Produk · Set Menyusu

Mummy Bekerja Pun Boleh Susukan Anak Sepenuhnya

MUMMY BEKERJA PUN BOLEH MENYUSUKAN BABY SEPENUHNYA!

Mummy yang bekerja sentiasa risau susu yang dibekalkan ke taska/rumah pengasuh tak cukup. Lagi-lagi bila asyik pakai stok susu beku dalam peti ais. Masa kerja dari jam 8 hingga 5 petang buat kita rasa penat.

Masa berpantang kita dah mula buat stok susu EBM untuk kegunaan baby kita. Lagipun, kalau tak mengepam, nanti bengkak susu pulak kan 😂😂

Tapi, bila bekerja nie asyiklah tak cukup stok susu. Rutin bekerja yang sibuk buat mummy tak banyak masa untuk mengepam.

Tapi, mummy jangan putus asa cepat sangat. Ada banyak benda yang boleh mummy buat untuk cukupkan stok susu baby kesayangan 😍

♥️ JADUAL MENGEPAM

Mummy boleh buat jadual mengepam semasa di tempat kerja. Dan pastikan mummy follow jadual mengepam ye ✌🏻

Sebaiknya, mummy mengepam 3 kali sehari di tempat kerja. Biasanya Syu buat macam nie:

✅ Jam 10 pagi – 1 sesi (masa ni memang masa rehat, memang takde kelas)

✅ Jam 1.30 tgh – 1 sesi (masa lepas solat zohor)

✅ Jam 4.30 ptg – 1 sesi (sebelum balik kerja)

Biasanya Syu akan bawa bekal atau bungkus makanan je sebab memang tak sempat nak makan lengah-lengah sambil bersembang dengan kawan sangat.

Masa mummy mengepam sangatlah terhad, memang kena korbankan sesuatu untuk dapatkan sesuatu yang lebih penting.

♥️ TANDEM NURSING

Masa di rumah, mummy boleh buat tandem nursing. Tandem adalah apabila baby menyusu sebelah dan kita mengepam sebelah lagi.

Teknik ini dapat bantu tambah stok susu baby kita untuk esok hari.

♥️ POWER PUMPING

Power pumping sangat membantu untuk tingkatkan penghasilan susu. Ia beri signal pada otak mummy untuk hasilkan lebih banyak susu.

Boleh baca di sini berkenaan power pumping ye ✌🏻

https://www.facebook.com/syuamir/posts/2023305964621673
.

Yang penting, mummy jangan stress kalau susu yang keluar tu tak banyak. Kalau stress lagi kurang nanti.

Just enjoy mengepam dan usaha serta berdoa supaya susu kita mencukupi untuk baby.

Take one day at a time, everyday will be better than the day before 😍😍😍

http://bit.ly/2D8E8Px

#breastfeedingtips101

Love,

Syu Amir (1139539)

Proud Founder of MDAEmpire

0192198621

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.