Kulit Cantik · Produk · Set Kecantikan · Testimoni · Vitamin & Suplement

Kepentingan Vitamin C Dan Vitamin E Dalam Kecantikan Kulit

Apa Pentingnya Vitamin C dan Vitamin E Untuk Cantikkan Kulit?

Ramai sekarang yang mempunyai masalah kulit yang agak teruk seperti berjerawat, berjeragat, dan kulit kusam je. Tak berseri langsung. Seawal sekolah menengah dah boleh nampak jerawat batu penuh muka. Parut-parut jerawat penuh di pipi dan dahi. Tapi, masa tu sekolah lagi. Mana ada duit nak baiki muka kan?

Bila dah mula masuk universiti ataupun dah kerja, bolehlah nak baiki kulit muka tu sebab dah ada duit sendiri betul tak? Lagipun masa tu mesti dah ada boyfriend, mestilah nak cantik. hehe…

Punca Kulit Berjerawat

1. Pemakanan

Kita selalu makan makanan yang berminyak dan berlemak. Paling senang makan fast food, macam burger. Makanan macam tu memang kenyang, tapi tak sihat. Segala toksin masuk dalam badan. Bila banyak toksin, mulalah nampak kesan pada muka, terutamanya jerawat besar-besar keluar.

2. Suka garu

Kuku kita bukannya bersih. Tapi, bila muka gatal, asyiklah nak menggaru. Dan apabila ada jerawat, kita suka picit bagi pecah. Tak elok tau sebab muka kita akan lagi banyak jerawat dan parut jerawat.

Kalau ada jerawat, biar je sampai kering dan tanggal sendiri, barulah tak berparut muka kita tu.

3. Salah Produk

Produk yang tak sesuai dengan muka pun boleh menyebabkan jerawat dan jeragat. Sekarang nie terlalu banyak produk yang banyak bahan kimia bahaya. Memang cepat kesannya, sapu-sapu dah putih, hisap-hisap dah licin kulit dan sebagainya.

Tapi, kita kena tahu, produk macam tu akan memberi kesan jangka panjang pada muka kita nanti. Kulit akan mula sensitif dan nipis. Kulit akan mula merah-merah macam kesan terbakar. Bahaya tau.

Kita wajib pilih produk penjagaan muka yang selamat dan semualajadi agar kulit kita terhindar dari pelbagai macam kerosakan dan bahaya.

.

Apa Yang Perlu Kita Buat Untuk Pastikan Kulit Cantik

1. Kita perlu tukar gara pemakanan kita. Elakkan makan makanan yang berminyak dan tinggi lemak.

2. Bersenam dengan kerap untuk dapatkan badan yang sihat dan cergas. Bila bersenam, badan kita membantu untuk menyingkirkan toksin dan juga glukos dari badan kita.

3. Ambillah sumber makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah oren dan ambil juga makanan yang kaya dengan Vitamin E seperti brokoli, almonds, dan avocado.

4. Suplement Vitamin C dan vitamin E

Walaupun kita dah mengambil Vitamin C dan E dari sumber makanan, kita masih juga perlukan suplement Vitamin C dan E sebab apa yang kita makan, ianya tidak memberi jumlah vitamin C dan E yang diperlukan setiap hari.

Kepentingan Vitamin C dan E Dalam Mencantikkan Kulit

Vitamin C dan E amat penting dalam memastikan jerawat dan parut jerawat kita pudar dan hilang. Ia juga penting untuk menjadikan kulit kita bertambah licin, tegang, dan lebih anjal. Barulah cantik berseri-seri kan?

Vitamin C

  • menghilangkan jeragat
  • membantu penghasilan kolagen dengan lebih efisyen
  • Pudarkan parut jerawat dan lama-lama bersih terus

Vitamin E

  • Melambatkan proses penuaan – kita akan nampak lebih muda
  • hilangkan jerawat dan jeragat
  • seimbangkan hormon badan
  • mengawal pengeluaran minyak dalam liang pori – bagus untuk orang yang kulit berminyak
  • cerahkan wajah
  • tegangkan kulit

Pentingkan kedua-dua vitamin ini? Sebab tu la Syu sarankan ambil Vitamin C dan E untuk baiki semula kulit muka yang dah penuh jerawat tu.

Tapi, pastikan ambil Vitamin C dan Vitamin E Shaklee tau. Produk Shaklee lain dari yang lain sebab ianya menggunakan bahan semulajadi dan bebas bahan kimia bahaya. In sya Allah tidak akan ada masalah dengan buah pinggan. Memang selamat untuk kita semua.

Kelebihan Vitamin Shaklee

Vitamin C

Vitamin C bersifat larut air. Apabila kita ambil Vitamin C secara berlebihan, badan kita tidak akan dapat menyerap vitamin C lagi pada masa itu. So, ia akan terbuang sahaja dan disingkirkan melalui air kencing.

Tapi, Vitamin C Shaklee menggunakan teknologi sustained-released. Ia akan melepaskan sedikit demi sedikit vitamin C selama 5 jam. Jadi, takde la membazir.

Vitamin E

Vitamin E Shaklee pula mengandungi selenium. Ianya penting untuk memastikan radikal bebas tidak dapat masuk ke dalam badan kita. Seperti yang kita tahu, radikal bebas ini akan buat sel kita rosak dan mati.

Selenium juga bertindak sebagai anti-penuaan, kulit kita akan terserlah keremajaannya apabila mengambil Vitamin E.

Boleh juga liha video ini. Syu terangkan kenapa kita kena ambil Vitamin C dan E dari Shaklee.

.

Kalau tak percaya juga, bacalah testimoni orang lain yang dah berjaya buat kulit mereka cantik dengan Shaklee.

 

 

 

 

.

Bagi anda yang memang tengah cari penyelesaian untuk kulit muka berjerawat dan berparut teruk, inilah penyelesaiannya anda. Mula amalkan Vitamin C dan Vitamin E Shaklee nie. Kedua-dua vitamin ini boleh juga didapati di dalam SET KULIT CANTIK SHAKLEE.

Syu yakin dengan mengambil Set Kulit Cantik Shaklee ini, muka anda semua akan bertambah bersih, cantik, dan bertambah glowing berseri-seri nanti.

Hubungi Syu segera di 0192198621 dan dapatkan kulit muka yang lebih menawan dengan Set Kulit Cantik Shaklee. Syu akan beri konsultasi terbaik buat pelanggan yang membeli dengan Syu.

Kalau nak beli sendiri Set Kulit Cantik ini, bolehlah tekan button di bawah ini. Tapi, jangan lupa untuk hubungi Syu juga untuk dapatkan konsultasi berpanjangan daripada Syu.

 

Disclaimer: Produk Shaklee adalah vitamin, bukannya ubat. Walaupun ia terbukti secara saintifik menyihatkan badan, ia tidak berfungsi untuk merawat, menyembuhkan atau memulihkan penyakit kritikal.

Love,

Syu Amir

Pengedar Sah Shaklee JB dan Sekitarnya

Founder Diamonds Legacy

0192198621

COD: Skudai, UTM, Pekan Nanas, Bukit Indah, Tampoi Dan Sekitar JB

Pick-up point: Aeon Bukit Indah, JB / Paradigm Mall, Tampoi

Pos Ke Seluruh Malaysia dan Luar Negara (T&C apply)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.