Kencing Manis/Diabetis · Produk

Komplikasi Menakutkan Yang Bakal Menimpa Pesakit Diabetis

Komplikasi-komplikasi yang boleh terjadi kepada pesakit diabetis

Diabetis merupakan salah satu penyakit yang banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia, tak kiralah perempuan mahupun lelaki, tua atau muda, malah ada juga kanak-kanak yang menghidapi kencing manis juga. Ini amat menakutkan sebab banyak kematian berlaku disebabkan komplikasi-komplikasi akibat diabetis. Seramnya!

Syu ada ramai pelanggan yang menghidapi diabetis, tapi masih tak sedar yang ianya penyakit yang berbahaya. Walaupun ada kencing manis, tapi masih mahu makan makanan yang manis-manis, dah tahu kencing manis tu bahaya, tapi tak nak jaga pemakanan dan tak nak buat senaman. Macam mana nak kawal bacaan gula dalam darah kalau itu semua pun tak jaga, betul tak?

Cara Mengawal Penyakit Kencing Manis

  1. Diet

Perkara paling penting untuk mengawal diabetis adalah dengan mengawal makanan yang kita makan sebab makanan adalah perkara paling senang untuk naikkan bacaan gula dalam darah kita.

Makanlah makanan yang tinggi fiber seperti roti wholegrain sebab fiber membantu kita cepat kenyang dan pada masa yang sama, ia mengandungi kandungan glukose yang rendah.

Selain itu, amalkan makanan yang rendah Glisemik Indeks kerana ia membantu mengawal kenaikan gula selepas kita makan makanan berat. Bila kita makan makanan yang rendah GI, ia akan melambatkan proses penyerapan gula ke dalam darah dan menukarkannya kepada tenaga.

Paling penting, kurangkan makan makanan yang tinggi karbohidrat.

2. Senaman

Senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit dapat membantu mengawal dan menurunkan paras gula dalam darah  kita dan mengurangkan risiko-risiko mengalami komplikasi akibat daripada penyakit diabetis ini.

3. Kurangkan Berat Badan

Badan yang gemuk dan obes mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit diabetis. Ini kerana obesiti berlaku apabila kita tak jaga makan dan juga tidak bersenam. Baca balik point 1 dan 2 🙂

.

Apabila segala perkara kita tidak jaga, memang mudah untuk kita dapat penyakit bahaya ini. Mungkin awal-awal kita tidak perasan dan tidak sedar, mungkin juga kita selalu sebut “ala, sikit je ni, takkan la boleh dapat penyakit kan” tapi, bila ianya menjadi habit kita, dan kita kerap lakukannya, sedikit demi sedikit ia akan membentuk penyakit kencing manis tanpa kita sedari. Tahu-tahu je bacaan gula dah mencanak tinggi. Masa tu menyesal memang tak guna la.

Ingatlah banyak komplikasi menanti apabila kita tidak menjaga dan mengawal penyakit diabetis ini. Komplikasinya bukannya sikit-sikit, tapi komplikasi boleh bawa mati pun ada.

Komplikasi Menakutkan Para Pesakit Diabetis

Ada beberapa komplikasi dan risiko yang kita perlu tahu supaya kita semangat nak kawal penyakit kencing manis nie. In sya Allah dengan izin Allah, kita akan dapat atasinya.

Antara komplikasi-komplikasi akibat diabetis ialah:

  1. sakit jantung dan strok

Apabila glukos dalam badan kita tidak dapat ditukarkan kepada tenaga, dan paras gula dalam darah terlalu tinggi, kemungkinan untuk dapat sakit jantung amatlah tinggi. Ia amat berbahaya sebab kematian akibat sakit jantung dan strok bagi pesakit kencing manis adalah 2-4 kali ganda lagi tinggi berbanding pesakit sakit jantung yang takde diabetis.

2. Buah Pinggang Rosak

Buah pinggang kita ada tahapnya untuk mencuci darah dan sisa buangan dalam tubuh kita. Apabila terlalu banyak yang terpaksa dicuci, buah pinggang kita boleh jadi rosak akibat tak dapat tanggung beban sisa buangan tu.

Sebab itulah, apabila terlalu banyak gula dalam darah, buah pinggang kita tidak dapat nak tampung lagi menyebabkannya rosak. Jadi, terpaksalah dialisis seumur hidup untuk mencuci darah. Dialisis pun menyakitkan tau.

3. Buta

Kandungan glukos dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kerosakan pada salur darah bahagian mata kita dan menyebabkan kita jadi buta.

Kes-kes orang yang buta akibat kencing manis adalah kes yang paling tinggi berbanding kes buta akibat penyakit lain. Takutnya. Mata kita tiada galang-gantinya. Siapa yang nak dermakan mata sendiri untuk kita kan?

4. Kena Potong Kaki

Ini pun adalah benda yang menakutkan. Siapa yang nak kena potong kaki kan? Ramai pesakit diabetis yang dah nak kena potong kaki baru nak menyesal sebab takut kaki takde, tak boleh bergerak macam orang nomal. Tapi, keadaan memaksa. Kalau tak potong, nanti melarat ke bahagian lain pula.

Ini baru sikit komplikasinya. Banyak lagi komplikasi dan risiko yang pesakit diabetis kena hadapi sebab tak jaga kesihatan baik-baik sewaktu muda belia dulu. Ingatlah, badan kita nie nak pakai lama. Jagalah badan kita elok-elok supaya kes-kes sebegini tidak terjadi kepada kita semua mahupun orang yang kita sayangi.

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.