Uncategorized

Perkara Perlu Dilakukan Ibu Berpantang Agar Jahitan Czer Tidak Terbuka

Syu dah alami kedua-dua cara bersalin. Normal delivery pernah, emergency czer pun pernah. Dua-dua cara bersalin memerlukan cara penjagaan luka bersalin yang berbeza. Tak boleh nak samakan cara jaga luka bersalin normal dan luka bersalin czer.

Syu ingat lagi, masa bersalin normal untuk 4 orang anak, luka bersalin agak senang nak dijaga. Cuma beberapa hari je dah mula kering. Beberapa hari je dah boleh jalan macam biasa. Dan paling senang adalah Syu masih boleh uruskan anak-anak masa dalam pantang bila bersalin normal nie. Alhamdulillah, tak sesusah masa bersalin pembedahan.

Tapi, untuk bersalin czer, memang lain la penjagaan luka jahitannya. Macam-macam Syu tak boleh buat. Syu takut nak buat apa-apa, even nak bergerak pun takut tau. Mana tak nya, setiap kali gerak rasa sakit. Dan setiap kali rasa sakit, Syu bayangkan yang jahitan Syu terbukak semula. Eeeiii ngeri nya.

Mummy pernah rasa macam tu tak?

Syu pernah terbaca ada seorang mummy share yang jahitan czer beliau terbuka semula sebab terlalu lasak dan ada yang share jahitan czer kena jahit semula hidu-hidup tanpa bius sebab dah kena infection.

So, masa berpantang tu, Syu baca la segala macam perkongsian macam mana nak elakkan jahitan czer dari terbukak. Takut sangat kalau jahitan Syu nie terbukak dan kena jahit balik.

JANGAN BUAT! Nanti Luka Jahitan Boleh Terbuka!

1. Jangan Bergerak Pantas

Ini benda paling penting jangan buat. Masa awal-awal selepas bersalin, jangan berjalan dan bergerak dengan pantas tau. Make sure jalan slow-slow. Nak gerak setapak tu pun dah sakit dan rasa nak jatuh perut, inikan pula jalan laju-laju.

Syu pernah masa 2 minggu lepas bersalin, dah tak rasa sakit. So, Syu naik turun tangga rumah. Jalan pun laju la juga. Lepas beberapa kali naik tangga, terus rasa ngilu dan pedih-pedih.

So, moral of the story, janganlah jalan laju-laju walaupun dah tak rasa sakit sangat.

2. Jangan biar luka lembab/basah

Luka yang lembab/basah boleh buat infection. So, setiap masa mummy kena pastikan yang luka jahitan sentiasa kering. Syu faham, perut kita masih menggeleber lepas bersalin nie dan tempat jahitan akan berlipat dengan bahagian perut kita, so mummy kena rajin cuci dan lap tempat jahitan tau.

3. Jangan Makan Makanan Yang Melambatkan Pulih Luka

Masa berpantang, makan makanan berpantang sahaja. Kebiasaannya, makanan semasa berpantang adalah makanan yang mempercepatkan pembaikan luka jahitan, tak kiralah jahitan bersalin normal mahupun czer.

Jangan sesekali makan makanan yang boleh buat luka jahitan lambat baik tau seperti makan telur dan seafood.

4. Jangan Angkat Barang Berat

Jangan sesekali buat nie ye. Angkat berat boleh buat jahitan kita sakit dan pedih. Banyak sangat angkat berat boleh beri tekanan pada tempat jahitan dan akhirnya boleh menyebabkan jahitan kita terbukak.

So, hati-hatilah, terutamanya mummy yang ada anak kecil. Biasa mesti nak minta dukung kan? Memang kena beritahu kakak dan abang yang kita tak boleh nak dukung dah. Mesti diorang pun faham.

5. Jangan Lupa Makan Suplement!

Syu memang makan suplement dari awal mengandung hinggalah Syu berpantang. Alhamdulillah Syu takkan miss makan suplement setiap hari. Syu amalkan set berpantang premium Shaklee, dan asbab makan suplement shaklee nie, jahitan Syu cepat kering dan tak rasa sakit dah sekarang nie.

.

Alhamdulillah, dengan mengikut apa yang disarankan ini, luka Syu takde pun kena infection dan takde pun terbuka teruk sampai kena jahit semula. Bersyukur sangat-sangat.

Mummy pun kalau takut sangat luka jahitan terbuka semula, buatlah apa yang disuruh tau. In sya Allah semuanya baik-baik aje nanti.

Syu doakan mummy-mummy semua cepat pulih dan bertenaga semula untuk menguruskan anak-anak dan suami. Ameen.

Yang menulis,

Syu Amir

0192198621

2 thoughts on “Perkara Perlu Dilakukan Ibu Berpantang Agar Jahitan Czer Tidak Terbuka

    1. sama-sama…

      kalau tak pernah rasa bagus la…tapi kalau terpaksa rasa, at least boleh bersedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.