Produk · Set Kurus

Senaman Ringan Untuk Kempiskan Perut

Senaman Ringan Untuk Kempiskan Perut

Bila asyik makan banyak makanan berlemak dan berminyak, perut kita lama-lama boleh buncit. Kalau lelaki nie tak kisah sangat dengan perut buncit, tapi cuba bayangkan perut perempuan yang buncit? Malu sangat tau. Buncit sebab mengandung tu lain, nie buncit sebab banyak makan makanan tak berkhasiat. Kalau nak badan cantik, kurus, langsing, wajib kempiskan perut kita tau.

Selain dari suplement untuk kurus, Syu ada beberapa jenis senaman mudah sangat yang Syu nak kongsi untuk kita semua buat supaya perut kita boleh kempis dengan cepat. Tak payah nak rasa terseksa nak work-out teruk-teruk untuk dapatkan perut yang cantik.

1. heel-touches

  • Step 1: Baring dengan membengkokkan lutut ke arah peha (pastikan ada ruang di antara buku lali dan peha)
  • Step 2: Letak kedua-dua tangan di tepi dan pastikan bahu diangkat sedikit dari lantai.
  • Step 3: Sentuh jari tangan kanan ke buku lali dan balik ke posisi asal.
  • Step 4: Sentuh pula jari tangan kiri ke buku lali kaki kiri dan balik ke posisi asal.
  • Step 5: Ulang step 3 & 4 sebanyak 20 kali.

2. Leg Raises

  • Step 1: Baring dengan posisi menghadap ke atas.
  • Step 2: Angkat kedua-dua kaki 90º ke atas.
  • Step 3: Jatuhkan kaki ke arah lantai tapi jangan sentuh lantai. Gerakkan kaki semula ke atas ke posisi asal.
  • Step 4: Ulang step 3 sebanyak 15 kali. 

 

3. Bicycle Crunches

  • step 1: Letak kedua tangan di belakang kepala dan kedua kaki terapung dari lantai.
  • Step 2: Sentuh siku kanan dengan lutut kaki kiri dan kembali ke posisi asal. 
  • Step 3: Tukar pula. Sentuh siku kiri dengan lutut kaki kanan dan kembali ke posisi asal. 
  • Step 4: Ulang step 3 & 4 sebanyak 15 kali.

 

4. Russian Twist

  • Step 1: Duduk di atas punggung dengan kaki disilangkan dan terapung.
  • Step 2: Dengan memegang pemberat, pusing ke kiri dan ke kanan sebanyak mungkin yang kita larat.

 

5. Side Plank

  • Step 1: Mengiring ke sisi. Gunakan tangan dan kaki untuk menampung punggung ke atas. Badan mesti tegak di sisi.
  • Step 2: Tahan selama 30 saat, dan berhenti.
  • Step 3: Ulang step 2 sebanyak 4-5 kali.

.

Syu mula buat senaman-senaman nie sebab perasan perut macam makin ke depan..haha..Tapi bila dah buat selalu rasa best pula. Senaman nie senang je. Tak sampai 10 minit dah siap satu set. Ulang 3 set pun tak sampai 30 minit termasuk rehat selamat 1-2 minit tu.

Awal-awal memang rasa payah, sebab kita tak biasa dan ia bukan habit kita. Tapi, bila kita dah biasa dengan habit baru nie, nanti kita boleh mula tengok perut kita yang makin kempis tu. Masa tu mesti kita beriya-iya nak buat setiap hari.

Selamat mencuba 🙂

Love,

Syu Amir

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.