Uncategorized

Kulit Berminyak? Elakkan Makanan Ini!

Jangan Makan Makanan Sebegini Kalau Muka Anda Berminyak!

Di dunia nie, ada beberapa jenis kulit muka, iaitu kulit berminyak, kering, sensitif, kombinasi, dan normal. Semua jenis kulit ini mempunyai masalah tersendiri, termasuklah kulit berminyak.

Bila muka kita berminyak, kita jadi sangat-sangat tak selesa kan? Rasa gatal-gatal kulit, rasa nak basuh sentiasa muka tu. Orang yang kulit berminyak biasanya tak suka keluar rumah masa panas-panas sebab nanti muka makin berminyak.

Ada beberapa makanan yang kita tak boleh makan tau untuk kurangkan minyak pada muka nie. Baiklah kita jangan makan makanan sebegini tau. Nanti makin teruk muka kita tu.

1. Makanan Berminyak

Makanan yang tinggi minyak dan lemak, seperti ayam goreng dan burger akan membuatkan minyak di muka kita bertambah banyak. Macam muka disapu minyak pun ada.

Kalau boleh jangan makan langsung makanan sebegini supaya minyak akan berkurang.

2. Fast Food

Fast food semuanya pun mempunyai kandungan minyak yang tinggi, sebab tu fast food memang tak bagus pun untuk makan. Cuba bayangkan burger yang kita makan tu macam makan semangkuk penuh minyak? Mana ada sihat kan?

Yang ada cumalah minyak dan lemak yang banyak. Kalau nak muka tak berminyak, jangan makan lagi makanan sebegini tau.

3. Produk Tenusu

Produk tenusu, kalau kita makan banyak sangat boleh meningkatkan hormon yang boleh membuatkan liang pori tersumbat, dan akan meningkatkan kadar minyak pada muka kita.

4. Minuman & makanan Bergula Tinggi

Makanan dan minuman yang mengandungi gula yang tinggi boleh menyebabkan minyak banyak pada muka. Bila gula tinggi, ia sebenarnya mengubah kadar glukosa darah dan menyebabkan pengeluaran minyak yang berlebihan.

5. Daging Merah

Daging merah mempunyai daging trans yang tinggi dan boleh merembeskan banyak minyak pada kulit. Jadi, kita-kita yang mempunyai kulit berminyak kena kurangkan makan daging merah. Gantilah dengan ikan ataupun ayam.

6. Makanan Karbohidrat

Makanan karbohidrat tinggi mempunyai indeks glisemik (GI) yang tinggi. Makanan yang tinggi GI akan menyebabkan kadar pengeluaran minyak yang banyak.

.

Orang-orang yang kulit berminyak memang perlu berhati-hati dengan apa yang mereka makan. Kalau salah makan je, kita terpaksalah menanggung muka gatal sebab minyak penuh di muka. Kalau tak boleh naik jerawat batu nanti.

Apa yang Boleh Dibuat Untuk Mengurangkan Minyak Di Muka?

1. Mencuci Muka

Pastikan kita cuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Pagi sekali, malam sekali. Dan kita kena guna set penjagaan muka yang selamat untuk memastikan kulit kita kurang berminyak. 

2. Makan Buah-buahan Dan Sayur-sayuran

Buah dan sayur amat penting dalam bidang kecantikan, dan buah dan sayur dapat mengenyangkan perut, seterusnya membuatkan kita kurang makan makanan yang kurang berkhasiat.

Bila kita makan makanan yang berkhasiat, minyak akan mula berkurang dan kulit menjadi semakin cantik.

3. Masker

Buat masker sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dapat membantu mengurangkan kulit berminyak.

.

Kita perlu kurangkan masalah kulit berminyak ini supaya muka kita bertambah cantik dan berseri-seri. Kalau tak, nanti orang pun tak nak dekat dengan kita. Nak ke sem

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.