Resepi

Resepi Daging Dendeng Paling Sedap. Takkan Dapat Di Mana-mana!

Tak Pernah Makan Daging Dendeng Sesedap Ini!

Setiap kali hari raya, Syu akan dapat makan pelbagai versi daging dendeng. Siap ada orang jual daging dendeng masa raya. Mahal pulak tu. Ada yang sampai RM 60 sekilo. Tapi, bila Syu tahu cara buat daging dendeng, Syu faham kenapa harganya sebegitu. Memang renyah nak buat lauk nie.

Syu memang suka daging dendeng. Syu akan makan juga walaupun sedikit kalau rumah yang Syu pergi ada hidangkan lauk nie. Tapi, dalam banyak-banyak daging dendeng yang Syu dah makan, yang paling sedap adalah daging dendeng yang ayah mentua Syu buat. Memang tak boleh lawan la.

Syu pernah tolong ayah masak lauk nie masa raya, tapi payahnya nak buat. Banyak sangat step-step yang kena ikut. Kalau setakat nak makan hari-hari, Syu sendiri tak sanggup nak buat.

Sebab lauk daging dendeng nie sedap sangat, Syu kongsikan di sini ye. Manalah tahu ada yang nak buat, bolehlah cuba. Syu yakin korang pun takkan pandang daging dendeng yang lain dah lepas nie.

Resepi Daging Dendeng

Bahan-bahan:

3 KG Daging

1 KG Bawang Merah

1 Botol Kicap Manis

Asam jawa

Garam

Gula Pasir

Gula Merah

Bahan Tumisan (ditumbuk halus)

2 Inci Halia

6 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

250 g cili (kalau nak pedas, boleh tambah lagi)

Cara-cara:

1. Bawang merah – dimayang dan digoreng garing. Letak tepi.

2. Daging

  • Potong daging besar-besar dan rebus bersama asam jawa dan garam sehingga empuk. Air daging jangan buang tau.
  • Potong nipis-nipis, ditumbuk dan diperap bersama kicap manis selama setengah jam. Tapi, jangan terlalu basah ye.
  • Goreng daging tapi jangan sampai garing.

3. Tumis bahan tumisan sehingga wangi. Kemudian, masukkan cili giling. Tumis lagi sehingga naik minyak.

4. Masukkan air daging dan masakkan lagi.

5. Masukkan daging yang telah digoreng tadi, gula, dan garam dan kacau sehingga rata.

6. Akhir sekali, masukkan bawang goreng dan kacau rata. Kalau kering sangat, boleh tambah air lagi.

Siap dah. Bolehlah dihidang bersama lemang, ketupat palas, dan sebagainya. Nak ratah pun sedap.

.

Nampak mudah kan nak buat daging dendeng nie? Tapi, kalau buat seorang diri, lama juga nak siap nie. Hehe.

Jemputlah cuba ye resepi nie. Memang sedap. Tak tipu.

Kalau dah buat, bagi feedback di komen ye. Boleh Syu tahu siapa yang dah mencuba.

Love,

Syu Amir

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.