Kulit Cantik · Premium Product · Produk · Set Kecantikan · Testimoni · Testimoni Youth Skincare · Youth · Youth Skincare

Kulit Breakout Penyebab Parut Jerawat Berlubang

Parut jerawat Berlubang Disebabkan Oleh Kulit Breakout

Ramai wanita muda terutamanya seperti pelajar universiti mengalami masalah breakout yang teruk. Mereka yang muda-muda nie amatlah pentingkan kecantikan muka. Amat pentingkan muka yang putih, licin tanpa jerawat dan sebarang parut jerawat, dan paling penting cantik. Sebab itulah mereka ini sangat taksub dengan produk-produk muka ini kerana kononnya boleh memberikan kesan yang cepat. Mereka tak fikirkan kesan buruknya.

Produk-produk yang agak murah ini biasanya mengandungi kandungan bahan kimia bahaya yang tinggi seperti paraben, merkuri dan alkohol. Dan disebabkan bahan kimia bahaya inilah akan menyebabkan breakout yang teruk seperti jerawat bernanah, dan jerawat ini akan menjadi parut berlubang yang sangat hodoh. Rupanya macam kawah gunung berapi je.

Apa Berlaku Bila Kita Mula Ambil Produk Yang Mempunyai Bahan Kimia Bahaya?

1. Kulit kemerah-merahan

Produk Bahan kimia bahaya ini akan buat kulit kita merah-merah macam terbakar apabila kena panas matahari. Ini kerana lapisan kulit luar kita dah terhakis dan kulit kita tiada perlindungan lagi.

Lagipun, merkuri buatkan kulit kita tidak menghasilkan melanin – itu yang buat kulit kita putih merah sampai nampak urat-urat di muka.

2. Kulit mula nipis

Bila kulit dah terhakis, maknanya kulit kita makin nipis. Kulit yang nipis akan menyebabkan kita tak boleh nak lasak sangat dengan kulit kita tu. Nak scrub pun sakit, nak basuh muka pun sakit juga.

Nak ke jalani kehidupan harian macam nie?

3. Kulit mengelupas dan gatal

Kulit yang merah-merah ini akan menyebabkan kulit kita mengelupas dan gatal-gatal. Memang terseksa rasanya setiap kali mengelupas nie. Nak garu, tak boleh sebab nanti lagi sakit. Kalau tak buat apa-apa, kita pulak yang tak selesa.

4. Berjerawat batu dan bernanah

Ini yang paling memalukan kita. Rasa macam tak nak keluar rumah, nak menyorok je dalam bilik. Tapi, apakan daya. Kena juga keluar untuk pergi kelas, pergi kerja semua kan?

Produk tinggi bahan kimia bahaya akan menyebabkan kulit kita berjerawat batu yang timbul-timbul tu. Lepas tu bernanah pulak tu. Itu semua sebab toksin yang banyak semuanya keluar melalui jerawat.

5. Pedih

Breakout akan buat kulit kita tak tahan panas. Tak boleh kena matahari. Nanti pedih dan amat menyakitkan. Terpaksalah pakai topi dan payung all the time sampai orang label kita sebagai puteri lilin 🙂

.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.