my life

Persediaan Persekolahan Yang Wajib Dilakukan Oleh Ibu Bapa Bagi Anak Darjah Satu

Persediaan persekolahan Pelajar Darjah 1 Yang Wajib Dilakukan Oleh Ibu Bapa

Apabila anak kita pertama kli masuk darjah 1, kita sebagai mak ayah mesti rasa teruja dan excited kan? Maklumlah pertama kali nak beli barang sekolah kan?

Tetapi kadang kala kita tak tahu pun apa yang perlu kita sediakan. Jadi, Syu kongsikan beberapa tips untuk ibu ayah sediakan barang-barang sekolah anak.

Barang-barang sekolah anak Mudah Hilang

Anak darjah 1 memang tak pandai jaga barang-barang lagi. Selalu la hilang. Bagi 3 barang pensel, tak sampai seminggu dah hilang.

Syu cadangkan mummy tulis nama anak di setiap barang anak-anak. Untuk memudahkan kerja, mummy boleh sediakan beberapa item unuk memudahkan tulis nama anak.

a. barang-barang alat tulis

Guna stiker nama dan lekatkan. Tak payah nak tulis satu persatu.

Boleh juga iktkan warna pensel anak kita dengan riben dan masukkan dalam kotak pensel.

b. Buku-buku

Buatkan cop nama anak dan copkan sahaja setiap buku yang anak perlukan.

c. Buku mengikut subjek

Setiap hari anak kena kemas buku sekolah mengikut jadual. Tapi, buku setiap subjek mesti banyak termasuklah buku latihan, buku teks, buku tulis, dan sebagainya.

Syu cadangkan letak setiap buku-buku subjek dalam satu fail. Labelkan fail tu mengikut subjek dan hari yang akan menggunakan subjek tersebut. Senanglah anak nak cari dan masukkan ke dalam beg.

d. Baju sekolah

Bagi anak yang transit di taska, anak kita akan mandi dengan ramai pelajar lain juga. Kadang-kadang tertukar baju sekolah pun ada.

tulis nama anak kita di baju dan seluar sekolah. Mudah unuk penjaga taska nak masukkan ke dalam beg anak kita.

.

Moga tips-tips ini membantu mummy semua menyediakan barang-barang sekolah anak agar tak hilang.

Selamat mencuba.

Love,

Syu Amir

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.