Detoks · Produk

[Detox Journey] Hari Pertama Sangat Berjaya!

Day 1: Detox Berjaya Buat Hari Ini!

Alhamdulillah, hari pertama berjalan lancar walaupun kena makan sayur mentah. Sebab tak biasa makan, jadi Syu lambat la sikit nak telannya, tapi alhamdulillah boleh.

Sepanjang hari, makan 6 kali sehari. 3 menu berat (sarapan, makan tengah hari, makan malam) dan juga 3 snack (minum pagi, minum petang, dan minum lewat malam).

Syu ingatkan Syu akan lapar sebab tak dapat makan nasi (ye la, kita dah biasa makan nasi setiap hari kan), tapi makan sayur dan buah serta air yang mencukupi, memang kenyang rupanya. Tak tipu.

Tambah pula dengan suplement lengkap detoks Shaklee dan juga Vivix, proses pembuangan amat lancar dan dapat rasa yang toksin, kotoran dan lemak berlebihan mula keluar melalui najis. Tengok sendiri warna najis pun kita boleh tahu (jangan muntah hijau eh)…hehehe…

Badan Syu memang rasa ringan je walaupun baru sehari berdetox (ada 6 hari lagi nie). Dan yang best, pagi hari kedua, syu timbang berat. Saja je gatal nak tengok. Terkejut Syu, ada penurunan berat badan tau dalam sehari berdetox ini. Syu turun hampir 1kg dalam sehari ini. Percayalah, betul. Syu tak tipu.

Syu dah mula dapat kawal dari mengambil makanan yang tak sihat. Syu suap anak makan, tapi Syu tak terliur pun nak makan sekali. Kalau dulu, apa yang anak makan, tak kiralah keropok ke, air gas ke, mesti Syu pun join sekali.

Nampaknya azam nak turun 5 kg bakal menjadi kenyataan nie bila Syu sambung dengan gaya pemakanan suku-suku-separuh lepas ini. Ameen!

.

Jadi, bagi sesiapa yang nak sihat dan lebih bertenaga, plus nak kurus juga, mulakan dengan detox badan dulu. Buang dulu segala toksin yang ada dalam badan kita, baru mula diet secara sihat. Banyak sangat kebaikan detoks nie tau.

Kenapa detox dulu?

– proses penyingkiran toksin

kita berdetox untuk buang toksin yang menyebabkan pelbagai masalah dalam badan kita seperti sembelit, bau badan busuk, imun sistem rendah, dan macam-macam lagi.

Bila toksin dah berkurang, badan akan lebih bertenaga, kulit akan lebih cantik, dan in sya Allah penyakit kita akan berkurang.

– Elakkan diet yo-yo

Bila kita diet sebab nak kurus semata-mata, kita akan kurangkan makan. Sebenarnya itu adalah salah sebab bila kurang makan, badan kita alan kekurangan nutrisi yang diperlukan. Tak sihat cara macam tu.

Selain itu, bila diet maxam tu, kita sebenarnya memendakkan lemak kita, bukannya menyingkirkan lemak tersebut. Sebab tu kita nampak kurus selagi kita berdiet. Tapi, bila kita dah tak diet, lemak tu akan keluar semula dan pada masa itu, berat kitaalan bertambah dengan mendadak, lebih berat dari sebelum berdiet.

– reset cara badan kita terima makanan

Bila badan kita dah biasa dengan makanan yang tidak berkhasiat, yang berlak dan berminyak seta manis, itu sahaja yang badan kitaalan cari. Badan kita alan cari makanan sebegini untuk kenyangkan perut kita.

Jadi, dengan detox, badan kita sebenarnya reset balik cara kita pilih makanan. Bila kita mula amalkan sayur dan buah seta makanan yang berkhasiat, lidah kita akan sentiasa inginkan makanan yang berkhasiat sahaja. Makanan yang manis dan berlemak/berminyak mesti badan kita akan tolak.

So, untuk memulakan gaya pemakanan sihat yang kekal berpanjangan, mulakanlah dengan detox badan kita.

.

Bagi sesiapa yang nak mulakan detox ‘the shaklee way’, hubungi Syu cepat-cepat ye. Meal plan semua dah disediakan oleh Shaklee. Kita ikut je.

Kita sihatkan diri kita dan kembalikan tenaga badan kita. Kita nak fit, itu yang utama.

Doakan Syu berjaya harungi proses detoks selama 7 hari ini ye.

.

Disclaimer: Produk Shaklee adalah vitamin, bukannya ubat. Walaupun ia terbukti secara saintifik menyihatkan badan, ia tidak berfungsi untuk merawat, menyembuhkan atau memulihkan penyakit kritikal.

Love,

Syu Amir

Pengedar Sah Shaklee JB dan Singapore

Founder Diamonds Legacy

0192198621

COD: Skudai, UTM, Pekan Nanas, Bukit Indah, Tampoi Dan Sekitar JB

Pick-up point: Aeon Bukit Indah, JB / Paradigm Mall, Tampoi

Pos Ke Seluruh Malaysia dan Luar Negara (T&C apply)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.