Produk · Set Menyusu

Pentingnya Susukan Baby Dalam Masa 24 Jam Selepas Bersalin

PENTINGNYA MENYUSUKAN BABY SEBAIK BERSALIN!

Ramai mummy yang kepenatan selepas berjihad melahirkan baby kesayangan. Ada yang sampai tertidur sambil menunggu nurse jahitkan koyak yang banyak tu. Ada juga yang lemah longlai terus lepas habis proses bersalin.

Kebiasaannya, bidan memang akan letak baby kita atas dada kita selepas sahaja baby keluar. Skin-to-skin contact amat penting. Tapi, penting juga untuk kita terus susukan baby sebaik sahaja bersalin.

Tahu tak hisapan pertama baby amatlah penting dalam penghasilan susu?

🌹 hisapan pertama akan ‘activate’ kan signal otak supaya mula hasilkan kolostrum. Kolostrum ini amat penting untuk membina antibodi baby kita.

Maklumlah awal-awal keluar, mana ada antibodi lagi. Kalau tak minum kolostrum milk, badan anak kita akan terdedah kepada penyakit.

🌹 hisapan baby akan menentukan banyak mana kilang susu nak hasilka susu buat masa itu. (Susu badan terhasil mengikut keperluan dan demand baby ✌🏻). Kalau banyak baby kita menyusu, banyaklah kilang susu akan hasilkannya lagi.

🌹 baby akan belajar cara menghisap dengan betul. Sebenarnya, tak payah ajar pun, baby kita pandai cari mana nak menyusu 😂😂

Lacthing is important untuk pastikan susu keluar dengan betul dan supaya nipple kita tidak sakit dan luka.

🌹Dan kita akan belajar cara menyusukan baby yang selesa buat diri kita. Ada yang suka menyusukan sambil duduk, ada yang baring, ada yang bersandar, dll.
.
.

Ada situasi yang tidak membolehkan mummy untuk terus menyusukan baby seperti:

✅ anak masuk dalam NICU – mummy bolehlah mengepam dan minta nurse berikan susu badan pada anak kita.

✅ mummy masih lagi tidar sedar selepas bersalin terutamanya bersalin czer

– Keadaan seperti ini biasanya nurse akan bagi susu formula terlbih dahulu sebelum kita sedar dan boleh menyusukan baby kita sendiri.
.
.

Nampak tak betapa pentingnya untuk kira bagi susu secepat mungkin? Selagi boleh, cubalah untuk susukan baby dalam masa 24 jam pertama selepas kelahiran ye mummy hebat sekalian 😍😍

http://bit.ly/2D8E8Px

#breastfeedingtips101

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge