Business Opportunity

Kuasai Teknik Offline Untuk Tingkatkan Jualan

Teknik Offline Sangat Best Untuk Tingkatkan Sale

Dalam perniagaan masa sekarang, kebanyakan peniaga suka buat online sale. Ini kerana kita tidak perlu berjumpa orang ramai untuk mendapatkan pelanggan. Tapi tahu tak, kita perlu juga gunakan teknik offline untuk mendapatkan pelanggan. Teknik ini pun penting tau.

Apa itu Teknik Offline?

Teknik Offline adalah teknik jualan di mana kita berjumpa dengan orang ramai untuk menjual barang kita.

Masa berjumpa dengan potential buyer, masa itulah kita akan bercerita dari A sampai Z mengenai produk kita. Kalau nak bertanya soalan masa berjumpa itu lebih mudah.

Syu suka teknik offlie ini. Pada Syu mudah untuk close sale. Syu banyak dapat sale set menyusu, set berpantang dan set hamil dengan teknik offline.

Syu banyak berkongsi cerita dan pengalaman mengamalkan set hamil, berpantangdan juga set menyusu shaklee semasa sesi mengepam di sekolah. Secara tak langsung, cikgu-cikgu yang berminat dengan cerita dan pengalaman Syu akan berminat untuk beli.

Nampak tak bagaimana mudahnya kita dapat pembeli apabila kita bercerita dengan gembira kisah benar yang kita alami sendiri? Itulah teknik offline sebenarnya.

Apa bagusnya Teknik Offline Dalam Bisnes?

1. Bersua muka

Tahu tak first impression itu sangat penting untuk menentukan prospek kita tu berminat nak beli dengan kita ke tidak? Kalau first impression kita bagus, prospek akan menunjukkan minat untuk mendengar apa yang kita nak katakan.

Apabila bersua muka ini, ia akan menunjukkan sama ada kita konfiden atau pun tidak untuk menerangkan mengenai produk kita.

Contohnya, Syu jual Shaklee, tapi tak konfiden pun bercakap pasa produk Shaklee, agak-agak ada orang nak beli suplement dengan Syu tak?

2. Dapat terangkan secara detail

Bila kita gunakan teknik offline, kita boleh tunjuk gambar, poster, testimoni, dan sebagainya. Kemungkinan orang sangat teruja itu sangat tinggi. Bila dah teruja dan percaya, confirm mereka akan membeli dengan kita.

Tambah pula dengan pengalaman yang kita sendiri alami, dengan gaya cerita kita yang sentiasa excited bercerita pasal produk kita, orang yang dengar pun akan turut excited juga.

3. Boleh buat demo produk

Selain itu, kita boleh buat demo produk kita depan prospek.

Contoh, Syu nak jual set kurus. Syu cerita pasal Lecithin yang pecahkan  lemak-lemak menjadi lebih kecil.

Syu boleh buat demo yang tunjukkan macam mana proses Lecithin bertindak mengecilkan lemak-lemak untuk disingkirkan.

.

Kalau kita kuasai betul-betul teknik offline ini, in sya Allah sale kita akan meroket tinggi. Jomlah sama-sama belajar membaiki teknik offline selling ini.

Love,

Syu Amir (1139539)

Proud Founder of MDAEmpire

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge