Gout · Produk

Perkara Penting Yang Perlu Dilakukan Apabila Mendapat Gout

Apa Yang Perlu Buat Bila Kita Tahu Kita Ada Gout?

Penyakit gout berlaku apabila asid urik di dalam darah meningkat dan berlebihan. Ia tidak disingkirkan daripada badan kita. Akhirnya, asid urik ini membentuk kristal-kristal yang berkumpul di sekitar sendi kita menyebabkan sendi kita jadi bengkak dan merah.

Masa tu memang akan rasa sangat sakit dan sangat bisa. Tempat sendi yang bengkak itu rasa panas dan tidak boleh berentuhan dengan apa-apa sahaja.

Apabila kita dah mengalami simptom-simptom gout, kita perlulah buat beberapa perkara seperti:

1. Berjumpa doktor

Apabila kita dah ada simptom-simptom gout, eloklah kita pergi jumpa doktor. Doktor akan sahkan sama ada kita mengalami gout ataupun tidak.

Jangan sesekali buat tak tahu je ye. Nanti lagi parah, kita yang susah.

2. makan ubat yang doktor berikan

Doktor akan berikan ubat yang sesuai untuk mengurangkan keradangan dan kesakitan.

Make sure kita makan ubat mengikut masanya supaya bengkak akan berkurang.

3. rendam bahagian gout dalam air suam yang dicampur epsom salt

Apabila gout menyerang, bengkak akan menyebabkan kita tidak selesa dan sakit sangat. Rendamlah dengan epsom salt untuk mengurangkan keradangan dan inflamasi.

Rendam dengan air suam pun memang boleh membantu untuk melegakan kesakitan kita.

4. tinggikan bahagian yang berkaitan

Jika bahagian gout itu melibatkan kaki dan tangan, bolehlah kita meninggikan bahagian berkenaan untuk melegakan bengkak dan membuat kita selesa sekidit.

5. Jangan makan makanan yang tinggi purin

Elakkan makanan yang tinggi purin seperti organ dalaman (hati, paru, jantung, dll) dan juga haiwan yang bercengkerang seperti udang dan ketam.

Purin ini yang menghasilkan asid urik dan ia akan menyebabkan gout apabila tidak disingkirkan.

6. Amalkan makanan dan minuman yang boleh mengurangkan bengkak dan keradangan

Ada beberapa makanan dan minuman yang boleh membantu mengurangkan keradangan dan bengkak akibat gout. Amalkanlah selalu untuk memastikan bengkak kita surut.

7. Letakkan ais

Bahagian yang bengkak memang menenangkan bila kita letak ais. Ia akan membantu menyusutkan bengkak bahagian gout tersebut.

8. Suplement Kesihatan

Suplement yang mengandungi tinggi anti-oksidant dan juga tinggi resveratrol amat berkuasa untuk menurunkan paras asid urik dalam badan kita dan sekaligus mengurangkan serangan gout.

9. Minum air kosong

Air kosong amat penting untuk membantu menyingkirkan bahan kumuhan dan juga asid urik dari badan kita.

10. Banyakkan berehat

Orang yang mengalami gout perlu banyak berehat supaya bengkak mudah surut. Jangan banyak bergerak kerana ia akan buat kita rasa lebih sakit.

.

Perkara-perkara ini amat penting untuk kita lakukan supaya kita dapat mengurangkan kesakitan gout kita. Pastikan kita buat semua perkara ini untuk memastikan gout tidak kembali lagi.

Sama-samalah kita semua berikhtiar ye supaya kita dapat kesihatan yang lebih baik tanpa gout.

Selamat mencuba!

Love,

Syu amir

Penggemar Vitamin Semulajadi

 

 

2 thoughts on “Perkara Penting Yang Perlu Dilakukan Apabila Mendapat Gout

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.