Vitamin & Suplement

Kenapa Penting Untuk Kita Makan Suplement Dan Vitamin?

Kepentingan Vitamin dan Suplement Kesihatan Kepada Badan Kita

Ramai orang sekarng ini dah mula berjinak-jinak makan vitamin dan suplement harian untuk kebaikan kesihatan masing-masing. Maklumlah, sekarang dah macam-macam jenis penyakit ada. Penyakit pelik-pelik pun ada tau. Jadi, kita wajib ambil vitamin untuk melindungi diri kita.

Tapi, ada juga yang masih tidak tahu kepentingan vitamin dan suplement nie. Ramai yang fikir suplement nie macam ubat je. Makan bila perlu, dan berhenti bila dah sembuh.

Kita kena tahu, ubat kita makan untuk menyembuhkan penyakit, tetapi kita makan suplement untuk mengelakkan penyakit.

Sebab itulah kita kena istiqamah dalam makan suplement. Kita perlu makan setiap hari untuk nampak kesan yang positif dan kesan yang kita mahukan.

Contohnya, kita makan Vivix untuk turunkan paras gula dalam badan. So, kita makan sebotol. Lepas habis sebotol, kita check bacaan gula. Memang turun dan amat memuaskan hati kita. Lepas dah tengok result macam tu, kita punyalah happy. Terus tak makan Vivix dah. 

Cara nie salah ye. Bila kita makan Vivix, sebenarnya, Vivix membaiki sel-sel badan kita hingga ke peringkat DNA. Vivix juga mengurangkan rintangan insulin supaya insulin dalam badan kita dapat digunakan dengan optimum. 

Bila kita berhenti makan Vivix, kemungkinan besar untuk gula kita naik semula tu amatlah tinggi. Jadi, untuk maintainkan bacaan gula di paras yang selamat, kita kena teruskan makan Vivix. 

Nampak tak cara penggunaan suplement nie?

Kenapa pentingnya makan vitamin dan suplement?

Syu memang pengamal tegar suplement dan vitamin kesihatan. Syu takkan miss makan suplement setiap hari. Bukan sejenis tau, tapi berjenis-jenis suplement Syu makan dari pagi hingga ke malam. Tapi, suplement tu semestinya yang selamat dan semulajadi. Yang penting vitamin Shaklee tidak menjejaskan buah pinggang kita kerana ia bersifat absorbent.

Kenapa Syu tegar makan vitamin padahal Syu muda lagi? (Eh, takkan nak tunggu tua baru nak makan suplement kan?) Jangan terpedaya ye. Seawal usia 20-an pun dah sepatutnya mula amalkan vitamin kesihatan. Ia memang penting untuk masa tua kita nanti.

1. Nutrisi tidak mencukupi

Walaupun kita amalkan makanan berkhasiat, makan buah dah sayur semua, tapi percayalah, ianya tidak mencukupi. Badan kita memerlukan nutrisi yang lebih banyak lagi.

Contohnya, badan kita memerlukan 1000mg vitamin C sehari. Tapi, kandungan vitamin C yang terdapat dalam makanan seharian tidak mencukupi. Sanggup ke nak makan buah oren sebanyak 7 biji sehari bagi mencukupkan vitamin C yang badan kita perlukan?

Tu belum kira lagi perokok. Orang yang merokok boleh merosakkan kandungan Vitamin C dalam badan mereka. Penat je makan vitamin C, tapi last-last dirosakkan oleh rokok.

Sebab itulah kita perlukan suplement tambahan Vitamin C untuk mencukupkan nutrisi yang kita perlukan.

2. Nutrisi Rosak kerana haba

Kita memasak makanan setiap hari. Tahu tak, setiap kali kita masak tu, kandungan nutrisi dalam makanan kita tu akan rosak dan mati kerana haba masakan kita.

Masa kita makan tu, kita pun tak pasti berapa banyak lagi kandungan nutrisi yang masih ada dalam makanan tu.

Jadi, penyelesaiannya adalah vitamin. Vitamin boleh bantu untuk top-up dan cukupkan nutrisi yang hilang tu.

3. Tanah Tidak Berkualiti

Tanah yang kita gunakan untuk menanam tanaman kita tidak cukup nutrisinya. Mungkin kerana pencemaran, mungkin kerana racun serangga dan baja kimia, semua itu boleh menyebabkan tanah tidak berkualiti.

Bila tanah tak berkualiti, tanaman pun tidak dapat nak menyerap nutrisi dari tanah untuk membesar dengan baik.

4. Penggunaan Baja Dan Racun Serangga

Racun serangga dan baja boleh buat tanaman kita tidak cukup nutrisi. Ye la, dah ada racun, mana nak ada nutrisi kan? Buat bahaya pada badan kita ada la.

Sebab tu ramai yang pilih tanaman organik yang tak guna racun serangga dan baha kimia. Tapi, tu la, tanaman organik mahal sikit la kan.

.

Syu yakin kita memang makan makanan yang berkhasiat, tapi, makanan yang berkhasiat pun tidak cukup nutrisi yang badan kita perlukan setiap hari. Sebab itulah kita perlukan suplement dan vitamin.

Jangan ingat kita sihat, kita tak perlukan vitamin ye. Sekarang mungkin sihat, tapi masa depan kita tak pasti kan? Jadi, penggunaan suplement ini akan bantu untuk mengelakkan kita dari penyakit, terutamanya penyakit berbahaya dan penyakit kronik.

Syu sarankan untuk semua, makanlah suplement dan vitamin. Ia bukan untuk sekarang, tapi ia untuk masa depan dan masa tua kita yang sihat dan bertenaga.

Love,

Syu Amir

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.