Business Opportunity

Surirumah Pun Wajib Ada Duit Poket Sendiri. Apa Nak Buat?

Surirumah Pun Wajib Ada Duit Untuk Bantu Keluarga

Zaman sekarang nie, macam-macam kes berlaku kat anak-anak yang dihantar pengsuh, hantar ke taska dan anak-anak yang dah bersekolah pun ada ragamnya juga. Sampaikan ibu-ibu nie takut nak hantar anak kesayangan ke pengasuh lagi. Kita sebagai ibu sanggup berhenti kerja semata-mata untuk jaga anak sendiri. Hantar ambil anak sekolah lagi baik dari biarkan anak pergi sekolah sendiri.

Tapi, dah duduk rumah, maknanya takde lagilah gaji tetap setiap bulan. Tiada lagi duit untuk kita belanja sesuka hati. Tiada lagi duit untuk kita sedekah kepada orang yang memerlukannya. Jadi, untuk pastikan kita sentiasa ada duit poket sendiri walaupun dah duduk rumah, the only way is to gain money at home. Dengan buat bisnes, duit masuk, dan kita pun takde la bosan duduk rumah dengan rutin yang sama setiap hari kan?

Tips Memilih Bisnes

Kita yang baru nak berjinak-jinak dengan bisnes, eloklah kita fikir dalam-dalam beberapa perkara. Tak nak la nanti bisnes tu menyusahkan kita pula kan.

Dulu, masa Syu mula buat bisnes, banyak yang Syu fikir sebab Syu tak nak tanggung rugi. Takut nanti tak pulang modal, tapi kena bayar hutang pula.

Apa yang kita kena fikir dulu sebelum pilih bisnes yang kita nak buat?

1. Modal

First sekali yang kita kena fikir bila nak mula bisnes adalah modal. Berapa banyak modal kita nak keluarkan? 10k? 100k?

Ataupun ada bisnes yang tak memerlukan modal yang tinggi?

So, kita kena buat pilihan, berapa banyak duit yang kita sanggup nak keluarkan demi bisnes yang kita nak mulakan itu.

2. Kedai

Nak buat bisnes kena ada lokasi yang sesuai. Nak sewa kedai ke? Ataupun nak buat kedai online di rumah je?

Kedai fizikal memerlukan kos yang besar. Sewa, pekerja, bil-bil, semuanya perlukan duit.

Tapi, kalau kedai online je, kita boleh buat bisnes kita di mana-mana sahaja. Tak perlu keluar duit untuk bayar segala macam kos yang tak diperlukan itu.

3. Stok

Stok barang pun penting juga untuk kita fikirkan. Berapa banyak stok kita nak sediakan untuk kita mulakan bisnes ini?

Kita perlukan ready-stock menimbun-nimbun tapi tak sure boleh jual ataupun tak ataupun kita order barang yang customer nak beli bila diperlukan?

Mana satu yang memudahkan hidup kita?

4. Jangka hayat Bisnes

Kita juga kenalah fikirkan berapa jauh agaknya bisnes kita akan pergi. 10 tahun? 20 tahun? ataupun kita boleh pass kan bisnes ini kepada anak-anak kita nanti?

Tak nak lah bisnes yang kita bina nie lingkup tengah jalan kan? Mestilah kita nak bisnes yang tahan lama dan pada masa yang sama menguntungkan.

.

Inilah yang Syu fikirkan masa Syu mulah-mula buat bisnes Shaklee dulu. Syu mula bina empayar Shaklee Syu masa Syu kerja lagi. Lepas dah berhenti kerja, Syu memang fokus 100% untuk Shaklee sebab Syu dah biasa ada duit poket sendiri untuk Syu belanjakan untuk anak-anak dan keluarga.

Dan, bisnes Shaklee adalah yang terbaik buat Syu. Dan Syu yakin ianya adalah bisnes terbaik untuk anda juga yang duduk di rumah menjaga anak-anak dan keluarga.

Kenapa Shaklee patut menjadi Pilihan Surirumah?

1. Modal Rendah

Syu mulakan bisnes Shaklee hanya dengan mendaftar ahli sebanyak RM 65.00 sahaja. Murah sangat kan?

Setiap orang yang berdaftar menjadi ahli dah boleh mulakan bisnes Shaklee – sharing kebaikan shaklee pada orang, jual barang shaklee dengan orang lain, dan juga ajak lebih ramai orang menjadi ahli di bawah organisasi kita.

2. Tak perlu simpan stok

Shaklee mempunyai sistem online yang sangat bagus dan effisyen. Setiap kali pelanggan kita nak beli barang, kita hanya perlu klik klik je di www.shaklee2u.com.my untuk membuat sebarang pembelian dan Shaklee akan hantar terus ke alamat yang kita berikan.

Jadi, tak perlulah nak simpan stok beribu-ribu ringgit di bawah katil sampai expired, tak tahu siapa yang nak belinya. Dan tak perlu struggle nak jual barang yang kita dah ambil lebih awal dari HQ tanpa tahu dengan siapa kita nak jualnya.

3. Kelas Online Dan Offline Percuma / Kos Lebih Rendah

Upline-uplien Syu semuanya sangat pemurah dengan ilmu. Banyak kelas yang mereka buat untuk pastikan kita berjaya macam mereka juga.

Kelas-kelas yang mereka ajar tu, bukanlah kelas yang murah tau. Kalau di luar, harga kelas tersebut makan ratus-ratus. Tapi, upline sanggup buat kelas dengan percuma ataupun bayar kos kelas yang sangat rendah. Memang rugi kalau tak pergi kelas anjuran upline-upline kita nie.

Kelas nie memang akan bantu kita semua lebih berjaya dalam bisnes Shaklee, dengan syarat kenalah apply apa yang diajar.

4. Support Group yang Super supportive

Syu ada support group yang sangat-sangat membantu. Nak tanya apa, tanya je dalam group. Ramai yang boleh menjawabnya.

Dan group tu bukanlah sekadar group untuk fokus bisnes Shaklee je, tapi yang buat Syu sayang dengan group Syu adalah sebab mereka semua mendekatkan Syu pada Allah yang Maha Memberi Rezeki. Syu belajar banyak amalan rohani yang amat membantu mengembangkan bisnes Syu ini.

5. Bisnes Di mana-mana

Bisnes Shaklee boleh buat di mana-mana sahaja. Tak perlukan kedai fizikal yang mahal kos sewanya.

Dan yang paling best, pergi bercuti pun masih boleh berbisnes, boleh coaching dengan downline, boleh pantau perkembangan bisnes kita.

Dan masa bercuti pun, sale masuk menderu-deru. Sebab bisnes Shaklee adalah bisnes automated.

6. Shaklee adalah syarikat yang diiktiraf

Shaklee adalah syarikat nutrisi yang paling top di US kerana keberkesanannya terhadap kesihatan kita. Syu dah rasa betapa bagus dan betapa kesihatan Syu meningkat dengan pengambilan suplement Shaklee secara konsisten.

Jadi, Syu adalah testimoni bergerak kepada produk Shaklee. Orang boleh nampak perubahan Syu sendiri untuk mereka percaya yang produk Shaklee adalah produk terbaik untuk semua.

7. Harga Berpatutan

Dengan bahan-bahan ‘beyond organic’ yang Shaklee gunakan untuk menghasilkan produknya, dengan kawalan ketat penghasilan dan penanaman bahan yang mereka gunakan, ia menjadikan harga produk Shaklee amatlah berpatutan dan menjimatkan.

Orang kata barang Shaklee mahal, tapi sebenarnya kalau kita tahu betapa Shaklee menjaga bahan dan cara penghasilannya, semua orang pun akan setuju yang harga barang Shaklee adalah sangat berpatutan dengan kesan positifnya terhadap kesihatan kita.

8. Bonus 4-6 angka

Bila kita sungguh-sungguh buat bisnes Shaklee ini, bonus 4-6 angka menanti kita. Inilah penghargaan setiap bulan yang kita dapat sebab kita kerja sungguh-sungguh sepanjang bulan.

Siapa nak bonus besar tapi tak boleh nak keluar rumah sangat, bisnes Shaklee adalah bisnes terbaik buat anda semua.

.

Sebab-sebab inilah yang buat Syu sentiasa bersemangat untuk mengembangkan bisnes Shaklee. Bukanlah nak sale semata-mata, tapi Syu amat berharap dapat membantu lebih ramai orang menjadi lebih sihat dengan asbab Shaklee. Dengan niat tu, in sya Allah duit akan datang juga, hasil dari jualan produk Shaklee.

Syu ajak anda surirumah-surirumah untuk bina bisnes Shaklee dengan Syu. Jom kita sama-sama mencapai impian kita dengan Shaklee. Shaklee boleh buat kita capai impian kita walaupun kita duduk di rumah.

Jom semua surirumah, jom join team Diamonds Legacy di bawah Syu untuk mendapat duit poket sendiri. Boleh buat belanja diri sendiri, boleh bantu suami beli barang rumah, dan yang best sekali, boleh buat saving untuk capai impian yang kita mahukan.

Hubungi Syu cepat-cepat untuk daftar sebagai ahli shaklee dan terus jadi bisnes partner Syu dalam bisnes Shaklee ini.

.

 

Love,

Syu Amir

Pengedar Sah Shaklee JB dan Singapore

Founder Diamonds Legacy

0192198621

COD: Skudai, UTM, Pekan Nanas, Bukit Indah, Tampoi Dan Sekitar JB

Pick-up point: Aeon Bukit Indah, JB / Paradigm Mall, Tampoi

Pos Ke Seluruh Malaysia dan Luar Negara (T&C apply)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.