Detoks · Produk

[Day 3 Detox Journey] Side Effects Mengejutkan Dari Berdetox. Wajib Baca!

Side Effects Dari Berdetox. Jangan Baca Kalau Tak Sanggup Hadapinya!

Syu dah masuk hari ke 3 berdetox cara Shaklee ini. Sejujurnya, Syu ada rasa tak boleh nak telan dah sayur-sayuran mentah nie. Seriously! Benda nie biasa akan berlaku pada kita yang nak mulakan sesuatu yang baru kan?

Tapi, bila Syu sendiri rasa yang perut makin kempis dan juga Syu kerap membuang air kecil dan air besar, (ini menunjukkan toksin banyak disingkirkan tau) Syu teruskan juga makan. Sebab Syu tahu badan Syu sedang dibersihkan dari segala kekotoran dan sisa-sisa yang tak berguna dalam badan. Bila Syu tahu ianya adalah untuk kebaikan badan Syu sendiri, Syu nekad untuk teruskan.

Banyak yang Syu belajar dalam 3 hari ini. Syu belajar yang semangat dan sokongan itu amat penting. Sebab Syu ada group yang buat detox bersama-sama nie, Syu rasa nak teruskan juga walaupun rasa nak give up tengah jalan. Sokongan ahli group sangat membantu Syu untuk habiskan detox 7 hari ini.

Selain dari support, Syu dapat macam-macam idea masakan dari gambar yang orang lain share kan dalam group. Setiap orang ada idea masing-masing, dan setiap idea tu semuanya kreatif-kreatif. So, kalau Syu takde idea nak sediakan apa, Syu tiru je idea orang lain.

Dan yang paling penting, Syu boleh tanya macam-macam dalam group detox tu. Semua orang sangat membantu untuk menjawab soalan Syu. Kita takkan rasa keseorangan tau bila kita buat detox nie beramai-ramai. Kalau buat sorang-sorang, Syu tak sure la Syu dapat habiskan ke tidak 7 hari program detox nie. hehe…

.

Semua orang mempunyai toksin dalam badan, sebab tu la ada masa kita rasa lemah je, tak bersemangat je, rasa nak marah je. Semua tu adalah sebab toksin dah mula bermaharajalela dalam badan kita. Kalau kita tak singkitkan, makin lama kita akan makin lemah, kita akan terus-terusan jadi pemarah, kita akan selalu rasa down. Jadi, untuk reset balik badan kita dan minda kita, buat detox adalah salah satu cara yang berkesan.

Tau tak detox nie banyak side-effects yang boleh mengejutkan kita tau. Jangan heart attack sudah la ye. Kalau dah tahu side effects nie, mesti tak sabar-sabar nak dapat side effects seterusnya. Betul, Syu tak tipu!

Side Effects Dari Berdetox

1. Kulit Makin Cantik

Toksin dalam badan menyebabkan sel-sel badan kita sakit> Bila sel tak sihat, susahlah pembaharuan sel nak berlaku, betul tak? Jadi, bila kita ada jerawat dan parut jerawat, tu yang susah nak hilang. Bila sel sakit, kulit kita pun mulalah nampak kedut-kedut dan garis halus.

Tapi, bila kita detox, toksin disingkirkan, sel kita akan cepat bertukar kepada sel-sel yang baru. Dengan cara nielah kulit kita nampak semakin cantik.

2. Berat turun

Dengan berdetox dan juga bersenam, lemak-lemak dalam badan kita akan disingkirkan juga dan diganti dengan otot yang lebih kuat.

Tapi, ada juga orang yang berat tak turun, tapi baju-baju lama yang tersimpan dalam almari tu semua dah boleh pakai semula. Inch loss banyak dan badan semakin kecil pun best juga kan?

3. Bertenaga

Bila badan dah ringan sebab toksin dan lemak dah disingkirkan, badan kita akan lebih bertenaga untuk beraktiviti.

4. Kurang mengantuk

Ramai yang asyik mengantuk je kan? Ada juga yang tak boleh tidur malam dan tidur tak lena kan? Itu semua sebab toksin.

So, buang toksin akan dapat mengembalikan pattern tidur yang elok. Takde lagi mengantuk semasa bekerja.

5. Kurang sakit

Toksin akan menyebabkan sistem imun kita rendah sebab sel-sel kita dirosakkan oleh toksin. Sebab itu kita selalu sakit. Dengan berdetox, kita boleh meningkatkan sistem imun kita semula, selakigus mengurangkan sakit.

6. Kurang craving makanan merapu

Kita dah biasa dengan gaya pemakanan kita yang tidak sihat seperti makan makanan yang tinggi lemak dan minyak, makanan makanan yang tinggi gula, dan suka sangat makan junk food dan fast food. Semua ini tak elok untuk badan kita, tapi bila lidah kita dah biasa dengan makanan sebegini, kita akan sentiasa mengidam nak makan makanan sebegini selalu.

Tapi, bila kita berdetox cara Shaklee, kita diajar untuk makan makanan yang berkhasiat seperti sayur dan buah. Kita reset kembali deria rasa kita untuk menerima makanan yang berkhasiat untuk badan. Secara tak langsung, kita akan tolak makanan yang tak berkhasiat untuk badan kita.

7. lebih lawas

Usus kita amat penting untuk sistem penghadaman kita berfungsi dengan baik. Tapi, bila usus kita kotor dan berkerak, kita akan mudah sembelit. Sakit kan bila selalu sembelit? Ada yang berhari-hari tak membuang, itu tak bagus untuk badan kita.

Jadi, detox membantu membersihkan usus agar lebih mudah untuk menyerap zat dan vitamin ke dalam badan.

.

Sebab itulah Syu gigih juga buat detox Shaklee selama 7 hari nie tau. Kalau bukan sebab side effects nie, Syu rasa Syu dah putus asa dah nak sambung. haha….

Jadi, bagi semua yang nak dapatkan side effects best nie, cepat-cepatlah detox badan ye. Jangan biarkan badan kita penuh toksin. Toksin boleh ‘bunuh’ kehidupan kita tau.

Hubungi Syu untuk dapatkan Set Detox Shaklee hari ini. Jom mulakan detox sekarang.

.

Disclaimer: Produk Shaklee adalah vitamin, bukannya ubat. Walaupun ia terbukti secara saintifik menyihatkan badan, ia tidak berfungsi untuk merawat, menyembuhkan atau memulihkan penyakit kritikal.

Love,

Syu Amir

Pengedar Sah Shaklee JB dan Singapore

Founder Diamonds Legacy

0192198621

COD: Skudai, UTM, Pekan Nanas, Bukit Indah, Tampoi Dan Sekitar JB

Pick-up point: Aeon Bukit Indah, JB / Paradigm Mall, Tampoi

Pos Ke Seluruh Malaysia dan Luar Negara (T&C apply)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.