Business Opportunity · my life

Stressnya Berbisnes. Macam Mana Nak Buat?

Apa Nak Buat Bila Down Bisnes Tak Menjadi?

Menjadi lumrah hidup kita akan merasa down apabila sesuatu tidak menjadi seperti yang dirancang. Sama juga dalam bab bisnes. Kita mesti rasa putus asa apabila strategi bisnes kita tidak mendapat hasil yang diimpikan. Masa tu mulalah menangis tak tentu pasal dan fikir nak berhenti je masa nie. Apa yang perlu kita lakukan apabila rasa down dan give up dalam bisnes kita?

5 Rahsia Untuk Kita Kembali Bersemangat Dengan Bisnes Kita

Apa yang anda semua buat apabila down? Memangis? Marah? Tidur?

Syu dah lalui dah rasa hampir putus asa dalam berbisnes. Syu rasa semua yang Syu buat tak menjadi. Syu dah cuba buat semua yang Syu rancang, tapi semuanya salah. Ada je yang tak kena.

Masa itu, Allah je yang tahu macam mana Syu rasa. Memang rasa tak nak teruskan dah. Memang nekad nak berhenti dah masa tu. Tapi, apa yang buatkan Syu teruskan juga? Apa yang Syu buat untuk dapatkan kembali momentum dan kegembiraan berbisnes ini?

1. Istighfar

Ini adalah perkara pertama sekali yang Syu buat. Syu kembali kepada Allah. Mohon ampun dengan Allah. Mohon Allah beri petunjuk apa yang patut Syu lakukan.

Inilah yang memang patut kita semua buat setiap kali buntu sebab hanya Allah yang mampu mengeluarkan kita dari kebuntuan dan kegelisahan kita.

2. Big Why

Syu fikirkan kembali big why Syu untuk lakukan bisnes Shaklee ini. Apa penyebab paling kuat Syu untuk mulakan empayar Shaklee ini.

Bila fikirkan anak-anak dan kegembiraan mereka serta apa yang Syu perlu sediakan unnk mereka di masa depan, itu sudah cukup buat Syu menangis kalau tak dapat tunaikan.

Kalau Syu tak sediakan sekarang, apa akan jadi pada anak-anak Syu nanti?

3. Vision Board

Dalam vision board Syu ada macam-macam impian yang Syu mahukan. Ada impian Syu, ada impian anak-anak yang perlu Syu tunaikan, ada impian mak ayah dan adik beradik juga.

Bila lihat vision board tu, Syu rasa bersala sangat sebab down dan hampir give up. Kalau Syu give up, siapa yang akan tunaikan impian-impian itu? Kalau Syu give up, mana nak dapat duit untuk capai apa yang Syu nakkan?

4. Amalan rohani & master checklist

Syu kembali kepada amalam rohani. Syu baiki hubungan Syu dengan Allah dengan memenuhkan master checklist.

Syu yakin bila kita kembali kepada Allah dengan ikhlas, Allah akan tunjukkan jalan untuk kita capai impian.

5. Rancang Strategi

Syu akan tengok semula strategi-strategi yamg Syu pernah buat. Syu baiki strategi-strategi itu ataupun buat strategi baru.

Syu pernah dengar seorang master Shaklee cakap masa beliau buntu kenapa tak naik-naik rank master lagi. Apa lagiyang beliau tak lakukan lagi. Rasanya semuanya dah buat.Upline beliau berkata, “bukan apa yang tak buat lagi, tetapi apa yang dah buat tu, dah buat sehabis baik ke belum?”

Syu tersentap juga masa dengar tu. Syu bukan main lagi fikir apa lagi yang perlu buat, rupanya apa yang Syu buat sekarang ini pun masih belum 200% lagi. Layak ke nak give up?

.

Sejak itu, Syu rancang strategi betul-betul dan Syu follow rancangan itu. Syu usaha sehabis baik untuk dapatkannya. Bila Allah nak bagi, itu urusanNya.

Yang Syu tahu, Syu buat tugas Syu je dan jangan persoalkan urusan Allah. Bersangka baik dengan Allah sentiasa kerana Allah adalah macam mana sangkaan kita kepadaNya. Kalau kita sangka Allah itu baik dan Maha Memakbulkan, in sya Allah kita takkan risau. Sampai masa nanti makbullah doa kita itu.

Syu doakan semua yang membaca ini perbetulkan niat buat bisnes, dan hadapi ujian Allah ini dengan sabar dan solat. Moga Allah bantu kita keluar dari kekusutan ini dan berjaya dalam bisnes yang kita semua ceburi.

 

Love,

Syu Amir (1139539)

Proud Founder of MDAEmpire

0192198621

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.