Kulit Cantik · Premium Product · Produk · Set Kecantikan · Testimoni · Testimoni Youth Skincare · Youth · Youth Skincare

Skincare Organik Terbaik 2018 – Harapan Terakhir Untuk Baiki Kulit Breakout

Skincare Organik Terbaik 2018 Untuk Baiki Kulit Breakout

Terlalu ramai antara kita yang mencari skincare dan produk penjagaan muka untuk jadikan kulit muka lebih cantik dan berseri-seri. Tapi, tak ramai yang sanggup nak keluarkan duit yang banyak untuk mendapatkan skincare yang berkualiti dan super berkesan.

Rata-rata yang Syu jumpa semuanya sanggup beli produk yang ‘murah’ dan boleh beri kesan yang cepat tanpa mengira risiko yang bakal diterima oleh kulit. Tahu tak, produk yang ‘murah’ ini selalunya mempunyai bahan kimia bahaya yang tinggi? Sebab tu la kesannya cepat.

Produk yang tinggi bahan kimia bahaya adalah punca utama kulit breakout ini terjadi! Tolonglah berhenti pakai produk timbang kilo yang kononnya boleh bagi kita cantik nie!

.

Apa tanda-tanda produk penjagaan muka kita tu mengandungi bahan kimia bahaya yang tinggi?

‘murah’ –> untuk kesan yang cepat, seperti boleh putih dalam masa seminggu je, tak logik lah produk itu boleh dijual dengan harga yang murah, betul tak?

  • Bahan yang digunakan untuk dapat kesan yang cepat tu sepatutnya mesti lah berkualiti dan mahal, sebab tu la putih pun cepat. Sepatutnya mestilah setanding dengan bahan-bahan yang digunakan. Mana mungkin boleh jual produknya dengan harga yang murah. Tak pulang modal la nanti.

– buat kulit kita kering, mengelupas, dan gatal-gatal

  • Kulit kita mengeluarkan minyak yang tersendiri untuk memastikan kulit kita sentiasa lembab dan dilindungi. Tapi, dengan produk tinggi bahan kimia bahaya ni, ia menipiskan kulit kita sehingga membuatkan kulit kita kering, mengelupas dan gatal-gatal.
  • Bila dah kering dan mengelupas, kulit kita akan mula terasa pedih dan sakit, terutama bila kena panas.

– Breakout teruk

  • Kulit kita mula naik jerawat batu yang bernanah. Ini kerana kulit kita terpaksa menghasilkan lebih banyak minyak untuk mengekalkan kelembapan kulit muka kita. Tapi, produk yang kita gunakan menghalang minyak itu dari keluar ke permukaan muka. In the end, bila minyak terlalu banyak di dalam, mulalah timbul jerawat yang berketul-ketul tu. Sanggup ke nak hadapi kulit muka yang penuh dengan jerawat batu?
  • Kulit kita makin lama makin nipis sampai nampak segala urat di muka. Memanglah kita dapat putih tu, tapi bukannya putih yang cantik, tapi putih yang pucat je. Sangatlah tak cantik.

.

Bila muka dah breakout teruk, mesti kita pun menyesal kan tak berfikir dengan betul sebelum beli kan? Sekarang kitalah yang terpaksa menanggung semua kasan-kesan buruk akibat daripada salah guna produk timbang kilo ini.

Antara kesan-kesan yang terpaksa kita hadapi ialah:

1. Low self-esteem

Muka tak cantik memang penyebab utama kita kurang rasa yakin pada diri. Sekarang, dengan kulit breakout nie, memang lagi menjatuhkan keyakinan kita untuk berdepan dengan orang ramai. Lagi-lagi kalau perlu berjumpa pelanggan, memang kita akan pass pada orang lain.

Secara tak langsung, muka kita yang sebegitu akan memberi kesan kepada kerja kita setiap hari.

2. Malu sangat-sangat

Muka penuh jerawat dan merah sana-sini, memang buat kita malu untuk keluar rumah. Kita akan ada rasa paranoid yang semua orang yang nampak muka kita tu, semuanya mengumpat belakang kita.

Bila nak keluar rumah tu pun terpaksa tutup muka yang tak cantik tu. Bukan setakat tak nak orang mengata, tapi kita memang tak boleh dedahkan muka kita tu. Ianya amat menyakitkan dan memedihkan.

Sedih kan bila kulit muka kita jadi macam nie?

3. Selalu kena gelak/perli

Orang sekeliling akan selalu gelakkan kita setiap kali tengok muka kita. Lagi tak tahan, bila orang mula perli kita dan muka kita tu. Makan dalam la apa yang orang cakap tu.

Sampai bila kita nak tahan dengan gelak tawa orang dan perlian mereka terhadap kita?

4. Terpaksa menahan sakit di muka

Sakit tau muka apabila kulit sentiasa kering dan mengelupas nie. Tak boleh kena sentuh lebih-lebih, tak boleh nak cuci kasar-kasar, tak boleh nak kena panas. Semua nie boleh buat kulit kita sakit macam kena cucuk-cucuk dengan jarum.

5. Tak bersemangat

Kita takkan bersemangat nak buat apa-apa bila orang selalu sindir dan cakap belakang kita. Kita sentiasa fikir apa yang kita buat adalah sia-sia dan tak berbaloi.

6. Stress

Mestilah stress bila setiap hari kena pandang muka yang penuh jerawat dan parut jerawat nie. Stress nak fikir apa kena buat untuk cantikkan muka semula. Stress kena hadap semua cacian setiap hari. Stress kena tahan sakit muka setiap hari.

Lama-lama boleh jadi depression tau kalau kita tak baiki muka kita yang breakout nie cepat.

.

So, apa nak buat sekarang untuk elokkan semula muka yang breakout ini?

Ada beberapa benda yang kita kena buat dulu sebagai langkah permulaan untuk merawat kulit muka kita.

a. Stop guna semua produk muka yang tinggi bahan kimia bahaya

  • buang je semua produk muka tu. Bukan berbaloi nak simpan pun dengan apa yang produk tu buat pada kulit muka kita.

b. Pelembab muka

  • Pelembab muka amat penting buat masa sekarang. Tapi jangan guna pelembab yang ada bahan kimia seperti alkohol tau. Itu akan buat kulit kita lebih kering dan pedih.
  • Gunalah aloe vera gel untuk sapu pada kulit muka kita. Aloe vera boleh mengurangkan kepedihan dan juga melembabkan muka kita yang mengelupas.

c. Ais

  • Ais bukanlah boleh merawat kulit kita, tapi ianya boleh mengurangkan sakit pada kulit muka kita, terutama sekali bila pedih.
  • golek-golekkan ais tu di seluruh muka kita untuk kebaskan kulit dan ini boleh mengurangkan sakit pada waktu itu.

d. Antibiotik

  • Kalau terpaksa mengambil antibiotik, ambillah. Pergilah berjumpa doktor pakar untuk mengambil antibiotik. Tapi, bersedialah dengan duit dalam poket ye, sebab rawatan doktor pakar bukannya murah. Dan ada juga yang Syu baca, mereka kata tak semua memberi kesan yang positif walaupun duit dah banyak habis. Wallahualam.

e. Suplement dan vitamin

  • Elok juga kita mengambil vitamin dan suplement semulajadi yang boleh membantu menyingkirkan toksin-toksin penyebab breakout ini. Seperti yang kita tahu, kulit breakout ini terjadi disebabkan oleh toksin yang banyak dalam badan kita, dan suplement mampu membantu untuk menyingkirkannya.

f. Skincare Organik

  • Satu-satunya skincare yang Syu sentiasa syorkan apabila customer Syu mengalami kulit breakout ini adalah dengan menggunakan Youth Skincare. Youth mampu untuk membaiki kulit kita dengan berkesan dalam masa yang amat singkat, tapi ianya amat selamat untuk kulit kita. Itu yang kita mahukan, betul tak?

Youth – Skincare Organik Terbaik Untuk Baiki Kulit Breakout

Youth Skincare adalah skincare pertama yang menggunakan 100% bahan berasaskan tumbuhan, tetapi ianya amat berkesan dalam membaiki kulit kita yang bermasalah, walaupun breakout yang teruk ini.

Youth telah dikaji selama 8 tahun sebelum ianya akhirnya dipasarkan. Ini kerana Shaklee mahukan skincare yang benar-benar selamat dan benar-benar berkesan untuk semua penggunanya. Setelah 8 tahun, memang betul-betul Shaklee telah buktikan yang Youth adalah 100% berkesan.

Kajian yang dijalankan terhadap Youth Dan Keputusannya

1. Saintis Shaklee menjalankan kajian bersama saintis-saintis di luar Shaklee untuk menghasilkan satu sistem yang dinamakan “Skin-Age Index (SAI)”. SAI ini digunakan untuk mengukur usia kulit kita sebelum menggunakan Youth dan juga selepas 12 minggu menggunakan Youth.

  • SAI ini merangkumi 10 kriteria untuk mengukur usia kulit kita. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti dalam gambar di bawah ini.

  • Ujian klinikal telah dijalankan ke atas 100 orang wanita antara umur 20-60 tahun (10 orang untuk setiap kategori umur) yang berlainan latar belakang. Kulit mereka diuji sebelum memakai Youth, dan juga selepas 12 minggu memakai Youth.
  • Dengan menggunakan SAI ini, keputusan daripada ujian klinikal ini menunjukkan bahawa setiap yang menggunakan Youth ini mendapat kulit yang lebih muda dari sebelumnya.
  • Malah, 2/3 daripada wanita ini mendapat kulit 10 TAHUN lebih muda.

Umur kulit mereka sebelum dan selepas adalah berdasarkan graf di bawah ini. Kita boleh tengok semua orang mendapat kulit yang lebih  muda dari sebelum memakai Youth 🙂

– Youth adalah selamat dan sesuai digunakan oleh semua jenis kulit, termasuklah kulit bermasalah.

  • Youth telah diuji oleh pakar dermatology yang bertauliah

– Youth bersifat hypoalergenik

  • sesuai untuk kulit yang sensitif dan juga mempunyai liang pori yang besar.
  • Tidak akan menyebabkan liang pori tersumbat pada kulit muka.

– Bebas dari lebih 1500 bahan kimia bahaya yang boleh merosakkan kulit.

– Mempunyai 8 patent dan patent-pending.

  • Ini maksudnya hanya Shaklee sahaja yang ada produk sebegini. Ia tidak boleh ditiru oleh mana-mana syarikat yang mengeluarkan produk kecantikan. Youth hanya boleh di dapati di Shaklee, so hanya Shaklee lah yang boleh bantu untuk baiki kulit kita.

.

Dengan Youth ini, Syu yakin anda semua boleh dapat kulit yang lebih cantik dari sebelum ini. Kulit anda akan dapat dibaiki sebaiknya dengan menggunakan Youth. Ini kerana di dalam Youth, terdapat 5 jenis bahan semulajadi yang amat berkuasa dalam membaiki sel-sel kulit kita hingga ke lapisan dalam lagi. Dengan adanya 5 bahan yang rare dan sangat susah untuk dijumpai ini, memang tak terkejutlah kulit breakout pun dapat dirawat semula.

Bahan-bahan Penting Yang Terdapat Di Dalam Youth

1. Apple Stemcell Extract Dan Vitamin A

– Extract Apple Stemcell ini amat penting dalam mempercepatkan pembaharuan sel kulit ke kadar yang lebih muda.

– Dan apabila ianya digabung dengan Vitamin A, maka kadar pencepatan ini berlaku dengan kadar maksima.

– Kelebihan Stemcell apple yang digunakan oleh shaklee adalah ianya datang dari species yang unik. Manusia tak makan apple jenis nie sebab tak sedap.

  • Apple ini tahan lama dan tahan lasak kerana ia boleh tahan selama 6 bulan selepas gugur tanpa rosak. Ini kerana sel di dalamnya sentiasa menghasilkan sel apple yang baru untuk melindungi apple tersebut.

2. Schisandra Chinensis

– Bahan ini membantu membekalkan nutrient kepada kulit secara berstruktur.

  • kulit bahagian luar kita memerlukan nutrient dari dalam badan. Ia memerlukan beribu-ribu jalan supaya nutrient sampai ke lapisan luar. Tapi, disebabkan pencemaran, jalan-jalan tersebut tertutup menjadikan nutrient makin susah nak sampai ke lapisan luar.
  • Jadi, dengan adanya Schisandra Chinensis ini, ia membantu menambah jalan-jalan supaya nutrient yang penting kepada kecantikan muka dapat sampai ke bahagian kulit.

3. Lotus Japonicus Extract

– Lotus Japonicus Extract membantu untuk mengaktifkan protein Youth pada kulit kita. Ia memberi signal kepada sel kita untuk menghasilkan dan meningkatkan penghasilan kolagen dan elastin.

  • Dengan adanya Lotus Japonicus ini, struktur kulit kita akan bertambah tegang dan anjal kerana protein Youth ini kembali aktif.

4. Muscadine Grapes

– Melindungi sel-sel kulit kita dan juga menghalang kerosakan sel kulit kita.

  • Muscadine Grapes ini mengelakkan DNA kita dari rosak akibat dari sinaran UV dari matahari kerana sinar UV ini bukan sahaja merosakkan kulit tapi ia juga merosakkan sel kulit termasuklah DNA.

5. Vital Repair Vitamins & Nutrients

– Bahan ini adalah gabungan nutrient yang penting dalam pemulihan kulit kita seperti Vitamin A, B, C, E dan juga beta-gluten

– Ia juga adalah antioksidan yang tinggi untuk melindungi sel kulit kita dari pencemaran udara serta meneutralkan radikal bebas yang masuk ke dalam sel kulit kita.

– Bahan ini akan membantu untuk menenangkan kulit kita serta mengurangkan inflamasi dan keradangan pada kulit.

.

Setiap bahan-bahan ini akan membantu membaiki kulit kita yang dah rosak itu sehingga ke peringkat DNA sel kita. Bila sel-sel kita dibaiki, makan proses penyembuhan luka-luka dan keradangan akibat breakout itu akan bertambah cepat dan semulajadi je.

Produk-produk Di Dalam Youth Skincare

So, untuk baiki kulit breakout, amatlah digalakkan untuk menggunakan setiap item di dalam Set Youth ini. Di dalam Youth ini, terdapat 6 item yang amat penting. Item-item ini adalah:

1. Luminous Gel-Oil Cleanser 

  • Cleanser Youth akan membantu untuk membuang sel-sel kulit mati dari kulit.
  • Kerana ianya adalah berbentuk gel oil, cleanser ini amat membantu untuk mengekalkan kelembapan kulit kita.
  • Cleanser ini juga adalah tanpa buih, jadi ianya amat sesuai untuk semua jenis kulit

Kelebihan Cleanser Youth 

– Mengandungi active ingredients yang amat bagus dalam membaiki kulit kita yang rosak. Jadi, dengan pemakaian Cleanser nya sahaja pun dah boleh baiki kulit kita yang breakout.

– Mengandungi Muscadine Grapes untuk melindungi kulit dan membaiki kulit hingga ke peringkat DNA lagi.

Yeast Extract membantu meningkatkan kelembapan kulit kita – dapat mengurangkan kulit kita yang kering

Exfoliating Green algae Extract membantu membersihkan kulit serta mendetox kulit kita menjadi lebih bersih.

2. Perfecting Skin Toner

– Membersihkan sisa-sisa sel kulit mati yang tertinggal di muka.

– Mengandungi Exfoliating Rejuvenating Green Algae Complex untuk menenangkan kulit serta melegakan kulit selepas seharian terdedah kepada pencemaran.

3. Activating Serum

– Semua 5 bahan utama Youth terdapat di dalam Youth Activating Serum.

– Ia mempercepatkan pembaharuan sel dan meningkatkan ketegangan kulit, meningkatkan keserian dan menyerlahkan keremajaan kulit kita.

– Activating Serum ini mengandungi 10X ganda kepekatan Youth Complex – Ia akan meningkatkan penghasilan sel 10X ganda lebih cepat.

4. SPF 50 – Age Defense Moisterizer

– Perlindungan kulit amat penting dalam membaiki kulit rosak akibat breakout ini.

  • SPF 50 ini membantu melembabkan kulit di samping melindungi kulit dari dirosakkan oleh sinaran UV matahari.
  • UV matahari ini terbahagi kepada 2, iaitu UVA dan UVB. UVB cuma merosakkan kulit di bahagian luar sahaja seperti sunburn ttetapi UVA akan merosakkan sehingga ke lapisan kulit yang dalam, iaitu bahagian sel kulit kita dan mematikan sel kulit.

Jadi, dengan penggunaan SPF 50 ini, sel kulit kita akan dilindungi untuk membaik-pulih kulit kita yang rosak itu.

5. Radiance Vitamin C + E

– mengandungi 20% kepekatan Vitamin C tulen yang membantu untuk mencerahkan dan mengurangkan kesan penuaan pada kulit seperti jeragat, garis halus, dan kedutan di bahagian muka dan leher.

– Ia juga akan membantu untuk firm-up dan bentuk semula muka kita. So, takde lagi kulit yang melayut.

6. Advanced Renewal Night Cream

– Night cream membantu membaiki kulit kita di waktu malam. Ia menjadikan kulit kita lebih muda, lebih lembut dan lebih cerah.

  • mengandugni Lotus Japonicus Extract – meningkatkan penghasilan kolagen dan elastin untuk menegangkan kulit
  • mengandungi Schisandra Chinensis – meningkatkan jalan-jalan yang diperlukan nutrient untuk sampai ke lapisan luar kulit. Nutrient yang mencukupi akan membantu mempercepatkan kulit kita pulih.
  • Juga mengandungi Licorice Roots untuk melembabkan kulit.

– Untuk membaiki kulit breakout, night cream amatlah penting kerana waktu malam adalah waktu terbaik untuk repair kulit kita yang rosak.

.

Dengan menggunakan semua item-item di dalam Youth ini, in sya Allah kulit muka yang breakout ini akan dapat dibaiki dengan cepat dan selamat. Syu yakin takde lagi masalah breakout lagi selepas ini.

Syu kongsikan testimoni orang yang dah berjaya baiki kulit breakout mereka dengan Youth ye. Mesti anda lebih percaya lagi lepas tengok gambar ini.

 

.

Percayalah yang skincare ini walaupun organik tapi amat berkuasa dalam membaiki kulit breakout.

Gunalah Youth Skincare ini untuk mengembalikan kecantikan kulit kita dengan berkesan dan selamat.

Sampai bila kita nak menanggung kesakitan akibat breakout kan? Sampai bila kita nak tengok muka orang lain semua cantik-cantik, muka kita je yang teruk? Sekarang tibalah masanya untuk kita pun sama cantik macam kawan-kawan kita.

Atasilah masalah breakout anda dengan Youth. Kesan seawal 7 hari dah boleh nampak tau!

Hubungi Syu segera di 0192198621 untuk membaiki breakout anda dengan cepat dan selamat 🙂

.

Love,

Syu Amir

Pengedar Sah Shaklee JB dan Singapore

Founder Diamonds Legacy

0192198621

COD: Skudai, UTM, Pekan Nanas, Bukit Indah, Tampoi Dan Sekitar JB

Pick-up point: Aeon Bukit Indah, JB / Paradigm Mall, Tampoi

Pos Ke Seluruh Malaysia dan Oversea Juga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.