Anak-anak · Resepi

Resepi Pancake Paling Senang Buat Anak Tersayang

Resepi Pancake Termudah Untuk Mummy Buat Untuk Keluarga Tersayang

Bila Syu ada anak yang tekak macam mat saleh nie, semua resepi Syu kena google, termasuklah resepi pancake ini. Boleh dikatakan setiap minggu nak pancake. Kalau tak dapat, jenuhlah anak-anak ajak pergi McDonalds Breakfast semata-mata nak makan pancake.

Sekali dua bolehlah layan, kalau setiap minggu nak pergi McD pokailah ummi nie. habis duit minyak tau, bukannya dekat McD tu. Lagipun, kita bukannya tahu ramuan yang mereka letak dalam pancake tu kan.

Dari asyik nak pergi McD makan pancake, baiklah ummi buat je sendiri di rumah. Murah. Jimat kos.

Syu tahu ramai je peminat pancake di sini kan. Jomlah kita buat sendiri pancake di rumah. Tak perlu nak keluar mana-mana semata-mata nak makan pancake.

Resepi Pancake Mudah

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum

1 1/2 cawan susu (kalau tak cukup boleh tambah lagi)

1 sudu kecil baking powder

1 biji telur

Garam

Minyak/butter (untuk masak)

Cara-caranya:

1. Campurkan semua bahan-bahan dan gaul sebati. Pastikan adunan tidak berketul-ketul. Kalau berketul juga, masukkan je dalam blender dan blend sampai hilang ketul-ketul tepung tu.

2. Panaskan minyak/butter ke dalam pan dengan api sederhana. Jangan kuat sangat tau apinya, nanti cepat hangit pancake tu.

3. Ambil sesenduk adunan pancake dan masukkan ke dalam pan. Kalau nak besar, boleh tambah lagi adunannya.

4. Bila dah nampak buih-buih atas pancake tu, bolehlah terbalikkan.

5. Siap.

6. Ulang langkah 2-5 sehingga adunan habis.

.

Pancake ini boleh dimakan dengan jam/butter/madu/maple syrup/ dan lain-lain yang kita suka. Kalau nak makan kosong gitu pun sedap juga. Rasa lemak-lemak susu gitu.

Senang je kan buat pancake? Sebab tu la Syu cakap tak payah la nak membazir duit pergi kedai untuk sarapan pancake. Buat sendiri je mudah. Lepas tu, bolehlah maka pancake depan tv bersama anak-anak dan keluarga tersayang.

Selamat mencuba!

Love,

Syu Amir

Work-at-home-mom yang berjaya

 

2 thoughts on “Resepi Pancake Paling Senang Buat Anak Tersayang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.