Resepi

Resepi Overnight Oat Sangat Mengenyangkan. Senang Je Nak Buat!

Resepi Overnight Oat Cepat Dan Mengenyangkan

Syu baru nak berjinak-jinak dengan oat sebab makan oat nie sangat mengenyangkan dan cepat je nak sediakan. Mummy macam kita yang super busy nie memang semua pun nak benda yang cepat kan? Jadi, oat boleh dijadikan sarapan yang berkhasiat untuk kita.

Tapi, makan oat begitu sahaja bukanlah perkara yang mudah. Kembang tekak nak telan. Tapi, surprisingly, Syu suka sangat oat bila Syu buat overnight oat. Sediakan tak sampai 5 minit sebelum tidur, pagi esoknya, potong buah kecil-kecil, gaul dengan overnight oat tu dan makan. Memang sarapan pantas buat kita yang sememangnya sibuk dengan tugas hakiki.

Sebenarnya, kita boleh buat resepi sendiri je overnight oat nie. Apa yang ada dalam peti ais boleh dijadikan bahan untuk overnight oat, asalkan kita ada oat dan susu. Yang lain-lain tu sebagai perisa tambahan je.

Sekarang nie hari-hari pun boleh makan overnight oat sebagai sarapan. Sihat pun dapat, kurus pun boleh.

Syu kongsikan resepi overnight oat kegemaran Syu ye. Korang olahlah sendiri mana yang korang suka.

Resepi Overnight Oat Yang Cepat Dan Sedap

1. Plain Overnight Oat

Bahan-bahan:

1/2 cawan rolled oat (kalau takde, oat biasa pun boleh)

1/3 cawan susu kegemaran

1 sudu besar madu

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan dan gaul sebati.
  2. Sejukkan dalam peti ais semalaman (sekurang-kurangnya 5 jam).
  3. Keesokannya dah boleh makan. Yummy!

2. Chocolate-Strawberry Overnight Oat

Bahan-bahan:

Plain overnight oat

1 sudu besar serbuk koko

1 sudu kecil vanilla essense

strawberry dipotong kecil

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan kecuali srtawberry.
  2. Simpan semalaman.
  3. Masa nak makan, masukkan strawberry yang dipotong kecil tu dan gaul bersama overnight oat.
  4. Rasa masam manis strawberry dan coklat memang sedap!

3. Energy Booster Overnight Oat

Bahan-bahan:

Plain overnight oat

Kurma

ESP (soy protein Shaklee)

Cara-cara:

  1. Buat plain overnight oat dan simpan dalam peti ais.
  2. Sebelum makan, potong kurma kecil-kecil dan taburkan ESP 2-3 sudu.
  3. Gaul semuanya dan makan. Memang bertenaga sepanjang hari!

4. Apple-crumble Overnight Oat

Bahan-bahan:

Plain Overnight Oat

1 sudu kecil serbuk cinnamon

Apple

Crackers (dihancurkan)

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan (kecuali apple dan serbuk biskut) dan gaul sebati. Simpan dalam peti ais.
  2. Masukkan apple dipotong dadu dan biskut yang dihancurkan.
  3. Siap!

5. Crazy nuts Overnight Oat

Bahan-bahan:

Plain overnight oat

Kekacang yang disukai (almonds, walnut, peacan)

Cara-cara:

  1. Buat plain overnight oat dan simpan dalam peti ais.
  2. Potong kekacang kecil-kecil dan tabur atas overnight oat.

.

3 resepi nie memang Syu selalu buat. Jadi addicted pula makan Overnight Oat nie sebab kenyang lama. Susu pun meriah je.

Siapa yang Wajib Ambil Overnight Oat?

Over pulak kan sampai wajib ambil. Takde la, siapa yang nak ambil, memang Syu recommend sangat-sangat, terutamanya:

1. Mummy yang menyusu tapi selalu skip makan, Syu memang sarankan ambil overnight oat nie masa sarapan. Takde la perut kosong sepanjang hari. Kesian baby nak menyusu nanti. Susu boleh drop tau kalau perut selalu kosong je.

2. Sesiapa yang memang super-duper busy tu pun sarapan dulu dengan overnight oat tau. Perut kosong bukannya boleh nak fokus kerja. Dapat gastrik kan diri sendiri yang susah nanti.

3. orang yang nak kurus dengan cepat, overnight oat memang wajib jadi menu harian. Tengoklah nanti, berat badan turun dengan cepat.

4. Orang yang kolesterol tinggi pun elok ambil overnight oat sebab oat amat bagus untuk menurunkan paras kolesterol dalam badan kita apabila kita ambilnya dengan konsisten.

5. Siapa yang ada masalah jantung? Makanlah oat selalu. Oat membantu meningkatkan kesihatan jantung kita ke tahap yang lebih baik.

Selain daripada orang-orang ini, Syu still akan nasihat untuk makan oat untuk kesihatan yang baik secara umumnya. Oat lebih baik dari makanan fast food. Oat lagi bagu dari segala macam makanan yang tinggi minyak dan lemak.

Jomlah, lepas nie, kita mulakan gaya pemakanan yang lebih sihat. Kita mulakan dengan mengambil oat nie. Lepas tu, kita boleh perlahan-lahan detox badan kita yang penuh toksin tu, dan mula mengambil suplement kesihatan untuk mencukupkan nutrisi harian kita. 

Jom amalkan gaya hidup sihat dari sekarang!

Love,

Syu Amir

Live healthier, live happier

4 thoughts on “Resepi Overnight Oat Sangat Mengenyangkan. Senang Je Nak Buat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.