my life

Program AMPAC Yang Membantu Anak Untuk Yakin Bercakap Di Khalayak Ramai

Anak Yakin Berucap Di Khalayak Ramai Selepas 4 Hari Menyertai Program AMPAC

Anda mempunyai anak yang penakut untuk bercakap di hadapan orang ramai?

Rasa tak yakin je nak berucap di depan orang?

Kalau boleh nak duduk belakang diam-diam agar takde orang yang akan tanya apa-apa pada anak kita.

.

Anak Syu, Ahmad Zuhayr bukanlah mempunyai masalah nak bercakap dengan orang, tapi Ahmad tak suka cakap depan orang. Kalau orang tanya apa-apa pun, dia jawab acuh tak acuh je. Mungkin sebab Ahmad baru berusia 7 tahun, beliau masih belum pandai berkomunikasi dengan baik.

Tetapi, bila Ahmad menyertai program cuti sekolah AMPAC di Bangi, sedikit sebanyak ketakutan beliau berkurangan. Beliau boleh bercakap di hadapan orang ramai yang tidak dikenali. Walaupun boleh hafal separuh dari teks itu sahaja, tetapi Syu amat bangga sebab program itu bukanlah lama. Ia adalah kemajuan yang membanggakan untuk program 4 hari itu.

Syu amat berterima kasih kepada trainer-trainer AMPAC yang telah banyak membantu Ahmad Zuhayr untuk berucap di hadapan orang ramai. Tak rugi Syu hantar Ahmad ke sana untuk belajar. Berbaloi spend duit untuk program cuti sekolah ini.

Untuk ibu ayah yang tinggal di sekitar Bandar Baru Bangi, Syu sangat sarankan anda menghantar anak anda ke AMPAC untuk bermacam-macam aktiviti kepimpinan dan keyakinan diri. Dengan bantuan trainer-trainer yang berpengalaman dan sangat cool, Syu yakin anak-anak akan selesa dan gembira untuk belajar.

Love,

Syu Amir (1139539)

Proud Founder of MDAEmpire

0192198621

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge