my life

Rutin Sebelum Tidur Bagi Ibu Bekerja Agar Tidak Kelam Kabut

Perkara Wajib Buat Sebelum Tidur Supaya Tidak Kelam Kabut

Bagi ibu yang bekerja, masa pagi amat singkat. Nak uruskan diri sendiri, pada masa yang sama nak kena uruskan anak juga. Silap hari bulan, memang kelam kabut dibuatnya. Ada juga yang lambatmasuk kerja nanti 😂

Syu pernah merasa perkara ini. Syu kerja dah la jauh. Wajib keluar rumah sebelum 6.20 pagi. Tapi, Syu ada 2 anak (pada masa tu la) yang bersekolah. Nak bersiap uruskan diri sendiri, nak mandikan anak-anak, nak kena hantar anak-anak ke rumah pengasuh. Dapat bayangkan tak macam mana hektik nya pagi Syu?

Syu harus fikir macam mana nak buat supaya Syu tak kelam kabut pagi-pagi. Tak nak la rosak mood seharian hanya disebabkan pagi yang stress kan?

Jadi, ini yang Syu buat setiap malam sebelum tidur.

1. Barang sekolah anak-anak

a. Anak Syu sekolah tadika hingga petang dan perlukan baju persalinan. Syu selalu lupa baju Syifa’. Cikgu pun dah faham 😂. Last-last, Syu sediakan baju sepersalinan Syifa’ 5 pasang terus dalam satu beg dan tinggalkan di sekolah.

b. Baju sekolah anak mesti dah digosok sebelum tidur.

c. Beg sekolah dan botol air dah tersedia di tepi pintu. Mudah nak ambil dan masukkan dalam kereta.

2. Baju kerja Syu dan suami pun dah digosok sebelu tidur.

3. Bahan masak, seperti perencah dah disediakan. Bangun pagi-pagi cuma masukkan nasi/mee/bihun untuk bekal semua orang. Bekal makanan semua dah siap basuh dan keringkan.

4. Kunci kereta, wallet, handbag semuanya Syu letak satu tempat. Biasanya kalau dah kelam kabut tu, semua pun tak jumpa.

.

Sepain dari itu, Syu amalkan bangun awal pagi supaya Syu boleh buat kerja dengan relax tanpa perlu stress. Syu boleh ambil masa yang mencukupi untuk menyiapkan diri dan anak-anak untuk ke rumah pengasuh.

Syu faham keadaan mummy-mummy semua yang kena uruskan semuanya, tapi percayalah, kita boleh lakukannya. Kita kan supermom 😍 Kita hanya perlukan guidelines apa yang perlu kita lakukan umtuk mempercepatkan proses persiapan diri tanpa perlu risau masa tidak mencukupi sebelum pergi kerja.

Harapnya dengan perkongsian ini, semua mummy akan lebih tenang dan lebih relax menguruskan anak-anak di pagi hari sebelum ke tempat kerja.

Love,

Syu Amir

0192198621

 

 

2 thoughts on “Rutin Sebelum Tidur Bagi Ibu Bekerja Agar Tidak Kelam Kabut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.