Resepi

Resepi Mashed Potato Yang Super Creamy Dan Sedap

Cara Buat Mashed Potato Yang Super Sedap

Suami dan anak-anak Syu suka makan mashed potato. Tapi, Syu tak suka beli. Yang beli mesti tak sedap dan tak kena dengan tekak. Ada yang sedap, tapi mahal la pula. Takkan nak makan selalu kan? Pokailah duit kalau asyik beli je kan.

So, Syu belajarlah buat mashed potato sendiri. Banyak resepi yang Syu cuba, ada yang sedap, ada yang tak. Ada pula resepi yang terlalu renyah, rasa leceh nak buat. Syu nie dah la nak cepat je. So, Syu tak buat pun kalau resepi yang susah sangat nie. Syu percaya semua mummy mesti nak resepi yang cepat tapi sedap kan? Sama la macam Syu.

Banyak kali cuba, last-last Syu olah sendiri resepi mashed potato untuk kena pada tekak selera Malaysia Syu nie. Senang je. DAn yang paling penting, cepat siap.

Resepi Mashed Potato

Bahan-bahan:

1 kg Kentang (Yang sedap guna Russet Potato dari US)

1 cawan Susu Segar

2 Inci Butter

Lada sulah dan garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Rebus kentang sehingga empuk dan toskan airnya. Kemudian, masukkan semula ke dalam periuk.

2. Lecekkan kentang hingga hancur dan letakkan semula di atas api perlahan.

3. Di atas api perlahan, masukkan butter dan juga susu segar. Kacau sebati. Kalau nak tekstur yang lebih creamy dan lembut, masukkan lagi susu segar mengikut tekstur yang kita nak.

4. Masukkan lada sulah dan juga garam secukupnya.

5. Siap dah. 

.

Mashed potato ini boleh dimakan bersama-sama makanan western seperti chicken chop, lamb chop dan sebagainya. Sedap sangat.

Nak makan begitu sahaja pun boleh. Ratah je pun sodap! hehe….

Syu biasanya akan buat mashed potato kalau suami minta masak makanan western. Paling terbaru yang Syu masak adalah Whole-chicken Grilled. Ayam yang juicy dan lembut, ditambah pula dengan creamy mashed potato, makan memang tak tengok kiri kanan dah la.

Nanti lain kali Syu kongsi resepi Whole-chicken Grilled tu pula ye.

Mummy try la buat dulu mashed potato nie ye. Syu pasti mesti mummy pun puas hati sebab sedap.

Love,

Syu Amir

Ummi Suka Masak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.