Business Opportunity · my life

Kebaikan Blog Yang Ramai Tahu Tapi Tak Nak Buat

Kebaikan Blog Yang Wajib Kita Tahu

Petang tadi, Syu tetiba dapat fb message dari seorang kawan lama di MRSM Serting dulu. Terkejut Syu sebab memang tak pernah berhubung pun sejak keluar sekolah.

Beliau nak belikan Vivix untuk isteri tersayang yang baru lepas bersalin czer. Beliau tidak bertanya apa-apa pun pasal vivix tetapi beliau terus nak belinya.

Orang zaman teknologi nie semuanya pandai-pandai. Nak cari penyelesaian, mereka akan baca dulu di macam-macam blog untuk pilih mana yang sesuai. Syu yakin beliau dah yakin dengan kebaikan Vivix sebab tu beliau sanggup membeli tanpa banyak soal.

Korang tahu tak, inilah kebaikan menulis blog yang kita tahu tapi tak nak buat. Macam-macam alasan kita bagi untuk tidak menulis blog.

Kebaikan Menulis Blog

1. Orang Mudah Membeli

Bila kita nak cari sesuatu, kita memang akan google dulu kan. Kita cari apa yang sesuai dan kita baca mengenainya.

Bila kita yakin, kita memang akan membeli tanpa banyak tanya tak kiralah berapa harganya.

2. Kepercayaan

Pembaca kita akan percayakan kita, sebab oru mereka boleh membeli dengan kita. Pada mereka, apa yang kita tulis mempunyai kaitan dengan hidup mereka. Ia bagai kan kita memahami situasi mereka yang mencabar itu.

Yang paling penting, mereka percaya sebab kita mampu memberi penyelesaian kepada masalah mereka.

3. Memberi maklumat Yang Pembeli Cari

Setiap entry blog kita mestilah bermanfaat unuk para pembaca dan prospek. Mereka yakin untuk membeli dengan kita apabila maklumat yang kita beri itu benar-benar belaka 😍

Orang yang percaya kepada maklumat kita akan percaya untuk membeli produk kita.

.

Jadi, kita sebagai blogger haruslah sentiasa menulis maklumat yang dicari-cari oleh pembaca. Kita lah yang kena upgrade ilmu setiap masa untuk menulisnya di dalam blog. Kita tak tahu bila orang akan memerlukannya.

Bila sekali blog kita dah dikenali ramai, lebih ramai pembeli kita. Masa tu memang tak senang duduk la asyik menguruskan order sahaja. Best kan?

Jadi, sekarang ini adalah masa untuk membaja pokok (blog) kita. Ia mengambil masa tetapi bila sampai masa kita tuainya, memang akan sentiasa berbuah. Itu adalah masa paling manis buat kita kerana segala susah payah kita telah terbalas.

Jangan mudah menyerah kalah dan putus asa untuk menulis blog. Blog kta bakal menjadi income 6 angka kita di masa depan ♥️♥️♥️

Love,

Syu Amir (1139539)

Proud Founder of MDAEmpire

0192198621

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge