Resepi · Set Kurus

Resepi Air Detoks Mudah dan Sedap. Senang Nak Kurus!

5 Resepi Air Detoks Yang Mudah Untuk Buang Toksin. Barulah Mudah Kurus!

Badan kita sebenarnya banyak toksin, sebab tu la susah nak kuruskan badan. Bila diet, asyiklah tak kurus-kurus. Salah satu penyebab utama adalah toksin yang penuh dalam badan kita. Jadi, nak tak nak, kita kena buang toksin dalam badan dulu sebelum boleh nak turunkan berat badan.

Dengan minum air detoks setiap hari, memang boleh turunkan berat badan tau. Banyak sangat resepi air detoks yang sangat mudah nak buat. Tak perlu bersusah payah pun.

Jom Syu kongsikan 5 resepi mudah air detoks yang boleh diminum setiap hari. Amalkan selalu, in sya Allah tanpa sedar, berat pun turun 🙂

1. Air Lemon

Lemon amat bagus untuk membuang toksin sebab sifat asid citric yang lemah. Lemon adalah bersifat alkali sebenarnya, tapi bila masuk dalam badan ia menjadi alkali dan membantu meneutralkan asid dalam badan kita.

Cara nak buat pun senang sangat. Perahkan sebiji lemon dan masukkan dalam air satu jug. Sejukkan. Minumlah setiap hari.

2. Lemon + halia

Orang suka minum air halia untuk buang angin dalam badan. Bila dicampur dengan perahan lemon, makan jadilah air detoks yang sedap untuk buang toksin dan juga membuang angin yang menyebabkan badan kita rasa lemah lesu je.

Cara buat air detoks nie pun senang je.

  • Hiris halia dan masukkan ke dalam satu periuk kecil air.
  • Didihkan air halia tersebut dan biarkan sejuk.
  • Perah lemon ke dalam air halia itu dan minum.

Minumlah selalu supaya badan kita pun lebih ringan dan bertenaga.

3. Lemon + pudina

Rasa mint daun pudina dapat melegakan perut dan juga buang angin juga. Perah je lemmon ke dalam air dan letak daun pudina sekali.

Bancuh sejuk pun sedap minum. Yummy!

4. Kulit kayu manis

Kulit kayu manis dapat membantu untuk mengawal selera makan kita. Barulah takde craving nak makan macam-macam kan?

Masukkan kulit kayu manis ke dalam air dan panaskan.

Boleh juga guna serbuk kulit kayu manis kalau nak cepat. Letak satu sudu teh serbuk kulit kayu manis ke dalam satu gelas air. Minumlah suam-suam ataupun sejuk.

5. Cuka epal

Cuka epal amat banyak khasiatnya, dan salah satunya adalah mengurangkan pedih ulu hati dan melegakan perut. Minum secawan cuka epal suam dapat membantu penghadaman yang lebih baik.

Bancuhlah satu sudu kecil cuka epal ke dalam secawan air suam dan minumlah setiap hari.

.

Semua bahan-bahan untuk membuat air detoks ini amatlah mudah didapati dan senang je nak buat. Buat je dan letak dalam peti ais. Masa nak minum, ambil je dalam peti ais. Sejuk, sedap…

Jomlah kita amalkan air detoks ini, lagi-lagi masa raya nie. Perut mesti senak kan sebab banyak makan kan. Biarlah air detoks ini bantu melegakan perut kita di samping bantu kita untuk kuruskan badan.

Selamat mencuba!

Love,

Syu Amir

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.