Kulit Cantik · Produk · Set Kecantikan · Testimoni

Skincare Tebaik 2018 Menjadikan Kulit Muka Lebih Muda Dan Cantik Seawal 7 Hari

Dapatkan Kulit Yang Cantik Dalam Masa 7 Hari Sahaja

Ramai yang mengidamkan kulit cantik, cerah dan anjal tanpa sebarang jerawat dan jeragat kan terutamanya perempuan. Kita sanggup keluarkan ratusan malah ribuan ringgit untuk beli kosmetik paling bagus untuk pastikan kulit kita cantik. Tetapi, ramai yang nak kesan yang cepat. Sapu-sapu je terus cerah, cucuk sana sini terus putih. Bahaya tau produk yang macam tu. Akhirnya, muka sendiri bertambah teruk akibat bahan kimia yang bahaya yang terdapat di dalam produk yang digunakan itu. Breakout teruk sampai nanah pun ada. Kulit makin nipis dan bertambah sensitif. Masa tu kita yang merana la.

Tapi, Syu ada penyelesaian terbaik untuk pastikan kulit anda semua kembali lebih cantik, lebih muda, dan juga lebih cerah. Produk penjagaan kulit ini akan mengembalikan kecantikan kulit anda yang dah rosak akibat produk yang anda gunakan dulu tu.

YOUTH adalah Penyelesaian Terbaik

Setelah sekian lama mencari set penjagaan kulit muka, akhirnya Shaklee Youth juga yang produk penjagaan muka yang paling berkesan. Syu dah pernah guna macam-macam jenama set penjagaan kulit muka. Semuanya tak memberi kesan yang Syu nak. Ada yang cantik sekejap je. Ada yang takde kesan langsung.

Tapi, Youth memang set skincare yang paling bagus dan takkan ada syarikat lain pun yang boleh tanding. Kenapa Syu cakap Youth tiada tandingan?

1. Mempunyai 8 patent dan patent-pending

Patent adalah hak ke atas produk yang dihasilkan. Tiada mana-mana syarikat lain yang boleh meniru atau menggunakan bahan-bahan yang digunakan di dalam produk itu.

Di dalam Youth, terdapat bahan-bahan eksklusif yang hanya terdapat di Shaklee sahaja dan disebabkan patent yang dimiliki oleh Shaklee, takde mana-mana syarikat kecantikan lain yang boleh gunakannya. Sebab tu la, hanya Youth sahaja yang mampu menjadikan kulit kita sehingga 10 tahun lebih muda.

2. 100% berasaskan tumbuhan

Semua bahan-bahan dalam Youth adalah berasaskan tumbuhan sahaja. Tapi, bukan sebarang tumbuhan tau, bukan tumbuhan yang boleh didapati di pasar ye.

Semua bahan-bahan yang digunakan adalah bahan yang amat unik dan sangat susah untuk didapati dan sangat ketat kawalannya, dari cara ditanam hinggalah ke pembuatan Youth itu.

3. Bebas dari lebih 1500 bahan kimia bahaya

Di pasaran sekarang terdapat bermacam-macam produk penjagaan  kulit yang ada bahan kimia bahaya terutamanya merkuri. Merkuri nie sangatlah bahaya sehingga boleh dapat kanser kulit tau.

Tapi, Youth takde bahan-bahan kimia bahaya tu semua. Youth amat selamat digunakan oleh semua orang tak kira lelaki mahupun perempuan, tua ataupun muda.

4. 100% cruelty-free

Sepanjang kajian untuk menghasilkan Youth, tiada satu pun ujian dilakukan ke atas haiwan.

5. Tidak cemodogenik

Set Youth tidak menyumbatkan liang-liang pori dan juga liang pori. Kulit kita akan bebas bernafas.

6. Hypoalergenik

Youth sangat sesuai untuk orang yang mempunyai kulit sensitif dan juga orang yang mempunyai liang pori yang besar.

7. Diuji oleh pakar mata dan juga pakar kulit

8. Tanpa Gluten

9. Sesuai untuk semua jenis kulit

Tak kiralah kulit anda berminyak ataupun kering, semua orang pun boleh menggunakan Youth.

.

Youth ini dihasilkan dengan gabungan alam semulajadi (nature) dan juga kajian klinikal. Maksudnya ianya diuji ke atas manusia, dan bukannya haiwan. Dengan menjalankan kajian ke atas manusia, Shaklee menghasilkan satu breakthrough yang sangat mantap.

Ia mendapat keputusan klinikal tanpa kompromi, iaitu for the first time, ianya adalah 100% berkesan.

  • Setiap individu yang diuji itu mendapat kulit yang lebih muda dari sebelumnya.
  • 2/3 daripada wanita yang diuji itu mendapat kulit 10 TAHUN lebih muda dari sebelum ujian Youth dilakukan.

Bagaimana kajian terhadap Youth dilakukan?

1. Gabungan dengan pihak ketiga

Shaklee bergabung dengan pihak ketiga untuk menjalankan kajian ini. Syarikat pihak ketiga ini tiada kena mengena pun dengan Shaklee ye.

Syarikat ini menghasilkan platform untuk menguji setiap masalah kulit setiap individu yang dipanggil Indeks Usia Kulit ataupun Skin Age Index. Skin Age Index ini akan mengira dengan tepat umur kulit kita sebelum memakai Youth dan selepas menguunakannya.

Di dalam Skin Age Index ini terdapat 10 parameter yang dikaji dan dititikberatkan. Dan ke semua 10 parameter ini akan digunakan untuk menghasilkan Youth dan ia akan menyelesaikan semua masalah kulit yang kita hadapi.

2. Kajian Klinikal

Shaklee menguji Youth ke atas 100 orang wanita (Asia dan juga Barat) yang berumur dari 20-60 tahun. Terdapat 10 orang wanita untuk setiap kategori umur itu. 20 tahun, 10 orang. 30 tahun 10 orang, dan seterusnya. Kesemua wanita ini akan dianalyze kulit mereka sebelum mereka menggunakan Youth dengan menggunakan Skin Age Index itu tadi.

Setiap parameter dikira oleh pakar kulit dan juga pakar statistik untuk mendapatkan umur kulit mereka itu. Menarik kan? Kita pun tak tahu kulit kita nie muda dari umur ke atau sebaliknya kan?

Selepas menggunakan Youth, kulit mereka dianalyze semula. Hasil dari analisis itu, Shaklee dengan bangganya telah menghasilkan keputusan klinikal tanpa kompromi. It is 100% works!

Semua wanita yang menggunakan Youth mendapat kulit yang lebih muda dan juga 2/3 daripada wanita-wanita ini mendapat kulit 10 tahun lebih muda dengan penggunaan Youth selama 12 minggu.

.

Dengan cuaca sekarang dan juga pencemaran yang berlaku, kulit kita amat-amat memerlukan perlindungan. Tanpa kita sedar, kulit kita telah mengalami penuaan. Masa tu memang kita akan risau sangat-sangat dan akan buat apa sahaja untuk merawat kulit muka kita.

Kita akan sedar kulit kita mengalami penuaan nie bila:

  • kulit kita mula kusam, tak berseri pun walaupun pakai make-up.
  • kulit makin nipis – sampai boleh nampak saluran darah di pipi dan dahi. Biasanya, kalau kita pakai produk kulit yang mempunyai merkuri, memang cepat kulit kita nipis. Bahaya tau.
  • kulit mula berkedut
  • tona kulit tidak sekata
  • kulit kita dah tak tegang dan kurang anjal – melayut je nampak…

Tetapi, yang kita tak nampak adalah apa yang berlaku di dalam kulit kita.

  • Bila kulit kita mengalami penuaan, sel kita makin perlahan untuk menghasilkan sel yang baru. Jadi, kulit kita akan menjadi lebih sensitif.
  • kulit kita sebenarnya mengalami kekurangan nutrisi – nutrisi yang kita makan tidak sampai ke kulit muka kita.
  • kulit kita dah kekurangan kolagen dan elastin – mulalah nampak segala kedut muda dan garis-garis halus tu.

Tapi, dengan adanya Youth, ia akan membaiki semua masalah-masalah di atas dengan selamat. Dan, Youth juga akan melindungi kulit kita dari segala pencemaran dan juga kotoran-kotoran yang kita hadapi hari-hari.

Bahan Utama Youth Yang Mengembalikan Keremajaan Kulit

Di dalam Youth, ada 5 bahan utama yang amatlah unik dan hanya boleh didapati di Shaklee sebab Shaklee dah patent-kan bahan-bahan ini. Jadi, ianya adalah milik Shaklee sahaja. Maksudnya, Shaklee sahaja yang boleh menggunakan bahan-bahan ini. Produk dan syarikat kecantikan lain tidak boleh menggunakannya.

1. Apple Stem cell Extract

  • stem cell apple ini membantu mempercepatkan pembaharuan sel kulit kita ke tahap yang lebih muda.
  • Apabila stem cell apple bergabung dengan vitamin A – maka proses pembaharuan ini berjalan dengan optimum dengan kadar yang lebih cepat. Bila sel baru cepat dihasilkan, maka cepatlah kulit kita kembali lebih muda.
  • Keistimewaan Stem cell Apple yang digunakan oleh Shaklee

    • apple yang dipilih adalah dari species apple yang unik. Manusia tak makan pun apple species ini sebab tak sedap. 

    • Tetapi, species apple ini adalah jenis yang tahan lama. Selepas gugur dari pokok, apple ini boleh tahan selama 6 bulan tanpa rosak dan busuk.

    • ini kerana apple ini sentiasa menghasilkan sel apple yang baru. Sebab tu la boleh tahan lama. Menarik kan?

2. Schisandra Chinensis (SC)

  • SC membantu membekalkan nutrient kepada kulit kita secara berstruktur.
  • Lapisan luar kulit kita memerlukan nutrisi dari dalam badan kita dan ianya memerlukan berribu-ribu jalan dan saluran untuk memastikan nutrisi sampai ke lapisan kulit yang luar. Tetapi, apabila kulit kita banyak terdedah kepada pencemaran dan kotoran jalan-jalan tersebut tertutup. Jadi, nutrisi dalam badan tidak boleh nak sampai ke luar.
  • Tetapi, dengan adanya SC ini, ia membantu untuk menambah jalan-jalan supaya lebih banyak nutrisi boleh sampai ke lapisan luar kulit. 

3. Lotus Japonicus Extract

  • Lotus Japonicus Extract membantu untuk mengaktifkan protein Youth pada kulit kita. Ia memberi signal untuk meningkatkan penghasilan kolagen dan juga elastin.
  • Ianya menyokong penghasilan kolagen dan elastin yang lebih tinggi.
  • Dengan terhasilnya kolagen dan elastin ini, kulit kita akan bertambah tegang dan anjal bila protein Youth ini aktif.

4. Muscadine Grapes

  • Muscadine Grapes ini sama seperti yang terdapat di dalam Vivix. Ia membantu untuk membaiki sel sehingga ke peringkat DNA.
  • Di dalam Youth, Muscadine Grapes berfungsi untuk melindungi sel-sel kulit kita dan menghalang kerosakan dari berlaku ke atas kulit kita.
  • Ia mengelak sebarang kerosakan yang disebabkan oleh sinaran UV matahari kerana sinaran UV bukan sahaja membakar kulit kita, tetapi ia juga merosakkan kulit dan juga sel-sel kulit kita.

5. Vital Repair Vitamins and Nutrients

  • Vital Repair ini adalah gabungan pelbagai nutrients, iaitu Vitamin A, B, C, E.
  • Ia juga mempunyai antioksida yang tinggi untuk melindungi kulit dari pencemaran udara, membantu untuk menenangkan kulit dan mengurang inflamasi.
  • Selain itu, vital repair juga membantu untuk meneutralkan radikal bebas dalam kulit kita.

.

Inilah bahan-bahan yang terdapat di dalam Youth yang amat-amat penting dalam membaiki, memperbaharui dan melindungi kulit kita dari penuaan dan kerosakan.

Best kan? Mesti dah terasa nak order Youth kan? Boleh. Tekan je butang di bawah ini.

 

 

Nak tahu setiap produk yang terdapat di dalam Youth? Sambung baca ye.

Dalam full set Youth, terdapat 6 produk. Ianya bermula dengan membersih, merawat dan akhir sekali melindungi kulit kita.

1. Luminous Gel Oil Cleanser

Cleanser Youth ini memang best. Ia membersihkan kulit kita hingga ke liang-liang pori yang dalam. Lepas cuci memang terasa bersih sangat-sangat kulit kita.

Ianya tidak berbuih, jadi ia akan membersihkan kulit kita dengan lebih berkesan dan ianya sesuai untuk semua jenis kulit muka.

Bahan-bahan dalam Cleanser Youth

  • minyak avocado – mengekalkan kelembapan kulit kita.
  • Muscadine Grapes – melindungi kulit kita dari rosak akibat sinaran uv
  • Vital repair – mengelakkan kerosakan akibat dari radikal bebas
  • Exfoliating Green algae extract – membersihkan kulit dan juga ia membantu untuk detox kulit kita.

2. Perfecting Skin Toner

Selepas mencuci muka, pastikan kita pakai toner pula. Toner ini bersifat membersihkan sel-sel kulit mati pada kulit kita. Jadi, bila pakai toner, ia sebenarnya pembersihan kali kedua.

Di dalam toner Youth, ia mempunyai bahan yang dipanggil Exfoliating Rejuvenating Green Algae complex. Bahan ini membantu untuk menenangkan kulit kita selepas kulit kita terdedah kepada pencemaran dan juga radikal bebas. Amat menyegarkan lepas pakai toner Youth ini tau.

3. Activating Serum

Serum Youth adalah yang paling best sebab kelima-lima bahan utama ada dalam serum ini.

Serum Youth ini membantu mempercepatkan pembaharuan sel kulit kita.

Dan yang istimewanya Serum Youth ini, ianya dapat meningkatkan penghasilan sel 10X lebih cepat dan mempunyai kepekatan Youth Compplex 10X lebih tinggi.

Serum ini akan menjadikan kulit kita lebih tegang, lebih berseri, dan juga menyerlahkan keremajaan kulit kita. Sebab tu la, amat berbaloi pakai Serum Youth. Boleh rasa effect dalam masa yang singkat.

4. SPF 50 – Age Defense Moisturizer

SPF 50 ini membantu untuk melembabkan kulit kita dari dirosakkan oleh sinaran UV, lagi-lagi UV di Malaysia ini amat tinggi. Jadi SPF 50 ini amat diperlukan.

Moisturizer ini melindungi kulit kita daripada berlakunya jeragat. Jeragat nie terjadi apabila kulit kita terlalu banyak teredah kepada pencemaran dan kotoran, debu-debu di sekeliling kita.

Di dalam SPF 50 ini terdapat muscadine grapes dan juga Vital Repair untuk mrlindungi kulit kita dari rosak.

5. Radiance C+E

Di dalam kapsul emas ini, terkandung 20% Vitamin C tulen yang membantu untuk mencerahkan dan juga mengurangkan kesan penuaan pada kulit kita.

Kapsul emas ini juga bertanggungjawab untuk merawat masalah kulit seperti pigmentasi yang menyebabkan jeragat dan garis-garis halus.

Vitamin C+E ini juga akan firm-up kulit kita, menjadikan kulit kita tegang dan juga membentuk kembali bentuk muka kita.

6. Night Cream

Cream malam ini pakai waktu malam sebelum tidur. Ia akan membaiki kulit kita dan menjadikan kulit kita lebih muda, cerah, dan lembut.

Di dalam night cream Youth, terdapat:

  • Lotus Japonicus untuk meningkatkan penghasilan kolagen dan elastin
  • Schisandra Chinensis yang meningkatkan penghasilan jalan-jalan untuk pastikan nutrisi sampai ke kulit
  • Licorice (roots) untuk meningkatkan kelembapan kulit

.Inilah ke enam-enam produk yang terkandung di dalam Youth. Semuanya berfungsi umtuk merawat, melindungi dan meremajakan kulit kita. Sebab itulah kita perlu pakai semua produk ini untuk mendapat kulit 10 tahun lebih muda, betul tak?

Tak percaya? Jom tengok testimoni di bawah. Semuanya menunjukkan kesan yang amat best!

 

Nmmpak tak betapa Youth sangat-sangat berkesan dalam menukar imej kita menjadi lebih cantik dan lebih muda? Sebab tu la Syu amat-amat sarankan untuk semua guna Youth. Ini memang produk paling baik untuk kulit kita.

Youth ini amat-amat berbaloi untuk kita lindungi kulit kita yang amat bernilai tu. Kita mesti tak nak kulit kita berkedut sebelum tiba masa kan? Nanti orang mula panggil kita nenek sebab muka kita nampak macam orang dah tua padahal kita muda lagi.

Sebab tu la kita kena pastikan kulit kita lebih muda dari usia kita. Kita nak nampak muda sentiasa walaupun kita dah berusia betul tak?

Dapatkan Youth Full Set segera. Hubungi Syu untuk dapatkannya.

Jangan tunggu sampai kulit dah penuh jeragat dan berkedut-kedut baru nak dapatkan Youth tau. Kulit kita pun berhak untuk cantik juga.

Whatssap Syu di 019.219.86.21 untuk dapatkan Youth segera.

Atau klik e-sell di bawah ini untuk membelinya sendiri. Tapi, jangan lupa whatssap Syu untuk Syu guide cara memakainya untuk mendapat kesan yang mantap.

Disclaimer: Produk Shaklee adalah vitamin, bukannya ubat. Walaupun ia terbukti secara saintifik menyihatkan badan, ia tidak berfungsi untuk merawat, menyembuhkan atau memulihkan penyakit kritikal.

Love,

Syu Amir

Pengedar Sah Shaklee JB dan Sekitarnya

Founder Diamonds Legacy

0192198621

COD: Skudai, UTM, Pekan Nanas, Bukit Indah, Tampoi Dan Sekitar JB

Pick-up point: Aeon Bukit Indah, JB / Paradigm Mall, Tampoi

Pos Ke Seluruh Malaysia dan Luar Negara (T&C apply)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.