my life

Pengalaman Bersalin Czer Buat Kali Pertama

[Awas. Post Ini Agak Panjang. Terima kasih kerana sudi baca sampai habis]

Bismillah.

Syu bersalin anak ke-5 lebih kurang 6 bulan lepas. Memang pengalaman yang tak dapat nak dilupakan sungguh. Syu share la di sini untuk kenangan walaupun dah Umar Sulaiman dah 6 bulan baru nak tulis di sini..hehe…

24 Oktober 2019

Pagi-pagi Syu bangun subuh macam biasa. Nak solat macam biasa la. Tapi, bila masuk bilik air, ternampak ada secalit darah. Terus beritahu suami. Panik juga masa tu sebab tak tahu nak minta siapa jagakan anak. Takkan Syu nak masuk seorang diri dalam bilik saringan kan? Tapi, anak tak boleh naik sampai ke area bilik saringan tu pun.

So, Syu call beberapa orang kawan, tapi semua pun tak free untuk tolong tengokkan anak-anak. Selamatlah ada sepupu yang duduk berdekatan dengan HSA masa tu. Call kak nurul cakap nak pergi hospital dan minta tolong kak nurul tolong jaga anak.

Kak nurul cakap OK. Suruh jumpa di hospital je terus. Nanti diorang ambil anak Syu kat sana je. Senang tak payah nak drive jauh-jauh hantar anak-anak. Kitorang OK kan je.

Dalam perjalanan pergi hospital, call mak ayah juga beritahu nak pergi hospital dah. Mak dah la baru balik umrah masa tu. Mak ayah terus pack baju and drive datang JB.

Sebabkan anak-anak lapar, singgahlah drive thru McD. Contraction tak kuat sangat lagi, so OK la nak buat pit stop…hehe…

Settle beli sarapan, terus pergi hospital. Suami uruskan anak-anak di bawah sehingga sepupu Syu sampai. Syu naik atas sendiri untuk daftarkan diri.

Tak lama lepas tu, nurse panggil untuk check CTG. Contraction masa nie dah mula kuat dan kerap. Tapi, bukaan setakat 2-3 cm je masa tu. Doktor sebenarnya nak suruh balik dulu. Tapi, risau pulak kalau tetiba bukaan makin besar.

So, Doktor suruh tunggu di luar dulu, nanti check bukaan semula. Duduk la kat luar bilik saringan. Tak lama lepas tu, mak ayah sampai. Laju gak ayah bawak kereta..haha…

Lepas solat jumaat, masuk semula untuk check bukaan. Doktor kata masih 3 cm. Nak bagi balik, risau. Nak masuk wad, penuh. Nak masuk labour room kena tunggu 4 cm.

Nie la masa drama bermula…jeng jeng jeng….

Doktor kata nak ‘bantu’ besarkan bukaan sampai 4 cm so that boleh masuk labour room terus. Syu OK la. So, seluk punya seluk nak bukakkan bukaan, terlebih seluk. Pop pecah terus air ketuban. Banjir lantai bilik saringan dengan air ketuban Syu. Sampai Doktor pun mandi air ketuban sekali. Tak tau nak gelak ke nak kesian….

Kalau ikut pengalaman Syu bersalinkan anak-anak sebelum nie, Doktor pecahkan air ketuban masa dah nak masuk 6 cm macam tu. Pecah je air ketuban, tak sampai sejam Syu dah bersalin. Tapi, kali nie, air ketuban pecah dengan bukaan yang belum cukup besar la pada Syu.

Syu beritahu la pada Doktor pengalaman bersalin Syu yang lepas-lepas. Memang kelam kabut la siapkan dokumen nak masuk labour room semua tu.

Masuk labour room, Doktor lain pulak check bukaan. Tup tap tup tap, nampak macam keluar warna hijau gitu. Tak paham sangat la awal-awal tu. Doktor tu explain yang mungkin baby dah mula berak dalam perut. Dan Doktor tanya

“Nak tunggu ke? Dah dekat sejam juga air ketuban pecah nie.”

“Kita Czer eh?” Terkejut gak la. Tapi tak tahu nak fikir apa. Just bagitau Doktor masa tu “Dr. tanya la suami saya. Dia faham lagi kot sebab dia pun doktor gak”

Suami masuk, pandang je and he said “up to you”. “Yang penting baby selamat”. So, sign form, tukar gown untuk masuk OT, dan tolak masuk bilik bedah terus. Ingat lagi masa tu dalam pukul 5 petang.

Proses bersalin czer memang sekejap je rupanya. Cucuk tulang belakang, bius and what not, dan proses bedah bermula. Tak rasa apa-apa tapi tak tidur jugak. Tak tahu sebenarnya boleh ke kalau tidur..haha…tahan mata je la jangan bagi tidur.

Masa kena bedah tu, rasa la kena goyang-goyangkan perut tu. Dan boleh tengok sikit-sikit sebab ceiling atas tu kan macam cermin.

Tak sampai setengah jam, dengar baby dah menangis. Dapat tengok baby sekejap je masa tu dan nurse bawak baby ke NICU untuk pantauan. Takut baby makan berak sendiri.

Lepas jahit semua memang sekejap sangat. Tapi, proses nak tunggu masuk ward tu yang lama.

Nurse cakap, nak masuk ward kena gerakkan kaki dulu. Syu ingatkan sekejap, tapi nak tunggu bius tu berkurang sampai kaki boleh gerak, agak lama rupanya.

Syu paksa kaki Syu bergerak. Tapi, tak rasa apa-apa pun. Masa tu Syu fikir, macam ni la kot orang yang kena stroke/angin ahmar. Tak boleh nak gerak walaupun kita paksa. Insaf memikirkan perkara tu.

Lepas maghrib baru dapat keluar dari bilik bedah. Baru dapat jumpa suami. Lama sungguh rasa masa berjalan. Tapi, sangat happy nampak muka suami sendiri.

Yang kelakarnya, suami daftar masuk ward 3rd class je. Sebab dulu bersalin masuk ward 3rd class OK je. Tak sangka la kena czer kan? Bila sampai ward, benda pertama Syu buat adalah muntah. Memang post-operation boleh jadi begitu katanya.

Suami pulak tengok keadaan ward yang tak berapa nak best tu, terus mintak tukar ward 1st class. Mana tak nya, nak jalan pergi tandas pun jauh. Lepas tu privacy pun takde dalam ward. Tak sanggup nak lalui 3-4 hari dalam ward nie.

Bila tukar ward, alhamdulillah, memang lena tidur lagi-lagi baby takde dengan Syu. Boleh dikatakan hampir 20 jam tidur je. Nurse kejut bagi ubat, lepas tu tidur balik. Pagi, makan sarapan dan makan ubat, sambung tidur. Sampai la mak ayah dan suami datang tengah hari esok nya.

Masa tu bius masih ada, takde la rasa sakit, sampailah Doktor datang check dan suruh Syu cuba berdiri or jalan-jalan dalam ward. Bila Syu nak turun katil, masa tu la dunia berpusing teruk. Nak diri pun tak dapat. Tapi, gagahkan juga la untuk turun dari katil, last-last cuma dua langkah je dapat gerak. Terduduk semula di kerusi tepi katil.

Hari ke-2 nurse bukak tiub air kencing dan suruh Syu try untuk buang air kecil sendiri. Baru tau susah juga nak buang air walaupun bersalin czer. Ingatkan bersalin normal je yang takut nak buang air.

Hari ke-3 akhirnya dapat balik rumah. Gembira sangat dapat balik rumah. Rindu anak-anak yang lagi 4 orang. Dapatlah mula berurut dan mula berpantang dengan elok.

Masa di rumah, memang tak tertanggung la sakit tempat bersalin nie. Habis painkiller Syu makan. Paracetemol pun habis jugak. Tapi, sakit tak berkurang pun. Habis effect painkiller, sakit datang semula.

Alhamdulillah, asbab amalkan Vivix dan set berpantang premium Shaklee, sakit Syu masih boleh dikawal. Jahitan luka slowly bertambah pulih dan sembuh.

Walaupun orang cakap tempat czer masih sakit walaupun dah bertahun kena bedah, alhamdulillah kesakitan Syu tak terasa sakit dah dalam masa kurang dari sebulan. Syukur sangat.

Sekarang nie, Umar Sulaiman dah hampir 6 bulan, Syu tak pernah lagi rasa sakit yang mencucuk-cucuk ngilu macam yang orang lain percah kongsikan. Ini semua asbab Syu makan suplement yang terbaik yang Syu percaya dan Syu amalkan sejak tahun 2012 lagi.

Mummy-mummy yang bakal czer, Syu amat-amat galakkan untuk mummy sediakan Vivix dan set berpantang premium Shaklee ini. Syu tak nak tempat mummy kena bedah tu rasa sakit yang terlampau lama sampai mummy nak uruskan baby dan keluarga pun susah. Takut nanti mummy tak boleh bergerak pantas, semua kerja pun kena harapkan orang lain. Takkan nak harapkan orang lain yang uruskan keluarga kita kan?

Syu yakin mummy mesti nak uruskan keluarga sendiri. Sebab tu la Syu amat-amat suggest mummy sediakanlah Vivix dan set berpantang premium Shaklee nie ye.

Mummy boleh call/whatssap Syu untuk dapatkannya ye. Whatssap je 0192198621, Syu akan berikan servis yang terbaik untuk mummy pulih dengan cepat dan berkesan.

Hanya ingin membantu,

Syu Amir

0192198621

Pengedar Shaklee Terbaik JB dan Singapore

2 thoughts on “Pengalaman Bersalin Czer Buat Kali Pertama

  1. Alhamdulilllah syu selamat melahirkan. Begitulah pengalaman Nida anak first. Hehe. Masa tu takde pengalaman bersalin lagi tak tahu apa. Memang makan set pantang sangat membantu. Tahniah Syu.. Dah 5 anak syu

    1. syu anak on. 5 baru rasa…mencabar masa berpantang czer sbb anak lain pun nakkan perhatian kita…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.