Detoks · Produk

[Detox Journey] Kenapa Orang Takut Nak Berdetox?

Kenapa Orang Takut Nak Berdetox?

Dah dua hari Syu berdetox. Hari kedua makan sup sayur sepanjang hari. Sarapan sup sayur, tengah hari sup sayur, dan makan malam pun sup sayur juga. Dan tak ketinggalan juga setiap kali makan sebanyak 6 kali sehari tu mesti ada buah-buahan.

Cuba bayangkan makan buah 6 kali sehari. Memang mengenyangkan. Sup tu pun dah kenyang, tambah dengan buah, rasa kenyang tu macam makan nasi. Yang bezanya kenyang masa detox kalori rendah, dan kenyangnya lama. Kalau makan nasi, kalorinya tinggi tapi cepat je rasa lapar semula.

Dan, alhamdulillah, sistem penghadaman Syu bertambah baik. Mudah membuang, dan terasa perut makin kempis. Inilah bagusnya berdetox. Dengan makanan yang diambil semasa detox, ia membantu membersihkan usus kita dan melancarkan sistem pembuangan kita. Bila usus bersih, mudahlah zat dan vitamin untuk diserap oleh badan kita. Sebab tu la, badan kita makin sihat dan cantik.

.

Tapi, ada yang cakap dengan Syu “takutlah nak buat detox nie. Takut nak makan sayur-sayuran. Tak boleh la tak makan nasi setiap hari.”

Ada juga yang cakap “Tahan ke makan sayur je? Tak pening ke?”

Syu tahu dan Syu yakin ramai yang ragu-ragu nak mulakan detox. Ramai yang tak yakin nak buat detox nie.

Kenapa Ramai Yang Takut Nak Buat Detox?

1. Mindset

Mindset kita tak bersedia untuk berubah. Kita takut nak mulakan sesuatu yang baru walaupun kita tahu kesan detox nie amat bagus buat badan dan juga kehidupan kita.

Kita dah biasa dengan kehidupan kita yang sekarang, sehinggakan kita rasa selesa. Kita tak nak keluar dari zon selesa nie. Bila kita dah selesa, minda kita takkan fikir mengenai perubahan yang sepatutnya dibuat. Kita nak kekal pada keadaan sekarang.

Lagi satu, orang selalu fikir yang detox sama macam diet, tak boleh makan, kena berlapar. Tahu tak, detox nie amat kenyang tau walaupun makan sayur.

2. Tak Nak Tinggalkan Gaya Hidup Sekarang

Ada juga orang tak nak buat detox sebab tak nak tinggalkan gaya hidup sekarang padahal gaya hidup sekarang bukanlah gaya hidup yang sihat pun.

Kita suka makan fast food, kita suka minum air gas, air teh tarik pekat, kita suka berlingkar di rumah tak buat apa-apa. Kalau buat detox, kena ubah pemakanan. Tak boleh makan fast food, tak boleh ambil benda manis lagi. Kalau berdetox, kena mulakan senaman.

Mereka tak nak bersusah payah semata-mata untuk tukar kepada gaya hidup yang lebih sihat.

3. Malas

Ramai je yang malas nak detox. Ye la, nak detox kena masak sendiri, tak boleh makan di kedai. Kan ke ambil masa nak masak sendiri?

Lepas tu, makan sayur pula tu. Tak nak la, betul tak?

Bila dah malas, detox memang takkan jadi pilihan hati.

4. Takut Dengan Gaya Hidup Baru

Kita dah biasa lepak dengan kawan-kawan sambil minum teh. Mengeteh orang kata. Tapi, kalau dah detox, macam mana nak lepas dengan kawan? Nak minum apa kan?

Takkan nak order sup sayur je?

5. Tak Yakin Dengan Detox

Orang tak yakin yang detox mampu beri kesihatan yang lebih baik. Orang tak yakin yang detox akan buat kita lebih cantik. Orang tak yakin yang detox mampu buat badan kita lebih bertenaga.

Dah tak yakin, memang kita takkan buat punya.

Sebelum buat, kita kena yakin dulu yang detox nie mampu memberi kehidupan baru yang lebih baik buat kita. Barulah kita takkan rasa terpaksa buat detox nie. Barulah kita akan gembira berdetox.

.

Jad, jomlah kita tukar mindset kita dan tanggapan kita terhadap detox ini. Tukarlah mindset kita dan berilah peluang kepada diri kita untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Bila badan kita dah bertenaga dan fit nanti, kita juga yang akan gembira kan? So, Bukalah minda dan cubalah dulu sekali berdetox cara Shaklee ini.

Syu yakin anda pasti akan gembira bila badan makin sihat, badan makin kurus, dan kulit makin cantik. Sure happy bila stamina meningkat sampai lari 4 round padang bola pun takde rasa pancit tengah jalan.

Itulah tujuan detox yang sebenar. Badan sihat dan fit untuk beraktiviti 🙂

Untuk yang nak mula berdetox, jom la buat sekali bersama Syu. Hubungi Syu di 0192198621 untuk sebarang pertanyaan dan guidance ye.

.

Love,

Syu Amir

Pengedar Sah Shaklee JB dan Singapore

Founder Diamonds Legacy

0192198621

COD: Skudai, UTM, Pekan Nanas, Bukit Indah, Tampoi Dan Sekitar JB

Pick-up point: Aeon Bukit Indah, JB / Paradigm Mall, Tampoi

Pos Ke Seluruh Malaysia dan Luar Negara (T&C apply)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.