Produk · Set Kecantikan

Homemade Masker Untuk Cerahkan Dan Licinkan Kulit

Masker Buatan Sendiri Yang Boleh Jadikan Kulit Kita Cerah Dan Licin

Setiap malam, ramai antara kita yang akan pakai masker sebelum tidur, betul tak? Ye la, semua pun nak kulit cantik dan tegang bila bangun tidur kan? Ala, Syu tahu la, memang lumrah kita perempuan nakkan kulit cantik berseri sentiasa. Tapi, tak mahal ke nak beli masker? Dari beli masker, baiklah kita buat je masker sendiri. Jimat duit.

Syu suka buat beberapa jenis masker dulu. Tapi, masa muda-muda dulu la. Sekarang nie, dah ada Youth Skincare dan Suplement Set Kecantikan Shaklee, Syu dah jarang buat masker nie. Suplement dan Skincare Shaklee ini dah sangat membantu untuk buat kulit Syu cantik dalaman dan luaran. chewah…

Homemade Masker, senang je nak buat!

Masker yang paling senang adalah berasaskan yogurt. Yogurt bukan untuk makan je, buat masker pun best sangat.

1. Yogurt dan jus lemon

Campuran ini adalah bagus untuk membantu buat kita awet muda selalu.

Campurkan jus lemon dengan sesudu yogurt dan sapukan pada kulit muka kita. Bolehlah amalkan 3-4 kali seminggu sehingga kita nampak kesan yang kita mahukan.

2. Yogurt, kunyit dan madu

Tona kulit muka tak sekata? Buatlah masker ini untuk dapatkan tona yang lebih sekata.

Campurkan satu sudu kunyit, satu sudu yogurt, dan sesudu madu. Gaulkan dan sapukan pada muka kita. Biarkan seketika dan bilaslah dengan air suam.

3. Yogurt dan timun

Timun amat bagus untuk melembabkan kulit. So, siapa yang mempunyai kulit kering, bolehlah apply masker ini selalu ye.

Ambil yogurt dan timun dan blendkan sehingga halus. Sapukan ke muka dan biarkan seketika. Bilas dengan air suam dan lap kering.

.

Selain dari yogurt, ada banyak lagi bahan yang kita boleh guna untuk buat masker di rumah.

4. Putih telur dan lemon

Putih telur akan melembabkan kulit kita dan juga menjadikan kulit kita bertambah cerah. Lemon pula boleh bersihkan liang pori agar lebih bersih.

Ambil putih telur dan 1/4 biji jus lemon dan campurkan. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Kemudian bilas dengan air suam.

5. Air beras

Air beras sangat terkenal dalam mencerahkan muka dan membuang sel-sel kulit mati. Cara nak buat pun senang je.

Rendam secawan beras dengan air selama sejam dan ambil airnya. Ambil kapas muka dan rendam dalam air beras tersebut. Tepekkan atas muka sehingga menutupi seluruh muka kita. Biarkan selama setengah jam dan bilas.

6. Avocado, Madu dan Yogurt

Avocado kaya dengan omega 3, omega 6, vitamin A, vitamin E, dan kalium. Omega 3 dan 6 membantu untuk mengurangkan keradangan dan Vitamin A dan E adalah penting untuk melambatkan penuaan kerana tinggi antioksidannya. Jadi, gabungan ini akan buat kulit kusam kita kembali berseri-seri.

Cara buat pun senang je. Campurkan 1/4 avocado, satu sudu madu dan 2 sudu yogurt asli dan sapukan pada muka kita. biarkan selama 15-20 minit dan bilas dengan air suam.

.

Tapi, sejak dah ada suplement Set Kecantikan dan Youth Skincare dari Shaklee ini, Syu buat masker pun guna vitamin Shaklee je. Lagi senang. Sambil makan suplement, sambil tu boleh juga buat masker.

Dalam set kecantikan ini, ada ESP, Vitamin C, dan Vitamin E. Semua nie boleh buat masker. Selain itu, Syu guna juga Youth Skincare. Toner Youth pun boleh guna untuk buat masker juga. Kulit memang rasa best sangat lepas buat masker dari vitamin-vitamin semulajadi ini.

7. Masker ESP

ESP adalah sumber protein terbaik dan kulit kita memerlukan protein untuk pemulihan dan pembaharuan sel.

Ambil sesudu ESP dan campur dengan air. Buat pes jangan terlalu cair dan sapukan pada muka. Biarkan seketika dan bilas.

8. Masker ESP + Toner Youth

Boleh juga campurkan sesudu ESP dengan toner Youth. Sapukan pada muka dan bilas selepas 15 minit.

Lembut je rasa kulit lepas buat masker dengan toner Youth. Maklumlah, toner Youth kan bagus untuk melembabkan kulit dan juga buang sel-sel kulit mati. Sebab tu la lembut je rasa kulit kita.

9. Vitamin C

Vitamin C Shaklee pun boleh buat masker, terutamanya bila muka kita banyak parut jerawat.

Hancurkan sebiji Vitamin C dan campurkan dengan sedikit air. Tepek pada muka dan biarkan selama 15-20 minit. Bilas dengan air suam.

Vitamin C bagus untuk mempercepatkan pembaikan sel, jadi cepatlah sel kulit kita yang rosak berganti kepada sel yang lebih sihat.

10. Vitamin E

Vitamin E Shaklee berbentuk minyak di dalam soft gel. Syu biasa cucuk sedikit vitamin E tu dan picit keluar untuk sapu pada muka kita.

Vitamin E bagus untuk kecutkan jerawat dan juga menegangkan kulit kita. hmm…pegang muka best je.

.

Asbab buat masker selalu, kulit muka kita bertambah licin dan cerah. Jadi, kerapkanlah buat masker sebelum tidur ye. Tak perlulah buat semua. Pilihlah mana yang sesuai dengan muka kita. Pilihlah bahan mana yang kita minat.

Kalau nak buat masker gunakan suplement dan skincare Youth Shaklee, boleh whatssap Syu untuk dapatkannya ye. Bukan setakat kulit luar je yang cantik, organ dalaman kita pun akan cantik sekali.

Hubungi Syu di 0192198621 untuk dapatkan set kulit cantik anda hari ini juga.

Kita berhak cantik!

.

Disclaimer: Produk Shaklee adalah vitamin, bukannya ubat. Walaupun ia terbukti secara saintifik menyihatkan badan, ia tidak berfungsi untuk merawat, menyembuhkan atau memulihkan penyakit kritikal.

Love,

Syu Amir

Pengedar Sah Shaklee JB dan Singapore

Founder Diamonds Legacy

0192198621

COD: Skudai, UTM, Pekan Nanas, Bukit Indah, Tampoi Dan Sekitar JB

Pick-up point: Aeon Bukit Indah, JB / Paradigm Mall, Tampoi

Pos Ke Seluruh Malaysia dan Luar Negara (T&C apply)

2 thoughts on “Homemade Masker Untuk Cerahkan Dan Licinkan Kulit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.