Produk · Set Kurus

Tips Kekal Kurus Walaupun Asyik Makan Je Sewaktu Raya

Bagaimana Kekal Kurus Sewaktu Raya

Di musim perayaan mestilah kita akan melawat banyak rumah kan. Rumah sedara mara, rumah kawan-kawan, dan rumah jiran-jiran. Setiap rumah yang kita pergi mestilah disediakan makanan, betul tak? Takkan tak makan, kesian tuan rumah dah sediakan.

Tapi, kita nie dah penat-penat turunkan berat badan masa puasa, takkan nak biarkan berat naik mendadak pulak masa raya nie. Macam mana nak jaga hati tuan rumah, dan pada masa yang sama jaga diet kita juga?

Syu pun memang dah wajib beraya di rumah saudara mara pada minggu pertama raya tu, ye la masa tu semua orang masih cuti kan? Biasanya dari pagi sampai malam ikut keluarga beraya. Tapi, satu-satu rumah tu duduk sembang lama la sebab saudara kan, banyaklah mak ayah nak berborak..hehe…

Cuba bayangkan kalau dapat pergi 6-8 rumah sehari? Setiap rumah makan makanan raya, ada ketupat, lemang, kuah kacang, lontong, dan lain-lain lagi. Semua pun kita teringin sangat nak makan. Makanan setahun sekali tu. Macam mana nak maintain berat nie?

Jom cuba tips-tips nie. Mungkin boleh kurangkan jumlah makanan yang kita makan.

Tips maintain kurus semasa musim perayaan

1. Merasa, bukan melantak

Masa syawal adalah masa melawat sanak saudara dan kawan-kawan, bukannya pertandingan makan paling banyak ye. Jadi, bila beraya tu, kita jamah je la makanan sekadar menjaga hati tuan rumah, bukannya makan macam setahun tak makan.

Kan ada banyak lagi rumah nak beraya? Kalau setiap rumah kita melantak makanan, tak mustahil kita akan gemuk sebelum penghujung syawal.

2. Banyakkan minum air kosong

Masa beraya, banyakkan minum air kosong sebab air masak dapat buang toksin-toksin badan yang berlebihan. Selain itu, pengambilan air masak yang mencukupi memang boleh bantu kita maintain kurus.

Lagipun, bila kita banyak minum air masak, perut kita akan terasa penuh, dan kita akan berhenti makan.

3. Kurangkan makanan dan minuman manis

Normal la kan setiap rumah yang kita beraya nie akan sediakan air manis seperti air gas dan air kordial. Tapi, air manis yang tinggi gula akan buat kita craving nak makan lebih banyak lagi.

Nie belum kira lagi kuih raya yang majority nya tinggi kandungan gula nya. Memang kena kawal apa yang kita makan ye kalau tak nak gemuk.

4. Senaman ringan

Setiap hari, buatlah senaman ringan untuk membakar kalori yang kita dah makan tu. Tak perlu senaman teruk-teruk pun. Ada banyak je senaman ringan untuk kuruskan badan, terutamanya nak kempiskan perut.

5. Sarapan di rumah dahulu

Sebelum keluar rumah, sarapanlah dahulu. Syu biasanya akan shake ESP + Cinch Shake + Mealshakes dulu semasa sarapan. Bancuhan air nie akan buat Syu kenyang lama, so, Syu akan kurang makan semasa beraya.

6. Detoks

Ada macam-macam cara nak detoks. Cara paling mudah adalah dengan buat air detoks je. Syu buat air detoks dengan menggunakan jus lemon, daun pudina, halia dan air sejuk je. Sedap!

7. Pengambilan kalori

Kita kena pandai kira kalori makanan. Elak makan makanan yang berkalori tinggi. Lagi tinggi kalori, lagi mudah berat naik.

8. Portion makanan

Setiap rumah yang kita pergi, makanlah ikut portion juga. Selagi boleh ikut, kita ikut la. Lebihkanlah makan makanan yang banyak sayur dan juga makan buah-buahan banyak-banyak.

Makan buah pun boleh buat kita kenyang, so, tak perlulah makan banyak kan?

9. Jangan tidur

Bila dah kenyang, mulalah kita mengantuk. Tapi, jangan sesekali tidur dengan perut penuh ye. Ia akan menyebabkan makanan kita tidak dapat dihadam dengan baik dan perut kita akan buncit.

Dah la makanan tak dapat dihadam dengan baik, bila bangun tidur kita bertambah lapar. Kita akan sambung makan lagi.

Kalau macam nie, memang gemuk la badan kita masa raya.

10. Puasa Sunat Syawal

Nie memang sunnah kan. Bila rasa badan dah letih asyik makan je, rehatkanlah perut kita dengan puasa sunat syawal. Puasa 6 hari sepanjang bulan syawal pun boleh bantu turunkan berat semula.

11. Pengambilan suplement

Sebab kita dah banyak makan, perut mesti senak kan? So, nak detoks semula apa yang kita makan nie, cara yang boleh kita buat ialah dengan pengambilan suplement. Set detoks amat membantu untuk mengurangkan dan membuang sisa makanan secara lembut.

Tak perlulah sampai cirit-birit dan sembelit kan?

.

Bila kita amalkan tips-tips ini, Syu yakin semua orang pun akan maintain kurus je walaupun beraya sakan.

Amalkanlah. Selamat mencuba 🙂

Love,

Syu Amir

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.