Quotes

[Sunday Quote] Jangan Sesekali Tukar Impian Kita!

Tukar Rancangan, Bukan Impian!

 

Setiap kita mempunyai impian yang sangat besar. Tapi, untuk mencapai impian yang besar itu, kita perlu menempuhi pelbagai halangan dan dugaan. Ada kala kita akan rasa payahnya nak dapat apa yang kita impikan. jadi, kita tukar impian tu menjadi lebih kecil supaya mudah untuk kita dapatkannya.

Tapi, itu salah. Kita tak sepatutnya tukar impian kita sebab itu adalah apa yang kita mahukan. Apa yang kita impikan tidak sepatutnya ditukar ganti. Tetapi, apa yang kita boleh tukar adalah cara kita mendapatkannya.

Jangan jadikan impian kita kecil untuk memudahkan kita, tetapi tukar cara strategi kita agar apa yang kita impikan tetap menjadi kenyataan.

Akhir kata dari Syu, “Don’t change your GOAL, but change your PLAN”.

Love,

Syu Amir (1139539)

Proud Founder of MDAEmpire

0192198621

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge