Business Opportunity

Jana Pendapatan Jangka Panjang Dengan Blog

Buat Duit Dengan Blog

Apabila kita melakukan sesuatu perniagaan, kita akan menggunakan pelbagai medium seperti facebook, instagram dan blog. Blog adalah salah satu medium yang sangat bagus untuk kita menjana pendapatan jangka panjang. Bila blog kita dah stabil, kita mampu untuk mendapat sale walaupun sedang bercuti dengan keluarga. Best kan?

Tetapi, untuk menjadikan blog kita stabil seterusnya menjadikannya lubuk duit kita, ada beberapa perkara yang perlu kita lakukan.

1. Update blog setiap hari

Blog kita perlu mempunyai entry baru setiap hari, dan entry kita tu perlulah dikongsi dengan orang ramai supaya ramai yang baca blog kita.

Bila ramai visitors singgah baca blog kita, senanglah entry yang kita tulis itu mendapat tempat di page pertama google, betul tak?

Kenapa perlu berada di tempat pertama google?

Sebab orang ramai akan baca senarai pilihan dari page pertama je. Kalau entry kita berada di page 2 dan seterusnya, kemungkinan besar memang orang tak baca pun.

2. Study kandungan entry

Setiap kandungan entry mestilah yang berkualiti. Jangan main tulis sahaja tanpa membuat draft terlebih dahulu.

Bila kandungan entry berkualiti, barulah orang akan suka untuk melawat blog kita. Mereka akan tertunggu-tunggu entry blog kita yang baru.

3. Kongsikan ke media sosial

Untuk permulaan, kita memang perlu bekerja keras sebab orang tak kenal lagi blog kita. Kita mesti buat orang kenal dan ingat blog kita sampai bila-bila.

Cara nak orang kenal?

a. Kongsikan ke media sosial seperti facebook. Dalam facebook ada macam-macam group kan, jadi kongsilah link entry anda di sana. Sesiapa yang berminat mesti akan klik link tersebut.

b. Google +

Google + adalah satu medium untuk google kenal blog kita. Lagi banyak kita kongsikan ke google, lagi cepat entry kita boleh berada di muka hadapan search engine google.

.

Apabila kita konsisten dan bersabar update entry sentiap hari, kita secara tak langsung mengumpul followers yang sentiasa membaca bacaan kita di blog. Dan followers-followers ini adalah potential buyer kita.

Mereka yang sudah percaya apa yang kita tulis akan percaya untuk membeli apa-apa yang kita jual. Sebab apa yang kita tulis itu adalah perkara yang betul dan bukan yang direka-reka. Sebab itulah kita menulis menggunakan hati supaya ianya sampai ke hati para pembaca.

.

Untuk menjana pendapatan dari blog ini mengambil masa, tetapi ia akan memberi pulangan yang sangat besar. Jadi, janganlah putus asa dalam mengupdate blog setiap hari. Bagilah masa 6 bulan untuk blog kita berkembang dan dikenali ramai. In sya Allah, selepas 6 bulan, ia akan mula menuai hasilnya.

Faham ke?

Jadi, jomlah mulakan penulisan blog untuk jana pendapatan lumayan. Ia memang sangat-sangat berbaloi.

Tak tahu nak mula?

Hubungi Syu untuk Syu guide. Tapi, ada syaratnya la. Kalau nak tahu, kita sembang tepi ye.

Good luck all in maximizing your blog to earn millions!!

Love,

Syu Amir (1139539)

Proud Founder of MDAEmpire

0192198621

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge