my life

Dari Makan Sendiri Kepada Seorang Businesswoman Berjaya

Pengedar Shaklee Paling Komited Di Johor Bahru

Nama Noor Syuhada Amir Hassan. Lebih selesa dengan panggilan Syu. Seorang guru yang amat pentingkan kejayaan pelajar-pelajarnya di sekolah dan mahu tengok pelajar berjaya mencapai impian masing-masing. Itu memang impian Syu dari mula jadi cikgu.

Syu adalah seorang isteri kepada seorang doktor yang sibuk dan juga ummi kepada 4 orang anak yang amatlah bijak dan amat lasak. Kalau boleh semua aktiviti lasak di rumah nak buat. Kalau rumah bersih tu maknanya anak tiada di rumah ataupun mereka sedang tidur. hehe.

Syu hanyalah seorang ummi yang mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Kalau boleh semua impian anak Syu nak tunaikan. Tapi, untuk tunaikan impian anak-anak, kenalah ada duit dan simpanan yang tinggi, betul tak? Itulah permulaan kenapa Syu join Shaklee.

Detik Perkenalan Dengan Shaklee

Mula-mula, Syu berkenalan dengan Set Menyusu Shaklee, Syu memang dah jatuh cinta dengan Shaklee. Masa lahir anak ke-2, Syu memang berazam nak susukan Syifa’ hingga 2 tahun. Tapi, bila tengok stok susu sikit sangat, Syu mulalah panik. Macam mana nak cukupkan penyusuan sampai 2 tahun kalau mengepam pun sikit je dapat? Dah la Syu selalu outstation, walaupun kerja sebagai seorang cikgu.

Syu mulalah cari milk booster. Banyak yang Syu survey. Dari pil-pil, coklat-coklat menyusu, hinggalah ke bermacam-macam jenis air yang menjanjikan susu akan lebih meriah. Takkan nak cuba satu persatu kan? Membazir je nanti kalau tak serasi. Syu baca macam-macam blog dan testimoni pasal milk-boaster yang berjaya. Tapi, satu pun Syu tak tergerak nak beli.

Mungkin kerana Syu bukan hanya sekadar nak cari makanan tambahan untuk banyakkan susu sahaja. Kalau boleh Syu nak suplement yang boleh:

  1. bagi tenaga pada Syu sebab menyusukan anak secara direct dan juga mengepam susu semasa bekerja memang memenatkan badan.
  2. kurangkan sengal-sengal badan. Tiap malam bangun susukan anak pun lemah je.
  3. kurangkan mengantuk di tempat kerja sebab selalu sangat bangun malam untuk susukan anak.

Sampailah Syu terbaca pasal Set Penyusuan Shaklee. Masa tu baca, macam best je. Ramai yang susu meriah, badan pun tak sakit, malah kulit pun makin cantik. Syu baca banyak testimoni orang yang guna set penyusuan Shaklee. Lagi baca, lagi menarik Syu untuk beli. Akhirnya, mulalah terjebak dengan Shaklee 🙂 🙂

Alhamdulillah, dengan set penyusuan Shaklee, semua masalah Syu selesai. Susu meriah, sengal badan takde, badan bertenaga, dan yang paling best kulit pun makin cantik tau. Suka sangat.

  1. Lepas amalkan set penyusuan Shaklee ini, Syifa’ pun tidur makin lena, takde lagi meragam dan selalu bangun malam.
  2. stok susu dalam freezer mula penuh sampai dapat anak susuan seorang.

Inilah antara gambar-gambar testimoni Syu sendiri. Inilah hasil pam Syu setiap pagi.

                

Kenapa Shaklee dan bukannya milk booster lain?

Syu terkesan dengan Shaklee sebab Shaklee gunakan bahan semulajadi. Banyaknya adalah dari tumbuhan yang dijaga rapi sejak dari proses penanamannya lagi. Sampaikan nak diterima menjadi bahan dalam membuat suplement pun, kena lalui beratus-ratus ujian, hanya untuk pastikan ketulenan bahan tersebut.

Dan yang paling penting, Shaklee ada Landmark Study. Study yang dibuat oleh pihak ketiga dan Shaklee tak boleh nak sorokkan apa-apa pun keputusannya, walaupun keputusan tak bagus. Shaklee berani buat Landmark Study sebab mereka yakin produk mereka memang berkesan. Sebab tu la berani guna motto “always work, always green, always safe”. 

Dan sebab inilah Syu mula berjinak-jinak dengan bisnes Shaklee pula.

Pilihan Bijak Dengan Memilih Shaklee Sebagai Lubuk Buat Duit

Pada asalnya, Syu tak minat pun nak buat bisnes, walaupun bisnes Shaklee. Syu hanya suka amalkan je. Setiap bulan Syu beli barang Shaklee. Dari satu produk ke satu produk yang lain. Dan setiap bulan dapat bonus, walaupun sekadar 2-3 angka.

Bila tengok bonus Shaklee, rasa happy sangat. Jadi, Syu kongsikan di facebook. Ramai pula yang follow dan bertanya. Dan masa tu, banyak orang beli set penyusuan Shaklee dari Syu. Bertambah happy la bila bonus mula bertambah. Lepaslah nak beli stok susu dan pampers anak, dan sesekali dapat belanja keluarga makan di luar. Perasaan yang tak dapat nak digambarkan.

Syu ada banyak impian nak ditunaikan, impian Syu, impian anak dan juga impian keluarga. Pada Syu Shaklee mampu untuk beri semua itu. Sebab Bonus Shaklee adalah infiniti. Kita bekerja keras, kita dapat lebih. Malah boleh dapat kereta percuma dan juga trip 5 star percuma tajaan Shaklee tau. Kita cuma perlu usaha sehabis baik je untuk kejar apa yang Shaklee dah offer.

Alhamdulillah, bisnes Shaklee Syu makin berkembang. Customer pun makin banyak. Walaupun Syu masih bekerja sekarang ini, Syu sangatlah gembira bila ada pendapatan kedua untuk menjadikan impian satu kenyataan.

Jomlah semua join Syu jana pendapatan dengan Shaklee. Kita bantu pasangan kita untuk sara keluarga, kita tunaikan impian anak-anak tersayang kita, kita jadikan impian dan angan-angan satu kenyataan. Demi keluarga dan anak-anak, jom kita ubah hidup kita untuk masa depan yang lebih selesa.

love,

Syu Amir

0192198621

 

2 thoughts on “Dari Makan Sendiri Kepada Seorang Businesswoman Berjaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge