Business Opportunity

Kenapa Online Bisnes Lebih Digemari Sekarang?

Kelebihan Online Bisnes Sebagai Medium Jana Pendapatan

Ramai di kalangan kita yang buat bisnes sekarang, tak kiralah sepen+uh masa ataupun separuh masa. Ada antara peniaga sudah pun ada kerja tetap dan dapat gaji setiap bulan, tapi mt+.*         aih melakukan bisnes sampingan juga. Ini semua disebabkan kos sara hidup yang kian meningkat sekarang ini. Dulu, RM 100 boleh dapat barang rumah penuh satu trolley, tapi sekarang RM 100 separuh trolley pun tak sampai. Cumanya, ramai pilih Online Bisnes ataupun Bisnes Atas Talian. Apa yang bagusnya Online Bisnes nie sebenarnya?

Kelebihan Bisnes Atas Talian

Sekarang ini, telah terlalu ramai peniaga online. Tak kiralah jual apa pun, semuanya secara atas talian sahaja. Mudah kan? Tapi, kenapa online yang menjadi pilihan?

  1. Tidak Memerlukan Kedai Fizikal

Kedai fizikal mahal sewa sekarang ini. Lagi-lagi kalau nakkan kedai yang strategik tempatnya, kena sediakan duit sewa. Makan ribuan ringgit tau untuk dapatkan lokasi kedai yang ideal.

Berlainan pula dengan kedai online. Tak perlukan kedai fizikal pun. Rumah sendiri pun boleh jadi kedai, asalkan ada tempat nak simpan stok. Kalau nak simpan stok la.

Nak lagi best? Ada bisnes tak payah pegang stok tau. Bila customer nak beli, kita order dari website je. HQ yang akan pos. Kan senang kerja kita. Tak perlu ke pejabat pos beratur nak pos barang.

2. Kos Lebih Murah

Dengan buat bisnes online, kita jimat banyak sangat, terutamanya sewa kedai. Bila kita tiada kedai, sewa tak perlu bayar, bil-bil tak perlu bayar, gaji pekerja tak perlu bayar.

Cuba bayangkan kalau kita ada buat bisnes di premis perniagaan? Bayangkan betapa banyak kos yang perlu dikeluarkan.

3. Kita Bos, Kita Kuli

Bila buat bisnes online, maknanya kita bekerja sendiri. Ikut masa kita sensiri. Kitalah bos, kitalah kuli. Takde orang yang nak marah kita kalau kita tak buat kerja-kerja bisnes kita.

Tapi, kalau bukan kita yang gerakkan bisnes kita sendiri, siapa yang akan buat, betul tak? Nak duit masuk, wajiblah uruskan bisnes mengikut jadual yang kita dah tetapkan.

4. Tak memerlukan Pekerja

Online Bisnes boleh dilakukan oleh kita sendiri. Tak perlulah sampai nak gajikan orang untuk buat bisnes bagi pihak kita. Kan jimat duit, betul tak?

5. Dropship Style

Ada sesetengah preniagaan online, mereka tak simpan stok pun sebab mereka jual barang orang lain. Mereka dapat komisyen dari setiap jualan yang mereka buat. Tak perlu simpan stok, tak perlu pos barang. Tapi, duit masih masuk dalam akaun.

6. Sistem Online

Bila ada sistem online, ia menjadikan bisnes atas talian kita lebih menyenangkan diri kita. Kenapa? Sebab kita boleh order dari sistem sahaja. Kita cuma perlu buka website, buat order serta pembayaran sahaja dan barang akan dipos terus ke alamat yang diberi.

7. Fleksibel

Ini point yang paling penting. Fleksibiliti. Online bisnes adalah fleksibel. Kita boleh buat di mana-mana, pada bila-bila masa. Even masa kita bercuti pun, bisnes boleh jalan, duit boleh masuk tau. Macam mana nak pastikan bisnes berjalan walaupun kita sedang travel? Nanti Syu kongsikan ye.

Kalau kita bekerja, kita masih boleh buat bisnes atas talian pada waktu malam. Lepas anak-anak tidur dan selepas selesai urusan rumah dan kerja, kita boleh uruskan bisnes kita pula.

Ini adalah sebab-sebab kenapa bisnes online lebih digemari ramai. Memang banyak kebaikan dan kelebihannya. Inilah juga sebab-sebab kenapa Syu memilih bisnes atas talian yang amat mudah dan rendah modalnya.

Walaupun Syu bekerja, tapi Syu amat enjoy buat bisnes tolong orang ini. Orang lebih sihat, Syu gembira sangat. Itulah tujuan utama Syu buat bisnes Shaklee ini. Syu nak bantu meningkatkan kesihatan sesiapa sahaja yang memerlukannya.

Nak join Syu berbisnes tolong orang ini? Boleh PM tepi ye.

 

Love,

Syu Amir

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge