my life

Tahniah Kepada Pelajar Atas Keputusan PT3

Tahniah Kepada Semua Pelajar Tingkatan 3

Hari ini telah keluar keputusan peperiksaan PT3. Setelah berhempas pulas  selama 3 tahun, akhirnya keputusan peperiksaan pun diumumkan hari ini.

Anak-anak didik Syu pun menghadapi debaran untuk mengambil keputusan. Tak tahu la macam mana berdebarnya. Cikgu-cikgu yang mengajar pun turut berdebar nie walaupun sebelum keputusan keluar cikgu-cikgu dah tahu pun apa keputusan peperiksaan pelajar-pelajar ini.

Di sini, Syu nak ucapkan tahniah kepada anak didik tingkatan 3 MRSM JB yang telah bersusah payah belajar dan berusaha keras untuk mendapat keputusan selayaknya.

Tahniah juga kepada pelajar yang Syu ajar sepanjang tahun ini. Teacher harap apa yang teacher ajar itu mencukupi untuk membantu kamu semua mendapat result hari ini.

Dan yang paling penting, tahniah kepada anak-anak homeroom ibu yang sangat sangat sporting dan keanak-anakan tu. Walaupun apa jua keputusan yang korang semua dapat, ibu sangat-sangat bangga dengan semua. Ibu harap semua jangan bersedih dengan keputusannya dan bersedia untuk tahun depan yang lebih mencabar.

Ibu sentiasa sayang korang semua ♥️♥️♥️

Love,

Syu Amir

Ibu Homeroom Anak-anak Lively 3

Founder of MDAEmpire

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.