Business Opportunity · my life

Kepentingan Vision Board Dalam Bisnes Kita

Vision Board (VB) amat penting dalam Bisnes Kita

Salah satu sebab kita melakukan bisnes adalah untuk mencapai impian-impian kita yang besar itu. Tak kiralah impian sendiri, impian anak-anak, mahupun impian orang keliling kita.

Untuk menunaikan impian-impian ini, kita memerlukan duit. Kadang-kadang makan beribu juga untuk satu impian. Jadi, dengan berbisneslah kita dapat kumpul duit itu.

Tetapi, bagaimana kita hendak mencapai impian-impian kita itu?

Cara paling mudah adalah dengan membuat Vision Board.

Apa itu Vision Board (VB)?

VB adalah tempat di mana kita menulis dan menggambarkan impian yang kita mahu capai itu. Apabila kita menterjemahkan impian dalam bentuk gambar, secara tidak langsung minda bawah sedar kita akan lekatkan impian kita itu dalam otak kita dan kta akan berusaha untuk mendapatkan impian tersebut.

Lagi bagus kalau VB kita mempunyai informasi yang spesifik seperti tarikh, lokasi, dan sebagainya. Kita akan lebih bersungguh-sungguh untuk merealisasikannya.

Kelebihan VB dalam Bisnes Kita

Bagus tau bila kita ada VB. Syu pun belajar mengenai VB ini apabila Syu join bisnes Shaklee. Mentor Syu ajarkan cara-cara untuk buat VB. Mentor Syu cakap bila kita ada VB, kita akan buat sehabis baik dalam bisnes kita.

Antara kelebihan VB ialah:

1. Membantu untuk capai target

VB menjadikan kita seorang yang teratur. Kita susun target dan strategi untuk capai target sebab sebahagian dari hasil target kita itu adalah digunakan untuk mencapai impian di dalam VB kita itu.

Target kita boleh jadi jangka pendek, jangka sederhana, dan juga jangka panjang. Target-target ini penting dalam mengembangkan bisnes yang kita lakukan.

2. Jadikan kita berdisiplin

Kerana kita tahu kita ada impian, dan kita perlu bergerak ke hadapan demi impian kita itu, kita akan jadi lebih berdisiplin dalam menjalankan rutin-rutin bisnes kita.

3. Buat kita berangan-angan

Berangan adalah percuma. Tapi, dengan angan-anganlah ia mampu bertukar menjadi cita-cita yang tinggi.

.

Kita memang digalakkan untuk membuat VB supaya kita sentiasa on track dalam perniagaan yang kita buat.

Syu sentiasa tengok VB syu hari-hari kerana ia akan buat Syu sedar di mana Syu berada dalam mencapainya. Syu takkan berada di zon selesa sehinggalah semua impian Syu dan juga impian kesayangan Syu tercapai.

Jom sama-sama pasang angan-angan dan usaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Ingat, jangan kecilkan impian kita hanya sebab tak yakin mampu mendapatnya. Tapi, besarkan usaha kita agar kita mampu merialisasikannya.

 

Salam Sayang,

Syu Amir

Proud Founder of MDAEmpire

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge