Produk · Set Menyusu

POWER PUMPING BOLEH TINGKATKAN PENGHASILAN SUSU BADAN!

POWER PUMPING BOLEH TINGKATKAN PENGHASILAN SUSU BADAN!

Apabila baby kita mula makan, mesti dia akan kurang menyusu. Tambah lagi bila dah asyik bermain, mesti lagi lupa nak menyusu.

Masa tu kita mungkin tak perasan, tapi lama-lama susu badan kita boleh drop tau. Bila anak tak minum direct dan kita pun tak mengepam, otak kita bagi signal yang baby kita dah tak perlukan susu yang banyak.

Jadi, kilang susu pun kurangkan pengeluaran susu. Kalau tak nanti bengkak susu la kalau takde yang mengosongkannya 😭😭

Bila susu dah drop, kita pun mulalah gelabah. Mana nak dapat stok susu untuk anak? Stok beku dalam peti ais pun dah makin kurang nie. Lagi banyak keluar dari simpan nie. Apa yang boleh kita buat?

POWER PUMPING!

Power pumping adalah satu teknik yang boleh membantu tingkatkan kembali penghasilan susu. Ini kerana dengan power pumping, ia akan beri signal ‘palsu’ kepada otak kita untuk banyakkan balik susu badan kita.

Bagaimana nak buat power pumping?

Ada dua cara nak buat:

1. Mengepam guna double pump

Mengepam kedua-dua belah selama 10 minit dan rehat selama 10 minit.

Ulang semula sebanyak 3 kali.

Ia mengambil masa 1 jam untuk selesai.

2. Menggunakan single pump

Mengepam sebelah cik B selama 10 minit dan tukar sebelah yang lagi satu. Pam selama 10 minit juga.

Ulang juga sebanyak 3 kali. Dalam sejam habislah proses power pumping ini.
.
.
Walaupun Syu menggunakan double pump madela freestyle, masa power pumping, Syu lagi prefer untuk guna single pump.

Pernah buat guna double pump, Syu tertidur masa rehat 10 minit tu 🤣🤣🤣

Bila masa yang sesuai untuk buat power pumping?

Sebenarnya tiada masa yang spesifik pun. Asalkan kita dalam keadaan tenang dan relax, boleh je buat.

Tapi, kalau buat masa malam lagi bagus. Sebab waktu tengah malam adalah waktu yang sunyi dan hormon prolaktin dan oksitosin kita berada di tahap yang tinggi. Sebab tu masa tengah malam susu badan kita lebih banyak dari biasa 😍😍
.
.

So, mummy alami susu merudum? Jom buat power pumping setiap malam ♥️

Power pumping is only a part of a joyous moment in breastfeeding journey 😍

http://bit.ly/2D8E8Px

#breastfeedingtips101

Love,

Syu Amir (1139539)

Proud Founder of MDAEmpire

0192198621

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge