Uncategorized

Kenapa Tidak Boleh Beli Barangan Shaklee Di Mana-mana Kedai Alam Maya

Salah Untuk Membeli Produk Shaklee di Kedai Alam Maya ataupun Mana-mana Kedai

Kebelakangan ini, Syu tengok semakin ramai penjual-penjual alam maya menjual produk Shaklee di kedai-kedai mereka, kedai fizikal mahupun laman jualan alam maya seperti L****a, Jalan11, dan S****e.

Ramai pula tu yang memilih untuk membeli dengan mereka ini tanpa selidik dahulu siapa penjual-penjual ini. Hanya kerana penjual-penjual ini menjual dengan harga yang lebih murah dari harga ahli, kita senang-senang je beli. Ye la, siapa tak nak kan dapat barang dengan harga murah dari orang lain?

Kesan-kesan daripada Membeli di laman jualan alam maya

Tahu tak, dengan membeli di laman jualab seperti L****a ataupun Jalan 11 ini, adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang telah mengalami banyak kerugian? Rugi kenapa?

1. Barang Tersebut Kemungkinan Besar Hampir ataupun Dah Expired

Biasanya orang yang menjual di laman tersebut adalah orang yang selalu beli stok barang Shaklee banyak-banyak, mungkin beli masa promo Shaklee pada bulan berkenaan. Tapi, akhirnya produk tersebut tak terjual.

Duduk la terperuk dalam stor. Lama-lama, tak tahu nak buat apa. Sebelum tamat tempoh, baik jual.

Nak jual cara senang, mereka pun juallah dengan harga murah asalkan dapat habiskan stok.

2. Ketulenan Diragui

Bila kita beli dengan orang yang kita tak kenal, barang yang kita dapat tak boleh disahkan ketulenannya.

Mana kita tahu barang yang dibeli bukan palsu? Entah-entah mereka buat sendiri dan botolkan macam mana botol Shaklee? Boleh ke kita 100% yakin yang ia adalah produk Shaklee tulen?

Kelebihan yang ditarik balik

Tak diragui barang yang kita beli itu harga murah, tapi banyak lagi kelebihan lain yang abang kakak tak dapat tahu tak sebab beli di laman-laman tersebut?

1. Konsultasi Eksklusif

Setiap pembeli yang membeli barang Shaklee dari pengedar yang sah membolehkan mereka mendapat konsultasi PERCUMA dan EKSKLUSIF dari SID tersebut.

Tetapi, bila beli dengan orang yang kita tak kenal, tak pernah whatssap, dan tak pernah jumpa, macam mana nak dapatkan konsultasi? Macam mana nak dapatkan cara makan semua?

last-last, bila kita main hentam cara makan vitamin yang kita beli, kita salahkan Shaklee pula sebab tak berkesan pada badan kita. Padahal kita yang tak ikut cara yang betul.

2. Keahlian

Apabila kita beli lebih dari 200uv, kita sepatutnya dapat keahlian percuma dan akan dapat bonus di bulan berikutnya.

Tetapi, dengan pembelian di laman tersebut, bukan setakat keahlian percuma tak dapat, dengan bonus pun tak dapat.

.

Fakta-Fakta Mengenai Sistem Jualan Shaklee

1.Ia adalah salah disisi undang-undang Shaklee untuk memasarkan di laman-laman jualan seperti itu. Pengedar sah Shaklee yang menjual di laman tersebut boleh ditarik keahliannya.

2. Adik kakak kena tahu yang Shaklee tidak memasarkan produknya di kedai-kedai supaya keuntungan dimaksimumkan antara pengedar.

3. Harga pasaran setiap produk adalah sama. Tiada istilah perbezaan harga antara pengedar. Tiada extra diskaun dengan pengedar lain. Yang berbeza cumalah harga retail dan harga ahli.

.

Jadi, adik kakak abang, jadilah pengguna yang bijak. Jangan disebabkan harga yang murah, akak abang rambang mata membelinya.

Ingatlah, keluarkanlah duit lebih demi produk yang tulen dan konsultasi yang mantap.

Love,

Syu Amir (1139539)

Proud Founder of MDAEmpire

0192198621

 

 

3 thoughts on “Kenapa Tidak Boleh Beli Barangan Shaklee Di Mana-mana Kedai Alam Maya

  1. Bahaya kan syu, sekali terbeli yang expired, nak claim dari Shaklee pun Shaklee tak perakui. Baik terus beli dari penjual yang beri konsultasi ekslusif macam syu ni

  2. Risau juga bab ketulenan tu. Banyak sangat produk tiruan di pasaran. Eloklah jadi ahli. Beli produk pun nanti Shaklee boleh poskan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge