Muhasabah Diri

[Muhasabah] Anak-anak Adalah Amanah Allah Buat Kita

Anak-anak Adalah Amanah Yang Allah Beri Pada Ibu Ayah

Ada pasangan yang baru kahwin telah dikurniakan anak, ada juga pasangan yang dah kahwin bertahun-tahun tapi tiada anak pun lagi. Ada pasangan Allah bagi anak ramai, tapi ada juga yang ada seorang je anak  mereka. Terdapat pasangan yang diuji dengan anak istimewa, tapi ramai je yang mempunyai anak sihat walafiat.

Walau apa pun keadaan kita, kita kena ingat, anak ini adalah rezeki dari Allah. Kita kena bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan pada kita. Tapi, itu tidak bermakna kita boleh persoalkan kawan kita yang takde anak sehingga mengguris hati mereka. Janganlah sampai terkeluar “eh, dah kahwin lama pun takde anak lagi ke?” “korang nie sihat tak? Entah2 mandul tak?” “Suami tak cari lain ke untuk dapatkan zuriat?”

Jangan sesekali berkata demikian pada pasangan yang belum kahwin tau. Sebab kita tak tahu perngakhiran kita macam mana nanti.

Korang tahu tak, anak adalah amanah, dan juga ujian buat mak ayah. Baik didikan, baiklah jadinya. Buruk yang diajar, buruklah juga jadi anaknya tu.

Anak mengajar kita macam-macam semasa kita mendidik mereka. Tak mungkin kita tak blejar satu benda pun semasa proses menjaga anak kita dari kecil sampailah besar kan?

1. Anak mendidik kita untuk lebih bersabar.

Tapi, kuatkah kesabaran mak ayah untuk mendidik anak-anak? Mesti kita semua pernah menyinga dengan kelakuan anak kan? Itu biasa la. Cuma yang tak biasa adalah bila kita tak dapat tahan sabar sehingga melakukan perkara-perkara di luar kawalan.

Contohnya, ibu pukul anak betalu-talu sebab anak bising. Kalau ikut logik la, betul ke tindakan maknya tu? Kan mak yang sepatutnya lebih waras dari anak.

2. Anak Mengajar Kita Rendah Diri

Kita didik anak kita elok dah, ajar mengaji, ajar pasal agama. Bila kita didik anak kita elok-elok, mesti orang puji kan? masa tu kita mempunyai dua pilihan, nak riak ataupun nak puji Allah?

Kalau kita puji kebesaran Allah, Alhamdulillah. Tapi, kalau dalam hati kita mula ada perasaan riak, macam mana? Tak boleh nak salahkan orang yang puji tu. Anak kita dah cukup bagus dah, tapi kita pula yang tak bagusnya.

3. Anak Mengajar Kita Untuk Berilmu

Kita nak ajar anak sesuatu, kitalah yang perlu tahu dulu kan? Jadi, kita mestilah baca dan cari ilmu mengenai sesuatu perkara tu. Nak cerita pasal nabi, kita mesti baca kisah nabi kan? Nak ajar anak, menabung, kita kenalah cari idea kan? Semua itu kita buat melalui pembacaan dan juga tanya pengalaman orang lain.

Ia adalah amanah untuk jadikan anak kita seorang yang berilmu, betul tak?

4. Perangai Anak Adalah Hasil Didikan Kita

Masa anak kita kcil, kita selalu manjakan mereka. Apa mereka minta, semua kita bagi. Anak susah sikit pun tak boleh. Semua pun kita nak tolong buatkan.

Tapi, pernah tak kita fikir, kalau anak kita dah biasa kita buatkan semuanya, nanti dah besar satu apa pun tak reti nak buat. Lepas tu tantrum je kalau tak dapat sampai hentak-hentak kaki, menangis tak tentu pasal. Kita nie kesian pada anak, so kita pun bagi la apa yang anak kita nak.

Jangan terkejut bila anak kita besar, sampai ke sudah pun anak kita akan membentak dan memberontak bila tak dapat sesuatu dari kita. Ada yang sampai pukul mak ayah bila apa yang mereka nak tak dituruti. Siapa yang salah pada masa tu?

Sepatutnya dari mereka kecil kita dah ajar perkara-perkara mudah, mengikut umur mereka. Dan kita perlu ajar mereka berdikari. Takde la nanti sampai besar diorang harapkan kita buatkan semuanya kan?

5. Anak Mengajar Kita Teknik Berkomunikasi Dengan Baik

Masa anak kita baru belajar bersosial dengan orang, kita ajar anak kita cara bercakap dengan penuh adab sopan. Macam mana nak minta air dengan cara elok, macam mana nak ajak pergi taman mainan, macam mana nak express emosi mereka. Kita yang ajar anak kita.

Pada masa yang sama, kita blejar juga cara nak berkomunikasi. Dengan anak, takkan kita nak marah-marah bila anak bertanya kan? Kita mesti jawab elok-elok sebab anak belajar dari apa yang mereka tengok dari kita. Kita adalah contoh terbaik yang anak kita boleh nampak setiap hari.

.

Sebab tu la Syu selalu ingatkan diri Syu, anak ini adalah amanah dan aset kita ke syurga. Tapi, anak ini juga boleh menjadikannya ujian yang Allah turunkan pada kita.

Kita didik anak-anak menjadi orang yang baik dan hamba yang taat pada Allah, tapi, mungkin ada dalam salah didikan kita tu, anak kita tak jadi seperti yang kita mahukan.

  • Ia adalah nikmat sebab itu cara kita dekatkan diri kita kepada Allah agar kita lebih tenang menghadapi ujian ini. Kita akan lebih bergantung pada Allah untuk bawa kita keluar dari masalah ini.
  • Tapi, ia boleh jadi sebaliknya juga, bila kita mula pertikaikan kenapa Allah jadikan anak kita macam tu padahal kita dah didik anak kita dengan cukup sempurna. Masa ini, kita mungkin dah tak ingat siapa yang lebih berkuasa.

.

Syu percaya mak ayah zaman teknologi nie lebih sayang pada anak, in a sense yang anak tak boleh dicuit. Syu pun selalu berfikiran begitu. Syu tak boleh anak kena marah dengan cikgu. Tapi, Syu halang diri Syu dari mempertahankan anak sebab Syu tahu anak Syu yang salah. Syu nak anak Syu belajar dari kesilapan mereka sendiri.

Kalau kita pertahankan kesalahan anak, kita sebenarnya tanam dalam otak mereka yang ‘tak kisahlah kalau buat saah pun, nanti mak ayah aku datang, diorang cakap-cakap dengan cikgu. Last-last cikgu pun tak boleh buat apa.’ Kalau macam ni la, anak kita akan lebih berani melakukan sesuatu yang lebih ekstrem seperti membuli orang lain atau memukul kawan sendiri.

Sejak anak Syu kecil, bila anak Syu tak dapat buat sesuatu pun, Syu bagi galakan dan kata-kata semangat je untuk mereka terus mencuba hingga berjaya. Kalau dah lama sangat mencuba tapi masih tak berjaya, barulah Syu campur tangan. Syu tak nak anak Syu jadi lembik, semua pun tak boleh buat sendiri.

Biarlah anak Syu menangis sekarang, dari Syu yang menangis tengok perangai anak yang tak elok masa diorang besar nanti. Biarlah nanti bila dah besar dan dah matang, Syu nak tengok mereka berjaya.

Sebagai mak ayah, kita doalah selalu agar anak dan keturunan kita tergolong dalam orang yang soleh. Doa mak ayah amat makbul. Jangan berhenti berdoa kerana Allah akan makbulkan doa kita bila sampai masa yang sesuai.

Pesan Syu pada diri sendiri, ‘janganlah sesekali berputus asa terhadap anak kita walau macam mana pun perangai mereka kerana didikan kita untuk anak adalah sampai kita mati. Mungkin bukan sekarang mereka menerimanya, tapi percayalah mereka akan menerimanya juga suatu hari nanti.’

Love,

Syu Amir

Trying to be a better ummi everyday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.