my life · Resepi

Resepi-Resepi Eat Clean Diet Yang Amat Simple Dan Cepat

Resepi Mudah Bagi Yang Mengamalkan Eat Clean Diet

2 bulan lepas, Syu mula detox badan untuk menyingkirkan segala toksin yang ada dalam badan dan juga mencuci usus dan juga hati. Detox Shaklee cuma 7 hari je, selepas tu Syu amalkan Eat Clean Diet dan juga portion suku-suku-separuh.

Mulanya, ingatkan susah sangat nak buat Eat Clean Diet nie tau. Takut tak boleh makan makanan yang sedap-sedap. Takut nanti lapar. Ye la, makan dalam kuantiti yang sikit je kan, mana la nak kenyang. Tapi kan, surprisingly, amatlah kenyang bila kita dah pandai pilih apa yang elok kita makan untuk badan kita.

Kebaikan Eat Clean Diet

1. Pilih makan

Kita akan belajar pilih makanan yang sihat dan low-calorie tapi amat mengenyangkan. Contohnya, dari makan nasi lemak yang hampir 500-600 kalori, baiklah makan roti wholemeal dan telur rebus bersama salad semangkuk yang baru 300 kalori.

Bila kita kawal kalori makanan kita, barulah kita boleh makan dengan kerap tapi masih maintain jumlah kalori harian kita.

2. Boleh makan kerap

Dengan diet Eat Clean, kita makan 6 kali sehari tau. Sarapan, snek pagi, makan tengah hari, snek petang, makan malam, dan juga snek malam.

3 kali makan makanan berat dan 3 kali makan makanan yang ringan. Yang penting, bila makan berat tu, mesti cukup 1/4 protein, 1/4 karbohidrat, dan 1/2 serat (sayur dan buah).

3. Badan Lebih Fit

Diet Eat Clean adalah rendah lemak dan minyak. Jadi, kita takkan kumpul lemak dalam badan. Dan bila kita kerap exercise, badan kita akan bertambah fit dan lebih berstamina.

4. Jimat Duit

Dan yang lagi best, diet Eat Clean ini buat kita rajin masak di rumah dan bawa bekal ke tempat kerja. Jimat duit.

.

Bila kita mengamalkan diet Eat Clean, kita sebenarnya menukar gaya hidup kita kepada gaya hidup yang lebih sihat. Kita tak paksa diri kita berlapar, kita makan je apa yang kita suka. Cumanya, kita kawal apa yang masuk dalam badan kita.

Awalnya, Syu pun ingatkan susah nak sediakan menu untuk diet Eat Clean ini. Tapi, sangat senang sebenarnya.

Seeloknya, kita banyak guna kaedah bakar ataupun steam. Kalau stir fry pun, kita limitkan penggunaan minyak.

Resepi-resepi Eat Clean Diet

Ini semua resepi yang Syu dah pernah buat la. Memang senang dan memang sedap. Yang penting, kalori rendah dan amat kenyang.

1. Ikan Bakar Simple

Bahan-bahan:

  • Ikan siakap/tenggiri/merah/kembung/selar etc.
  • Lada Hitam
  • Garam
  • Serbuk Coriander
  • Sedikit garam

Cara-cara:

  • perap bahan-bahan di atas selama 30 minit.
  • Bakar dalam oven ataupun airfryer. Kalau takde, bakar dalam kuali pun boleh. Tapi, guna minyak yang sedikit sahaja ye.

2. Ayam Bakar

Bahan-bahan:

  • Ayam bahagian dada
  • Serbuk Paprika
  • Garam
  • Daun Basil

Cara-cara:

  • Perap ayam dengan semua bahan di atas.
  • Bakar sehingga masak.

3. Terung Masak Sambal

Bahan-bahan:

  • Terung
  • Bawang merah
  • Bawang Putih
  • Ikan Bilis
  • Cili merah
  • Cili api (kalau nak pedas)
  • Sedikit garam

Cara-cara:

  • Kukus terung hingga lembut.
  • Blend/tumbuk bahan-bahan tumisan.
  • Tumis hingga garing dengan sesudu minyak.
  • Perasakan dengan garam sedikit. Tutup api.
  • Gaul bersama terung yang dikukus tadi.

4. Sandwich Tuna

Bahan-bahan:

  • Tuna In mineral water/olive oil
  • Bawang merah potong dadu
  • Yogurt sesudu
  • Garam
  • Salad
  • Roti Wholemeal 2 keping
  • Keju (kalau nak)

Cara-cara:

  • Roti wholemeal dibakar dan letak tepi.
  • Campurkan tuna, bawang merah, yogurt, dan garam ke dalam mangkuk dan gaul sebati.
  • Letak salad atas roti, dan sapukan tuna atas salad dan tutupkan dengan roti semula.

5. Chicken Wrap

Bahan-bahan:

  • wrap wholegrain
  • salad
  • ayam bakar bahagian dada
  • sedikit kewpie hot n spicy

Cara-cara:

  • Bakar sebentar wrap wholegrain.
  • Letak salad, ayam bakar yang di potong memanjang, dan kewpie.
  • Gulung hingga habis.

6. Chicken/tuna Pasta salad

Bahan-bahan:

  • pasta yang direbus dan ditos airnya.
  • ayam bakar/tuna in mineral water.
  • Salad
  • Yogurt sesudu
  • Olive oil
  • Lada hitam dan garam

Cara-cara:

  • Gabungkan ayam/tuna, salad, dan pasta di dalam mangkuk.
  • Di mangkuk yang berlainan, gaulkan yogurt, olive oil, garam dan lada hitam untuk dijadikan dressing.
  • Campurkan dressing ke dalam mangkuk salad tadi.
  • Gaul sebati semuanya.

7. Sayur stir-fry

Bahan-bahan:

  • Sayur kobis, carrot disagat, dan capsicum.
  • Bawang merah dihiris halus.
  • Bawang putih dihiris halus.
  • Ikan bilis
  • Garam

Cara-cara:

  • tumis bawang merah, bawang putih, dan ikan bilis hingga garing.
  • Masukkan sedikit air dan garam.
  • Masukkan sayur dan gaul sebati.

Kalau nak letak telur pun boleh. Pecahkan telur dan kacau hingga hancur sebelum masukkan sayur.

8. Overnight Oat

Bahan-bahan:

  • rolled oat 3 sudu
  • susu segar
  • yogurt (optional)
  • buah/kekacang
  • madu (kalau nak manis)

Cara-cara:

  • Masukkan semua bahan di dalam mangkuk atau bekas bertutup dan gaul sebati.
  • Simpan semalaman dan boleh makan sebagai saarapan keesokan hari nya.

9. Banana Oat Pancake

Bahan-bahan:

  • rolled oat (dikisar hingga menjadi tepung)
  • susu segar
  • pisang (dilecek)
  • garam sedikit
  • baking soda dan baking powder

Cara-cara:

  • Lecek pisang hingga lumat.
  • Masukkan tepung rolled oat yang dah dikisar, masukkan susu, garam, baking powder dan baking soda. Gaul sebati.
  • Masak atas non-stick pan.

10. Fruit Smoothie

Bahan-bahan:

-Buah (strawberry, pisang, blueberry, epal, etc)

-susu segar

-ais (optional)

Cara-cara:

  • masukkan semua bahan di atas ke dalam blender dan blend. Boleh terus minum.

Syu biasanya akan tambah ESP Shaklee sekali dalam smoothie, barulah sedap dan mengenyangkan 🙂

11. Air Asam Eat Clean Way

Bahan-bahan:

  • bawang merah
  • tomato
  • cili api
  • ikan bilis yang ditumbuk
  • garam
  • jus perahan lemon (pengganti air asam jawa)

Cara-cara:

  • Potong bawang, tomato, ikan bilis dan cili api dan masukkan ke dalam mangkuk.
  • Masukkan sedikit air dan juga jus perahan lemon.
  • Masukkan garam sedikit.

12. Sambal Eat Clean

Bahan-bahan:

  • 13-15 biji cili merah
  • 2 biji cili padi
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji tomato
  • sedikit garam

Cara-cara:

  • Rebus semua bahan-bahan sehingga sedikit layu dan toskan.
  • Masukkan garam dan blend hingga lumat.
  • Siap!

Nak buat nasi goreng, makan dengan salad semua pun boleh 🙂

13. Ikan bakar Madu

Bahan-bahan:

  • Ayam bahagian dada
  • bawang merah
  • bawang putih
  • halia
  • madu
  • cili merah
  • garam

Cara-cara:

  • blend semua bahan di atas (kecuali ayam dan madu).
  • Masukkan ke dalam mangkuk berisi ayam dan gaulkan. Masukkan madu dan gaul lagi.
  • Perap selama 30 minit.
  • bakar hingga masak.

14. Bendi Rebus Masak Sambal

Bahan-bahan:

  • bendi
  • Bawang merah
  • Bawang Putih
  • Ikan Bilis
  • Cili merah
  • Cili api (kalau nak pedas)
  • Sedikit garam

Cara-cara:

  • Kukus bendi hingga lembut.
  • Blend/tumbuk bahan-bahan tumisan.
  • Tumis hingga garing dengan sesudu minyak.
  • Perasakan dengan garam sedikit. Tutup api.
  • Gaul bersama bendi yang dikukus tadi.

15. Oat Noodle Soup

Bahan-bahan:

  • oat noodle yang direbus dan ditos.
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • jintan manisn dan jintan putih
  • rempah 4 sekawan
  • Garam
  • Air
  • Isi ayam
  • carrot dan kentang

Cara-cara:

  • Blend bawang merah, bawang putih, halia, dan jintan.
  • Tumis bahan yang di blend itu hingga naik bau. (minyak sikit je ye)
  • Masukkan air, isi ayam, carrot dan kentang. Biarkan mendidih.
  • Perasakan dengan garam.
  • Siap!

Kalau tak makan dengan oat noodle pun, boleh guna mana-mana noodle yang organik dan rendah kalori.

.

Buat masa ini, inilah resepi-resepi yang Syu dah cuba buat. Memang mudah dan cepat je siap. Tak perlu nak duduk lama-lama di dapur untuk memasak.

So, siapa-siapa yang memang tengah diet nie, jomlah cuba diet Eat Clean ini. Diet nie tak larang korang makan pun, tapi ianya ajar kita untuk kawal dan pilih apa yang kita makan setiap hari.

Syu doakan nada semua berjaya dalam misi menguruskan badan dan menurunkan berat badan nie. Moga kita semua menjadi lebih sihat dan lebih fit selepas ini.

Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.