Kencing Manis/Diabetis · Produk

Kulit Kayu Manis – Petua Tradisional Mengawal Paras Gula Dalam Darah

Air Kulit Kayu Manis Membantu Mengawal Gula Dalam Darah

Penyakit kencing manis ataupun diabetis ini adalah antara penyakit berbahaya di Malaysia. Ramai yang mati akibat daripada penyakit ini sebab terlalu banyak komplikasi akibat daripada penyakit diabetis ini. Takkan nak tunggu lebih ramai mati baru nak sedar diri kan? Jomlah usaha untuk mengawal paras gula dalam darah kita supaya kita terlepas dari menghidapi penyakit kencing manis ini.

Terdapat banyak petua tradisional dan juga ubat-ubatan moden yang mampu membantu dalam mengawal paras gula dalam darah kita. Tapi, hari ini Syu nak kongsikan salah satu petua mudah untuk menurunkan bacaan gula dalam darah kita. Petua ini senang je, bahan-bahannya pun senang dapat di mana-mana kedai berdekatan rumah je.

Air Kulit Kayu Manis Yang Sangat Power Dalam Menurunkan Paras Gula Dalam Darah

Air herba ini amatlah mudah untuk disediakan. Tak perlu masa yang lama pun.

Bahan-bahan:

  1. 3-4 batang kulit kayu manis
  2. Air 1 liter

Cara-cara:

  1. Masukkan kulit kayu manis dan air ke dalam periuk.
  2. Masak dengan api perlahan selama 45 minit.
  3. Siap.

Senang je kan nak buat air rebusan ini? Tak perlukan pertolongan orang lain pun. Kita sendiri pun boleh buat.

Bila dah siap, minumlah air rebusan kulit kayu manis ini setiap pagi dan juga malam secara konsisten untuk membantu turunkan paras gula dalam darah kita.

Selamat mencuba. Syu doakan petua ini berkesan untuk anda semua 😀

.

Kebaikan Kulit Kayu Manis

Kenapa kulit kayu manis ini bagus dalam menurunkan paras gula dalam darah kita?

  • dengan pengambilan kapsul kulit kayu manis secara konsisten, ianya dapat menurunkan 18-29% paras gula dalam darah
  • membantu menurunkan kadar triglyceride dan juga paras kolesterol LDL (kolesterol ‘jahat’ dalam badan kita)
  • membantu melambatkan pengosongan perut – mengurangkan risiko hyperglycemia selepas makan, iaitu kenaikan paras gula setelah mengambil makanan berat.

Atas sebab ini, ramai yang mengamalkan pengambilan kulit kayu manis secara konsisten sebab tak nak ada penyakit diabetis. Siapa nak kan? Nanti tak dapat nak makan macam-macam makanan…hehehe…

.

Nak tahu cara moden pula untuk mengawal dan menurunkan paras gula dalam darah? Klik DI SINI. Cara ini lagi mudah dan yang penting, SELAMAT 🙂

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.