my life

Impian Seorang Ummi Buat Anak-anaknya

Harapan Seorang ibu demi masa depan anak-anak

Setiap orang mesti ada impian kan? Impian itu yang akan buat kita semua berada di alam yang nyata sebab kita akan berusaha sedaya-upaya untuk mencapai impian kita itu. Tak salah untuk kita berimpian dan berangan-angan untuk mendapatkan sesuatu, tapi bila kita tak berusaha dan mengharapkan ia datang bergolek, itu yang salah. Setuju?

Syu cumalah seorang ibu yang bekerja sebagai sorang guru dan seorang isteri kepada doktor yang sibuk. Kami pergi kerja pagi-pagi, balik pun dah lewat petang. Memang kurang sangat masa bersama keluarga. Syu selalu rasa bersalah pada anak-anak sebab tidak banyak masa yang Syu luangkan bersama mereka. Masa yang ada cumalah beberapa jam sebelum mereka tidur. Sedih bila fikirkan, tapi itulah pengorbanan yang terpaksa dilakukan demi anak-anak. Mesti mak-mak di luar sana pun ramai yang macam Syu kan?

Sebabkan kekangan masa dengan anak inilah yang membuatkan Syu teringin sangat jadi WAHM yang mempunyai bisnes sendiri supaya Syu dapat membesarkan anak sendiri, dapat tengok mereka membesar depan mata Syu sendiri, dan yang paling penting, dapat masa yang berkualiti dengan anak-anak.

Kenapa Bisnes Yang Menjadi Pilihan Syu?

1. Time Freedom

Syu buat bisnes sendiri sebab Syu nakkan ‘time freedom’. Syu boleh plan masa Syu sendiri, apa nak buat sepanjang hari. Yang penting, Syu sendiri yang akan susun jadual harian Syu.

Ini adalah angan-angan terbesar Syu. Syu nak masa bersama anak-anak. Syu nak masa menguruskan keluarga dengan baik. Syu nak hantar anak dan ambil anak dari sekolah. Banyak yang Syu nakkan, tapi bila bekerja, itu semua terbatas. Dengan menjadi businesswoman, Syu harap yang Syu akan dapat buat semuanya sendiri.

2. Target

Bila Syu ada bisnes sendiri ini, Syu boleh target berapa income yang Syu nak. Lagi tinggi impian, lagi tinggi income kita perlukan dan lagi tinggi komitment kita pada bisnes kita. Bila kita nampak apa yang kita nak, kita akan sentiasa produktif dan bersemangat untuk melaksanakan plan-plan kita tu.

3. Membantu Orang Lain

Bisnes Shaklee bukanlah setakat nak dapat income tinggi je, tapi dengan bisnes Shaklee inilah Syu mampu untuk membantu orang lain, sama ada bantu untuk dapat kesihatan yang lebih baik ataupun bantu untuk mereka jana pendapatan dengan Shaklee juga. Impian Syu adalah untuk melihat lebih ramai orang yang berjaya membantu meringankan beban keluarga dari segi kewangan dan Syu nak sangat tengok semua orang dapat mencapai impian mereka. Amin.

4. Mencapai Impian

Nak capai impian kita memang perlukan duit. Kalau takde duit, macam mana nak beli barang-barang anak, macam mana nak bawa keluarga pergi bercuti, dan lain-lain impian kita kan? Jadi, nak tak nak, kita memang perlu ada duit. Bila kita ada duit, kita mempunyai pilihan untuk buat apa yang kita suka. Bukan untuk riak ataupun berlagak, tapi untuk kepuasan hati sendiri je.

Inilah sebab Syu bina empayar Shaklee. Syu nampak potensi yang amat tinggi untuk capai impian Syu dan juga bantu orang lain mencapai impian mereka juga.

Adik-adik yang baru habis belajar, kakak-kakak yang duduk di rumah, mahupun sesiapa sahaja yang nak tambah pendapatan, jom join Syu buat bisnes Shaklee. Kita plan sama-sama dan capai impian sama-sama. Sekurang-kurangnya, dapat bantu kewangan keluarga pun ok la kan? Siapa nak, hubungi Syu cecepat ye. Lagi cepat serah diri, lagi cepat kita mula jana pendapatan 🙂

 

 

2 thoughts on “Impian Seorang Ummi Buat Anak-anaknya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge