaya hidup sihat? Penting sangat ke gaya hidup sihat untuk kuruskan badan nie?

1. Pemakanan

(i) Untuk menguruskan badan secara sihat, kita perlu ubah gaya pemakanan kita.

a. Kita kena kurangkan makan makanan yang berminyak dan berlemak.

b. Kita kena kurangkan makan fast food.

c. Kita kena banyakkan makan buah dan sayur

d. Kita kena banyakkan minum air masak.

e. NO SUGAR at all.

Inilah benda pertama sekali kita kena buat kalau kita nak kuruskan badan. Kita kena kawal apa yang kita makan kalau betul-betul kita nak kurus secara sihat.

(ii) Selain itu, kita perlu mengamalkan diet yang sesuai dengan badan kita. Diet yang kita pilih mestilah tidak bahaya, bukannya suruh kita jangan makan apa-apa dan bukan kena berlapar sepanjang masa ye. Diet yang seimbang mesti makan mengikut masa yang ditetapkan tetapi mengikut portion yang betul.

Portion yang betul tu macam mana? Portion yang terbaik ialah mengikut bahagian suku-suku-separuh. Suku untuk protein, suku untuk karbohidrat, dan separuh untuk sayur dan buah.

2. Senaman

Kita perlu senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit. Kita kena senaman ye untuk buang lemak-lemak dalam badan.

Macam mana nak kurus kalau kita sendiri tidak bakar kalori badan kita kan?

Mana mungkin kita boleh kurus dengan duduk diam sahaja kan?

3. Suplement

Setelah kita jaga pemakanan dan membuat senaman, barulah kita boleh tambahkan dengan pengambilan suplement.

Kita tidak boleh hanya mengharapkan suplement untuk kuruskan badan tau. Suplement ini hanyalah vitamin tambahan untuk mempercepatkan proses penyingkiran lemak dalam badan, bukannya perkara utama yang menyebabkan kita kurus.

Tapi, seperti yang Syu cakap tadi, pilih suplement yang selamat dan semulajadi. Pastikan suplement tu tidak mendatangkan mudarat kepada buah pinggang kita.

Apa pilihan suplement untuk kurus yang sesuai?

Suplement yang menjadi pilihan Syu untuk kurus semestinya Shaklee. Vitamin Shaklee tidak mengandungi bahan-bahan kimia bahaya ye. Semua bahan yang digunakan untuk membuat vitamin Shaklee wajib melalui ratusan ujian untuk memastikannya bebas bahan kimia bahaya.

Dalam Shaklee, ada beberapa suplement yang amat penting untuk kita ambil kalau kita memang betul-betul nak kurus. Pada Syu, ambillah suplement lengkap kerana setiap suplement tu ada fungsi yang tersendiri. Ada vitamin untuk pecahkan lemak, ada yang nak singkirkan lemak, ada juga vitamin yang penting untuk buang toksin-toksin badan kita.

Semua itu penting untuk kita pastikan yang badan kita bebas dari lemak-lemak jahat. Nak badan cantik kan? Kenalah buang semua lemak-lemak tu.

Antara suplement yang wajib diambil ialah:

1. Lecithin

Lecithin ialah pengemulsi semulajadi, dan ia akan melekat pada lemak-lemak badan kita. Jadi, lemak takkan melekat pada dinding organ badan kita.

Selain itu, ia membantu untuk memecahkan lemak-lemak supaya senang untuk disingkirkan.

2. Omega Guard

Di dalam Omega Guard, terdapat satu bahan nama Leptin, dan Leptin berfungsi untuk , mengawal selera makan kita. Kita nie kebanyakannya memang susah nak kawal nafsu makan kan?

Ia juga membantu untuk membakar lemak yang dah lama melekat pada dinding-dinding organ kita dan pada masa yang sama menghalang pembentukan lemak tepu yang susah nak disingkirkan.

 3. Alfalfa Complex

Badan orang yang gemuk mempunyai banyak toksin. Alfalfa membantu menyingkirkan toksin badan kita secara lembut tanpa menyakitkan kita.

Alfalfa nie macam julap, tapi tak membuatkan badan kita ‘paksa’ segalanya keluar dalam bentuk najis. Kalau makan julap mesti sakit perut kan? Tapi, makan alfalfa, ia takkan buat kita sakit perut sampai tak tahan nak ke tandas.

4. Herblax

Herblax Shaklee membersihkan usus kita supaya dapat menyerap vitamin yang kita makan dengan lebih optimum. Selain itu, herblax akan memudahkan proses membuang air besar apabila badan kita nak menyingkirkan toksin-toksin.

5. ESP

ESP adalah suplement paling best untuk kuruskan badan. ESP mempunyai Glesemik Indeks yang rendah. Ia akan melambatkan proses pembebasan glukosa ke dalam darah. Sebab itu, bila minum ESP, ia amat membantu dalam menjadikan kita kenyang lebih lama. Jadi, kita takkan terasa nak makan sangat. ESP nie juga mengelakkan kita daripada ‘mengunyah’ junk food semasa buat kerja.

6. Cinch Shake

Cinch Shake juga amat penting untuk kembalikan kelangsingan badan kita. Ini sebab Cinch Shake membantu untuk ‘shape-up’ kan badan kita semasa proses kurus ini.

Cinch Shake juga mempunyai Glisemik Indeks yang rendah dan mengandungi serat yang tinggi, membuatkan kita kenyang lebih lama.

Yang best nya Cinch Shake nie adalah sebab ia mengandungi Leucine, kandungan yang amat penting untuk melindungi jisim otot kita semasa proses pembakaran lemak badan kita. Bila kita minum Cinch Shake, badan kita akan membakar lemak sahaja.

Dan yang paling penting, cinch shake mengelakkan badan kita menjadi gemuk semula dengan cepat selepas kita dah kurus tu.

7. Vivix

Vivix yang paling best. Selain dari membaiki sel-sel badan hingga ke peringkat DNA, ia mampu untuk membuat kita kurus tau.

Di dalam vivix terdapat resveratrol, dan resveratrol ini membantu untuk menukarkan kalori kepada tenaga. Ia menggalakkan metabolisma badan kita untuk membaiki pembakaran kalori.

Dan resveratrol juga membantu untuk menyingkirkan lemak-lemak di sekeliling organ badan kita yang menyebabkan visceral fat kita tinggi hingga boleh kena sakit jantung dan stroke.

.

Nampak tak betapa bestnya SET KURUS LENGKAP Shaklee ini? Setiap suplement dan vitamin mempunyai fungsi tersendiri untuk memastikan badan kita menjadi kurus dan langsing secara selamat. Sebab tu la penting untuk mengambil setiap suplement di dalam Set Kurus Lengkap ini.

Dapatkan SET KURUS LENGKAP ini segera tau. Jangan tunggu lama-lama untuk buang lemak badan kita tu. Badan kita berhak mendapat kesihatan yang baik kan? Lagipun, badan kita tu la satu, kalau badan kita gemuk dan tak sihat, kita juga yang merana nanti.

Whatssap je Syu di 0192198621 untuk dapatkkan SET KURUS ini sekarang juga. Cepat mula amalkan, cepatlah badan kita kurus dan cantik. Mesti tak sabar nak kurus kan? So, ambillah langkah bijak dan Whatssap Syu segera.

 

Disclaimer: Produk Shaklee adalah vitamin, bukannya ubat. Walaupun ia terbukti secara saintifik menyihatkan badan, ia tidak berfungsi untuk merawat, menyembuhkan atau memulihkan penyakit kritikal.

Love,

Syu Amir

Pengedar Sah Shaklee JB dan Sekitarnya

Founder Diamonds Legacy

0192198621

COD: Skudai, UTM, Pekan Nanas, Bukit Indah, Tampoi Dan Sekitar JB

Pick-up point: Aeon Bukit Indah, JB / Paradigm Mall, Tampoi

Pos Ke Seluruh Malaysia dan Luar Negara (T&C apply)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.